Monday, May 27, 2013

Pendrive Yang Unik! Well...Tak La Unik Sangat Pun



Pendrive yang berbentuk tengkorak bermata merah ini aku beli secara online, sebenarnya pendrive ini berisi MP3 untuk album pertama sebuah band alternative rock tempatan iaitu Muzzy. Band yang dipimpin oleh saudara Mohd Namazi Salleh yang berasal dari Miri Sarawak ni (orang sekampung aku ni hehe) telahpun mengasaskan kugiran ini sejak tahun 2009 lagi. Beliau juga merupakan abang kepada Noh Hujan. Packaging album band ini dalam pendrive memang sungguh unik dan menarik sekali.

Ini pula pendrive berbentuk kamera DSLR Nikon yang aku beli dari seorang student Universiti Putra Kampus Bintulu. Bagi aku biasa saja rupanya. 

 Giler...kalau tenung lama2 pendrive ni, boleh kena hipnotis aku dibuatnya haha

Kalau dari pandangan ini, nampak macam real pulak kamera DSLR ni...ops salah pendrive ni

Akhir sekali, jom layan video klip dari Muzzy yang bertajuk "Hingga Akhir Nafasku" (Official Music Video)


Friday, May 24, 2013

CD Review : Salam Musik - Self-Titled Debut Album (Released in 2011)

Kita Sudah Lupa Boleh Makan Satu Meja
Hingga Kisah Benar Kita Gelar Cereka
Kita Lupa
Kita Hanya Ingat "Kami" dan Mereka
(Lirik dari lagu "Alamak")

Cover Album Salam Musik

Kali pertama aku mengenali artis reggae tanahair yang bersama Salam ini ialah semasa lagu Cerita Kedai Kopi gabungan beliau dengan rapper tersohor iaitu Malique (merupakan ex-Too Phat, you all know him right?) serta seorang DJ yang agak famous juga iaitu DJ Fuzz. Lagu yang berunsur sinis tapi penuh dengan nasihat itu semestinya menarik minat pendengar. Sekurang2nya irama reggae masih lagi diterima untuk siaran radio walaupun ada dimasukkan elemen hip-hop di dalam lagu berkenaan. 

Pada tahun 2011 yang lalu, Salam bersama kugiran beliau iaitu Salam Musik telah meriliskan album pertama mereka dengan judul self-titled. Album yang merangkumi 8 buah lagu serta 1 bonus track (bertajuk Aladub) ini ternyata tidak mengecewakan. Tapi jika anda mengharapkan sebuah album reggae yang berentak tradisional seperti Bunny Wailer, Peter Tosh mahupun Bob Marley, aku rasa album ini tidak sesuai untuk pendengaran kalian. Album ini aku rasakan gabungan yang sesuai dan kena pada tempatnya untuk elemen reggae, dancehall, ragga, dubstyle , rock mahupun hip hop. Akan tetapi akar asas kepada muzik Salam Musik adalah tetap reggae. Itu tidak aku nafikan.

CD serta Inlay Salam Musik  

Line-Up Salam Musik serta lirik lagu "Tunggu Dulu" featuring ZionDread 

 Pic Salam Musik semasa membuat persembahan

Piala "Album Terbaik 2013" semasa Anugerah Industri Muzik

Tracklist untuk album Salam Musik ini

Dimulakan dengan track yang berjudul "Di Tanah Kita", lagu yang mempunyai mesej yang sarat tentang kritikan berkenaan isu sosio-politik terutamanya di Malaysia. Walaupun ianya tidak ditujukan kepada mana2 pihak, namun mesej yang ingin disampaikan agak universal dan sesuai dengan keadaan semasa di negara kita kini. Disusuli pula dengan lagu "Alamak" duet bersama seorang lagi rapper yang cukup dikagumi di Malaysia iaitu Altimet. Lagi ini berbentuk nasihat yang agak menarik dan akan membuat anda ingin mendengarnya berkali2 kerana liriknya cukup unik, berbentuk nasihat dan sesuai ditujukan kepada semua lapisan masyarakat majmuk di negara kita ini. Walaupun liriknya mungkin kedengaran sedikit kebudak2an namun mesej yang ingin disampaikan memang terkena dengan batang hidung sendiri la.

Nampaknya Salam Musik memang suka berkolaborasi dengan pelbagai artis dari genre2 yang berlainan. Ini merupakan salah satu kekuatan yang ada pada muzik mereka. Salam Musik memegang prinsip kekitaan dalam muzik mereka dan aku sangat mengkagumi serta menghormati konsep ini. Antara artis yang mereka berkolaborasi dalam album ini ialah Altimet, Karmal (seorang lagi rapper), Sayla, ZionDread dan Eyza Bahra yang kemudiannya menjadi ahli tetap kugiran ini. 

Pada aku, album ini sememang layak menjadi gelaran "Album Terbaik" semasa Anugerah Industri Muzik tahun 2012 yang lalu. Semangat dan passion terhadap muzik yang ada pada kugiran ini mengingatkan aku dengan Bob Marley and The Wailers yang cukup hebat suatu ketika dahulu. Walaupun perjalanan muzik Salam Musik masih lagi panjang dan belum tentu lagi bagaimana tahap sukses mereka di masa akan datang, namun semangat One Love dan Unity yang sering dilaungkan oleh The Wailers dahulu tetap wujud dalam entiti yang bernama Salam Musik ini. 

Salam Musik semasa dinobatkan sebagai "Album Terbaik" di Anugerah Industri Muzik 2012

Salam Musik feat. Altimet - Alamak (Official Music Video)

Salam Musik - Lupakan Semalam (Live @ Rock The World)

Salam Musik - Di Tanah Kita (Lyrics Video)

Tuesday, May 21, 2013

The Smiths - That Joke Isn't Funny Anymore (Taken From The Album "Meat Is Murder")



Entah la, semenjak kebelakangan ni, aku asyik mainkan CD The Smiths sahaja di dalam kereta. Mungkin disebabkan usia aku yang sudah masuk kelab 3 Series (umur 30'an) ni aku seringkali mempunyai keinginan untuk mendengar lagu2 band rock lama2 terutama sekali dari era 80'an mahupun 90'an. Cuba untuk memahami muzik band2 yang aku pernah terlepas pandang suatu ketika dahulu. 

The Smiths on stage

Tapi penekanan aku sekarang lebih kepada band2 British era 80'an yang pernah menjadi mahsyur suatu ketika dahulu seperti New Order, Joy Division, Happy Mondays, Stone Roses, Ocean Colour Scene dan semestinya The Smiths. Gabungan Johnny Marr selaku gitaris utama serta pembikin melodi2 yang masyuk di dalam muzik The Smiths, digandingkan pula dengan puisi2 sarkastik tetapi menggambarkan realiti sebenar kehidupan dari Morrissey sungguh menakjubkan dan magis tersebut masih dapat dirasai sehinga kini melalui beberapa rilisan2 mereka yang masih terjual di pasaran.

Sebenarnya banyak lagu2 hits mereka ni yang aku suka, cuma beberapa minggu ni lagu yang sering aku putarkan sentiasa ialah That Joke Isn't Funny Anymore yang diambil dari album Meat Is Murder. Pada pemahaman aku, lagu ini menggambarkan tentang kesunyian yang dihadapai oleh mana2 invididu sehingga boleh menjerumus ke arah suicidal tendency (keinginan untuk bunuh diri). Dalam beberapa artikel yang aku baca di internet, Morrissey menggambarkan lirik2 yang ada di dalam lagu ini tentang hubungan bandnya dengan pihak wartawan yang sering melabelkan Morissey seorang yang "fake" dalam berkarya. Aku kurang bersetuju dengan pendapat tersebut, kerana bagi aku Morrissey ialah seorang penulis puisi yang terlalu berterus terang dalam berkarya sehinggakan ada sesetengah lirik tulisannya agak offensive dan rebellious especially apabila melibatkan beberapa isu seperti ketuanan empayar monarki England (yang sungguh dibenci oleh Morrissey) dan penganiyaan binatang.

Secara peribadi, pengertian serta tafsiran aku agak berbeza dengan apa yang cuba disampaikan oleh The Smiths untuk lagu ini. Lagu ini sesuai menjadi layanan jiwa tika sedang melalui proses Middle Life Crisis seperti yang aku alami sekarang ini. Maafkan aku jika agak emosi pada entri kali ini, mungkin ianya cuma proses kematangan bagi aku kot. Aku pun tak pasti. Sometimes at this stage of life, you feel that you need to evaluate yourself and find your relevancy within the community that you live with. Especially yang melibatkan kegiatan bermuzik aku, kadang2 aku rasa ingin mengundur diri dari dunia muzik, tetapi beberapa situasi yang tidak diduga pasti akan mengheret aku kembali aktif bermuzik. Mungkin ada hikmahnya, aku pun tak pasti.

Mujur ada isteri yang memahami dan anak sebagai penghibur hati. Pada peringkat umur begini, aku seharusnya lebih menumpukan perhatian kepada mereka, bukan muzik. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ialah membentuk keseimbangan di antara keluarga dan minat aku. Kalau boleh lebihkan perhatian pada keluarga, insyaAllah hidup akan lebih bermakna. Kekuatan spiritual juga amat penting. Jika solat 5 waktu tak dijaga, nescaya hidup akan hilang arah tujuan. Hanya Allah tempat kita meminta segala macam pertolongan, termasuklah ketenangan jiwa. 

Enough with my gibberish words, jom kita layan lagu ni. Check out the lyrics too:

The Smiths - That Joke Isn't Funny Anymore
Park the car at the side of the road
You should know
Time's tide will smother you
And I will too
When you laugh about people
Who feel so very lonely
Their only desire is to die
Well, I'm afraid
It doesn't make me smile
I wish I could laugh

But that joke isn't funny anymore
It's too close to home
And it's too near the bone
It's too close to home 
And it's too near the bone
More than you'll ever know...

Kick them when they fall down
You kick them when they fall down...

It was dark as i drove the point home
And on cold leather seats
Well it suddenly struck me
I just might die with a smile on my face after all...

I've seen this happen in other people's lives
And now it's happening in mine...


The Smiths - That Joke Isn't Funny Anymore (Live at Madrid)

Saturday, May 18, 2013

Movie Review : Evil Dead (Rilisan 2013)


Ok mungkin aku kali ini agak bias disebabkan aku pun dah ingat2 lupa siri filem2 Evil Dead yang sebelum ini, cuma yang masih segar di ingatan ialah Army Of Darkness di mana watak utamanya Ash kembali ke zaman dark ages untuk mendapatkan buku Necronomicon ataupun dengan nama lainnya Naturom Demonto. Oh well whatta hell! Just let me carry on with my opinions, will ya!

Untuk versi reboot ini, rasanya bagi peminat tegar filem2 Evil Dead sebelum ini tidak akan terasa sangat keganjalan kerana difahamkan Sam Raimi serta Bruce Campbell masih lagi terlibat dalam pembikinan filem ini, cuma hanya bertindak sebagai penerbit eksekutif sahaja. Entah la, setelah selesai buat Spiderman Trilogi (hero ialah Tobey Maguire, bukanlah si Andrew Garfield yang lakonannya tak berapa bagus tu), Sam Raimi seringkali jadi penerbit sahaja berbanding sebelum ini. Yang tak best nya pula kebanyakan filem yang dia jadi penerbit selalunya agak flop dan kurang mendapat perhatian seperti filem Drag Me To Hell, Priest dan The Possesion. Keadaan ini juga berlaku pada seorang lagi pengarah yang aku hormati tapi seringkali merasa selesa merangkul tanggungjawab sebagai penerbit daripada menjadi pengarah iaitu Guillermo Del Toro. What is wrong with these people?

Akan tetapi walaupun filem reboot Evil Dead ini diarahkan oleh Fede Alvarez, seorang sutradara muda (berasal dari Uruguay) yang masih mentah dalam dunia perfileman Hollywood, ternyata ianya tidaklah mengecewakan. Harus diingat, jika anda mengharapkan kali ini ada diterapkan unsur2 kelakar atau humor di dalam filem Evil Dead, jangkaan anda pasti meleset. Walaupun Fede Alvarez hanya baru sahaja menghasilkan satu short film yang bertajuk Ataque De Panico!, namun cara beliau menyusun plot tertentu di dalam filem reboot ini boleh dikatakan agak impressive jugak la. Nice work for a beginner!

CGI serta beberapa kesan khas dalam filem ini pun agak memberansangkan jugak. Tujuan utama filem ini dibuat ialah untuk menunjukkan kesan gore, brutality serta angker yang teramat sangat dan bagi aku matlamat itu berjaya disampaikan kepada para penonton. Serius cakap, tak senang duduk aku dibuatnya semasa menonton filem ini dari awal hingga akhir. 

Kesimpulannya, kepada peminat2 filem Evil Dead yang tegar, silalah menonton filem ini. Anda tidak akan kecewa menontonnya, walaupun sentimental values masih ada pada beberapa karya yang sebelumnya. Itu tidak aku nafikan sebab filem2 Evil Dead yang terdahulu sudah dikira bertaraf cult! Untuk lebih berkesan lagi dan merasakan ketakutan yang amat sangat (ermm takut la sangat), aku sarankan kalian menonton filem ini seorang diri di dalam bilik yang gelap. I did it...dan ia membuatkan aku asyik terbayang muka Mia (watak utama dalam filem ini lakonan Jane Levy) semasa dia dirasuk oleh demon yang diberi gelaran The Taker.

I Will Rip Your Soul, Daddy!

Evil Dead 2013 - Official Movie Trailer

Monday, May 13, 2013

The Smiths CD Boxset : Complete Discography (4 Studio Albums, 1 Live LP & 3 Compilations)

The Boxset & poster for the live album "Rank"

"There Is A Light That Never Goes Out..."

Kebanyakan peminat muzik akan mempunyai band idola mereka masing2. Fakta ini tidak boleh dinafikan kerana kita sebagai manusia sering menyukai bunyian yang dihasilkan oleh beberapa artis dan secara langsung (antara sedar atau tidak) menjadi peminat tegar artis tersebut. Memang ramai rakan blogger yang meminati band2 metal seperti Iron Maiden (yang ini ramai yang minat, i know it), Metallica, Black Sabbath dan sebagainya. Bagi aku, The Smiths merupakan band yang aku minati dari dulu hingga kini, walaupun band  ini sudah pun dibubarkan semenjak 1987, tidak lama selepas mereka meriliskan album keempat dan terakhir mereka iaitu Strangeways, Here We Come.

CD Boxset The Smiths ini aku beli melalui seorang penjual dari Mudah.my, aku sering berurusan dengan penjual ini juga untuk pembelian cd yang lain. Senang berurusan dengan dia ni, tak banyak songeh. Pembelian CD Boxset The Smiths ini pun boleh dikira sebagai KPI aku pada tahun ini dalam kegiatan hobi aku haha (apa punya objektif la). Harga untuk CD Boxset ini boleh tahan jugalah, tapi aku rasakan ianya berbaloi sebab boleh dikatakan tahap rare juga walaupun bukanlah first pressing. Gila kau, first pressing LP ataupun 7" vinyl The Smiths sekarang ni boleh mencapai ribuan ringgit di eBay.com sekarang.

Aku tak nak buat ulasan secara terperinci untuk setiap CD pada boxset ini, yang itu aku akan buat pada entri lain kali. Agak menjadi spoiler lah kalau bagitau awal. Buat masa ini, marilah kita layan gambar2 koleksi CD The Smiths ini dahulu ya.

Boxset The Smiths dalam packaging berbentuk kotak yang comel (erkk comel?)

Paling atas hingga ke bawah (dari kiri):
  1. Self-titled The Smiths (rilisan tahun 1984)
  2. Meat Is Murder (rilisan tahun 1985)
  3. The Queen Is Dead (rilisan tahun 1986)
  4. Strangeways, Here We Come (rilisan tahun 1987)
  5. Rank - The Live LP (rilisan tahun 1988)
  6. Hatful Of Hollow - Compilation Album (rilisan tahun 1984)
  7. The World Won't Listen - Compilation Album (rilisan tahun 1987)
  8. Louder Than Bombs - Compilation Album (rilisan tahun 1987)
Inlay cover untuk boxset ini. Kelihatan gambar Johnny Marr (atas sebelah kanan) dan Morrissey (bawah kanan), 2 individu penggerak band bertaraf legenda ini.

Inlay cover boxset ini lagi. Pada sebelah kiri ialah newsletter yang pernah dikeluarkan oleh label mereka iaitu Rough Trade Record suatu ketika dahulu.

Poster bersaiz A4 yang disertakan sekali untuk album live mereka "Rank". Ini merupakan the one and only live album yang dihasilkan oleh The Smiths.

Walaupun setiap CD di dalam boxset ini hanya disertakan dengan Vinyl Replica Sleeves sahaja namun ianya masih lagi disertakan dengan lirik lengkap untuk setiap lagu. Apa yang membuatkan boxset ini menjadi lebih istimewa ialah ianya di remastered oleh Johnny Marr sendiri.

Selesai melihat gambar2 menarik dari boxset ini, jom layan video ini pula:

The Smiths - Heaven Knows I'm Miserable Now (Top Of The Pop)

P/S: Walaupun agak mustahil, tapi aku sentiasa berharap agar band ini dapat buat reunion balik...

Friday, May 10, 2013

CD Review : The Very Best Of The Stone Roses (Rilisan 2012)



One Love, We Don't Need Another Love
One Love, One Heart And One Soul
We Can Have It All...
(One Love by The Stone Roses)

Aku sebenarnya agak lewat mengenali band ini, kira2 di antara tahun 1997 ataupun 1998, aku pun tak pasti. Band ini pun sebenarnya dah disbanded pada bulan Ogos 1996, tidak lama sebelum itu. The Stone Roses merupakan satu nama yang cukup gah dalam scene britpop/indie di UK suatu ketika dahulu terutama sekali dalam pergerakan yang dinamakan Madchester di mana kebanyakan band2 dari Manchester seperti The Smiths (legend! Idola aku dari dulu hingga kini), New Order, The Fall, James, Happy Mondays, The Charlatans dan banyak lagi, bersatu dalam menaikkan perjuangan muzik mereka.

Lagu pertama yang aku dengar dari band ini ialah "Fools Gold" yang diambil dari album pertama mereka. Itu pun aku tahu selepas menonton video klip mereka dari channel MTV.Well, it's like a love at first for me pada masa tu, pembawaan muzik mereka agak berlainan dari band2 britpop yang lain pada ketika itu. Sentuhan gitar John Squire dan bassline dari Mani semestinya penuh groovy dan funky pada lagu Fools Gold tersebut, elemen psychedelic juga amat ketara. Tak dilupakan ada lagu lain juga dari The Stone Roses yang juga berjaya mempengaruhi aku seperti I Wanna Be Adored, Waterfall, Ten Storey Love Song dan semestinya lagu yang pernah menjadi theme song di stadium Old Trafford suatu ketika dahulu iaitu "This Is The One".

CD inlay, the digipak cover and the CD

CD ini adik aku yang belikan di Pertama Complex KL pada bulan lepas. Biasalah cd begini mana ada jual di negeri aku ni, sudah dikira rare tahap space cop Gaban dah ni. Aku pun sebenarnya tak expect adik aku akan jumpa cd ni di KL pun. Akhirnya jumpa jugak haha Alhamdulillah.

Seperti yang sering dikesali oleh bro Ijau dalam blog dia, aku pun tak berapa suka packaging cd dalam bentuk digipak. CD ini diriliskan oleh pihak Sony Music. Mungkin disebabkan kegawatan ekonomi (?) kot sebab tu pihak Sony Music hanya mampu buat cd The Very Best Of ini dalam bentuk digipak sahaja. Apa2pun cover art untuk cd ini memang terbaik kerana ianya disertakan dengan lukisan abstrak yang dihasilkan oleh John Squire sendiri. Beliau juga menyumbang lukisannya untuk cover album pertama mereka dahulu. John Squire also used to be voted the 13th greatest guitarist of the last 30 years pada tahun 2010 yang dikelolakan oleh British Broadcasting Corporation (BBC).

Inlay yang mempunyai gambar mereka serta beberapa kata penghantar dari seorang journalist bernama John McCready

The Stone Roses yang dicontengkan. Hodohnya si Ian Brown buat muka duckface!

Songlist untuk CD The Very Best Of ini

CD ini merangkumi 15 buah lagu yang pernah mengangkat nama band ini suatu ketika dahulu. Bagi aku, tak rugilah rasanya memiliki cd ini juga anda merupakan enthusiast pada muzik britpop era 80'an mahupun 90'an. Walaupun hanya menghasilkan 2 buah studio album sahaja, namun The Stone Roses masih lagi menjadi bualan pemuzik2 genre alternative rock terutama sekali menjadi pengaruh kuat kepada band2 indie terkini seperti Coldplay, Radiohead, Blur mahupun Oasis (Noel Gallagher merupakan die hard fan untuk band ini).

Akhirnya, The Stone Roses telah pun reunited dan membuat comeback pada tahun 2011 yang lalu dan sekarang sedang sibuk membuat konsert jelajah mereka serata dunia (pernah buat show di Singapore tahun lepas). Dikhabarkan mereka akan menghasilkan studiom album ketiga mereka pada masa terdekat. Mudah2an ianya menjadi.

The Stone Roses - I Wanna Be Adored (Official Music Video)

The Stone Roses - She Bangs The Drum (Official Music Video)

The Stone Roses - Ten Storey Love Song (Official Music Video)

The Stone Roses - This Is The One (Live Version)

The Stone Roses - Fools Gold (Live @ Top Of The Pop)

Sunday, May 5, 2013

Beberapa Gambar Menarik Semasa Pilihanraya Umum Ke-13 Di Tempat Aku (Bintulu, Sarawak)

Aku sampai ke tempat mengundi agak lewat sebenarnya, kira2 pukul 3 petang begitu. Bangun lewat sikit hari ahad begini, buat apa nak terburu2 sangat, betul tak? Ini merupakan kali ke-3 aku mengundi, 2 kali untuk Parlimen dan sekali untuk Dewan Undangan Negeri. Suasana berkempen di Bintulu kali ini agak biasa2 sahaja, tak ada berlaku kacau bilau, tak ada buat replika kapal selam mahupun helikopter untuk mewakili mana2 parti seperti yang dibuat di semenanjung Malaysia, kali ini agak santai sahaja. Entah lah, macam tak happening saja aku rasakan. Ya, mungkin ada ceramah serta manifesto yang dibuat pada beberapa lokasi dan perang poster juga tidak ketinggalan, cuma aku rasakan akibat daripada perlawanan 2 penjuru sahaja (melibatkan BN menentang DAP) maka agak obvious siapa yang dapat menang. Malas nak cerita panjang pasal ni, jom layan pics yang aku perolehi tadi:

Kelihatan kenderaan para pengundi telah pun "menyemak" di tepi jalan raya semata2 untuk turun mengundi di sekolah tersebut.

Banner yang dipasang di luar kawasan sekolah yang menyatakan bahawa tempat ini telah dijadikan sebagai pusat mengundi (duh!) 

Seperti kebiasaannya, sekolah ini iaitu SMK Bintulu sering dijadikan sebagai Pusat Mengundi bagi kawasan P-217 (Bintulu) 

Poster yang menunjukkan kod2 kawasan penduduk yang layak mengundi di pusat mengundi ini (SMK Bintulu). Tak sangka pulak 5 Mei ni pun Mother's Day rupanya.

Khemah2 yang disediakan oleh SPR bagi memudahkan orang ramai mendapatkan no. giliran serta saluran mengundi mereka. 

Kelihatan orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan no. saluran masing2. Pegawai yang membuat semakan pun member2 aku jugak, rata2 penjawat awam dari jabatan lain. 

Lenguhnya berdiri lama2 semata2 nak dapatkan nombor saluran mengundi. Tapi ada member bagitau, waktu pagi tadi lagi banyak, barisan sampai keluar khemah! dahsyat...

Aku tengah terkial2 mencari mana satu bilik kelas yang dijadikan saluran mengundi 

Ni aku punya no. giliran serta saluran aku, no. 9! Sapa2 kaki no. 4D rasanya boleh kot ambik no. giliran aku tu: 5164 hahaha....(gurau jer bro!)

Di antara blok kelas yang dijadikan tempat mengundi, tali kuning SPR dijadikan sempadan bagi mengawal keadaan.

 Ada juga para pengundi yang bawa satu keluarga pergi keluar mengundi, kesian budak2 terpaksa berpanas di luar kawasan blok bangunan tu.

Setelah aku selesai mengundi, sempat juga aku ambil gambar di khemah semakan mengundi tadi. Nampaknya makin ramai yang datang untuk menjalankan tanggungjawab masing2. Tahniah! 

Sekadar gambar hiasan (bukan cadangan untuk hiasan ok) 

Barisan Nasional punya poster dan bendera

DAP punya poster dan bendera 

Dakwat hitam dicalit pada jari telunjuk tangan kiri aku sebagai tanda yang aku telah mengundi. Makin buruk la jari aku ni. Gambar The Ramones di belakang tu sekadar hiasan sahaja (Hey Ho Let's Go Voting!)

Aku undi parti mana? Mana boleh bagitau. Bak kata orang, undi anda adalah rahsia. Malam ini adalah penentuan siapa yang layak memerintah negara. Tak kisah siapa pun yang bakal memerintah, yang penting kekalkan keharmonian dan muafakat di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di negara kita ni. 

Sekian.

Saturday, May 4, 2013

Movie Review : Mama (Released On 18th January 2013)

Official Movie Poster

Untuk trailer movie ini, aku sudah melihatnya sejak dari pertengahan tahun lepas lagi, sama waktu aku tengok teaser trailer untuk filem Evil Dead (the remake yang katanya akan jadi lebih brutal, horrific dan lebih improved dari segi storyline). Apa yang menjadi faktor utama yang mendorong kebanyakan peminat filem horror untuk menonton filem ini ialah nama Guillermo Del Toro itu sendiri yang kali ini juga bertindak sebagai executive producer seperti filem Don't Be Afraid Of The Dark sebelum ini.

Apa yang menarik pada filem ini hanyalah nama Guillermo Del Toro itu sendiri. Ok aku boleh bagi 2 thumbs up untuk teknik CGI pada filem ini yang rasanya lebih bagus dari filem Don't Be Afraid Of The Dark. Cuma yang kurang menyengat tentang filem ini ialah storyline yang sungguh senang untuk dijangka pada bahagian akhirnya. Bagi aku ianya cukup mendukacitakan.



 Watak Mama dalam filem ini...CGI boleh tahan la

Kenapa Guillermo? Kenapa kau tak nak jadi pengarah lagi? Hanya nak jadi penerbit sahaja? Takkan sibuk dengan filem The Hobbit : An Unexpected Journey sahaja (beliau juga bertindak sebagai salah seorang penerbit dalam filem ini) ? Padahal filem arahan beliau sebelum ini (sila rujuk entri ini) semuanya hebat2 belaka dan bagi aku, teknik kombinasi CGI, animatronics serta storyline yang menarik merupakan trademark beliau yang bijak sekali.

Walaupun aku tak menyukai filem ini, tapi ianya tidaklah gagal secara keseluruhan. Lakonan Jessica Chastain sebagai punk-rocker yang keberatan menjadi penjaga kanak2 malang tersebut memang seharusnya diberi pujian. She's cool, ada imej rebel dan masa yang sama boleh membawa watak keibuan. Apa2pun kepada yang minat filem yang bercorak horror tapi boleh ditonton bersama keluarga, rasanya filem ini sesuai untuk kalian. Cheers!

Official Movie Trailer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...