Friday, October 5, 2012

CD Review : OST Dari Jemapoh Ke Manchestee (Rilisan Tahun 1998)

CD OST Dari Jemapoh Ke Manchestee

Official Movie Poster (Released in August 2nd 2001)
Radio...Radio...Radio! Kalo Zaman Jopun Dulu, Dah Kono Tembak Ekau eh!

Beberapa hari lepas, aku letak pic CD OST ni di facebook menggunakan application Instagram dan tag Joe Kidd. Surprisingly bro Joe Kidd replied dan bertanyakan kepada aku di mana aku memperolehi CD tersebut? Well, not a good news though, sebab CD tu adalah versi CR (cet@k r**pak) dan aku membelinya di kedai Aunty di Wisma Campbell pada bulan Jun lepas semasa bercuti bersama keluarga. In the end, beliau faham dan CD ini sebenarnya out-of-stock, tidak lagi dikeluarkan oleh label dan semestinya rare. Even label Joe Kidd sendiri iaitu AGE Record sudah memberhentikan pengeluaran CD ini. Sigh...

Amat rugilah aku kerana tidak berkesempatan membeli yang original 15 tahun lepas! Lagipun dulu aku mana ada berduit sangat. Hey man, don't blame me for buying pirated CD like this 'cause they do tend to be rare and hard-to-find. Berbalik kepada ulasan CD  Dari Jemapoh Ke Manchestee ini, pada mereka yang meminati band Carburetor Dung sejak kemunculan mereka pada awal dekad 90'an, album ini wajib anda miliki. Album OST ini juga merangkumi beberapa artis yang meningkat namanya pada ketika itu seperti:
  1. Carburetor Dung - Lagu2 mereka dalam CD ini ialah Happy, Oppression '97 dan Boo Hoo Clapping Song versi 97 (ini merupakan rakaman semula, yang asal terdapat dalam album mereka terdahulu bertajuk Song For Friends rilisan tahun 1993). Walaupun lagu "Boo Ho" dibuat dengan versi terbaru, aku rasanya ianya masih happening dan dapat mengekalkan mood punk rock sebenar. Good job guys!
  2. Babushka - Hanya menyumbang sebuah lagu sahaja iaitu "Come On Down". Tak banyak yang aku tahu pasal band alternative ini selain ianya berasal dari Eropah, negara mana aku tak tau. Tapi lagu "Come On Down" memang best! Good old alternative rock!
  3. The Republic Of Brickfields - Band reggae ini menyumbang sebanyak 3 buah lagu dan semuanya hanya instrumental. Tapi ianya tetap memainkan peranan penting dalam OST. Masakan tidak, pembawaan lagu "La O Be" versi reggae dendangan mereka semestinya memukau.
  4. Koffin Kanser - Juga menyumbang hanya sebuah lagu dalam OST ini yang berjudul "Gott", lagu yang kemudiannya muncul dalam EP mereka yang bertajuk "Breed New Agenda" rilisan tahun 1998 (remastered version).
  5. Damage Digital - Band dari Jepun inilah yang membuatkan aku meminati genre crusty/grindcore secara total! Lagu2 mereka yang berjudul "Garam Massala" dan "River Help" dalam OST ini semestinya the ultimate chaos! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang band ini, sila klik di sini.
  6. Eat Boiled Crew - Band ini juga menyumbang sebuah lagu yang berjudul "Dumbly Dumb" itupun hanya instrumental, pendekatan yang sama dibuat oleh band The Republic Of Brickfields sebelum ini. Lagu ini digubah oleh Jijoe.
  7. The Swallows - Merupakan band penting dalam OST ini. Track yang berjudul "La O Be" mana mungkin anda tak menyukainya! Hampir semua generasi mengenali irama lagu ini, baik tua atau muda. Kugiran irama 60'an yang dipimpin oleh Kasim Slamat ini semestinya bertaraf legenda dalam territory mereka sendiri. 
Harapan aku agar pihak label OST ini membuat rilisan semula album ini. Banyak peminat seperti aku mencarinya. Sayang kalau ianya hanyut ditelan zaman. Oh lupa nak bagitau, album OST ini lebih awal rilis daripada filemnya. Album keluar pada tahun 1998 walhal filemnya hanya menemui penonton pada 2 Ogos 2001 di pawagam tempatan. Penerbitnya Hishamudin Rais juga bukanlah calang2 orang samada dalam pembikinan filem mahupun arena politik tempatan. Well, whatever it is, this OST is all about the spirit of youth!

Persembahan dari Kasim Slamat yang mendendangkan lagu "La Obe". Sedutan dari filem tersebut

Koffin Kanser dengan lagunya "Gott" yang juga terdapat dalam album OST ini

Carburetor Dung dengan lagu mereka "Boo Hoo Clapping Song", boleh dikatakan sebagai lagu anthem dalam album ini

This is Damage Digital from Japan with their song called "Garam Massala" which also included in this OST too

13 comments:

  1. aku tak pernah dengar cd ni...tapi aku masih simpan kaset Carburetor Dung - Song For Friends dan cd Koffin Kanser - Breed New Agenda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koffin Kanser - Breed New Agenda...antara album yg dah lama aku cari. Aku pernah beli yg kaset punya tp dah dikebas oleh mala'un mana ntah...teringin gak nak trade ni...amacam bro?ada terniat nak trade ker?hehe just asking haha

      Delete
    2. boleh saje kalau ada list yang berkenan

      Delete
    3. Kalo nak kita trade cd iron maiden the best of from fear to eternity (betul ke tajuk tu?haha) dgn cd koffin kanser....amacam?mcm biasa la,PM kat facebook utk details haha

      Delete
  2. band2 yang ko list down ni,
    secara sedar, aku tak pernah dengar satu pun lagu dorang semua.

    Secara sedar la, kalo tak sedar, cam tengok tv ke, jalan2 kat kedai ke, ada background muzik tu aku tak tahu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha its ok bro,there is always time for us to expand our knowledge in music

      Delete
  3. banyak kali jugak cari dvd/vcd citer ni kat semua kedai cd tak penah jumpa pun,apa pun kasim slamat memang legend..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro rafi,dalam youtube ada full version utk movie ni,hanya perlu search ajer.haha kalo dah dpt tgk kang,boleh la sedut terus

      Delete
  4. Aku ada review vcd citer.. Mmg susah nk cari dh cd ni.. Vcd maybe leh dpt lagi-matakucing

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...