Friday, August 31, 2012

CD Review : Limp Bizkit's The Unquestionable Truth (Part 1)

Limp Bizkit's The Unquestionable Truth (Part 1)
Imagine Accepting The Truth!

Ok relax, aku tau banyak yang dah kurang meminati band sebegini, especially sekarang hype untuk scene nu-metal dan rapcore semakin suram sejak kebelakangan ini. Limp Bizkit mungkin sesetengah peminat muzik rock akan berpendapat yang mereka ini bukan pemuzik yang serius dengan penyampaian mesej mereka (selalu buat rhymes pasal "beef" dengan artis lain, hedonistic lifestyle dan nonsense lyrics) , due to the success of their previous albums like Significant Other (1999) and Chocolate Starfish and The Hot Dog Flavored Water (2000), akan tetapi pada album ke 5 mereka yang berjudul The Unquestionable Truth (Part 1), anda dapat mengamati yang pada rilisan ini, mereka mulai bercerita tentang topik yang di luar norma status selebriti mereka, yang merangkumi hal-hal seperti penindasan secara amnya, hipokrisi dunia Hollywood, propaganda kerajaan serta beberapa topik yang aku rasa jarang diketengahkan pada album2 sebelumnya. Feel nya lebih ke arah seperti mendengar album2 dari Rage Against The Machine! haha...

Album ini juga menyaksikan kembali Wes Borland (guitaris eccentric yang juga hebat mencipta riff2 yang memorable). Ini menambahkan lagi variasi dalam muzik mereka. Ketepikan album Result May Vary (album ke 4) yang kurang mendapat sambutan itu, this CD is a must-have to all rockers and rappers out there!

Limp Bizkit Official Video for "The Truth"

Oh Yeah! Lupa nak bagitau..."SELAMAT HARI KEBANGSAAN!"...Janji Ditepati?

Wednesday, August 29, 2012

CD Review : The Lemonheads Self-titled Album (2006)

The Lemonheads self-titled abum 
Pass The Blame And Our Life Away...This is The Lemonheads!

Got myself this CD last Tuesday (3rd day of Syawal) when me and my family pay a visit to our hometown in Miri, bought it at Speedy though with cheap price for only RM10.00. It's a shame to know that this cd ended up in the stock clearance section. As most of the fans of the band knew, it has been a long hiatus (more or less 10 years after) since their last offering called "Car Button Cloth" (released in 1996) and now they return with their self-titled CD which is their 7th studio album.

Ah...Evan Dando still kicking up the best melodic alternative tunes after all these years. Although he has been hibernating in his own cocoon for too long, he still didn't lost the magic. Being the only remaining original member of the band, it's obvious that he composed and produced most of the songs. Consist of some new bandmates, Karl Alvarez (bassist) and Bill Stevenson (drummer and co-songwriter), these guys gives more variant and unique sounds to the band. The album includes 11 songs altogether, all killer no filler in my opinion. There's still some influences taken from bands like Gin Blossoms, REM, Dinosaur Jr , some earliest Matchbox Twenty albums and Goo Goo Dolls.

Even though this album can't repeat the success of their previous albums such as It's a shame about Ray (1992), Come on feel The Lemonheads (1993) and Car Button Cloth (1996) but it still brings the good old alternative tunes that most nineties kids like me very much miss a lot. Nevertheless it still brings good music and inspire most of us (musicians) to make some cool tunes as well...

The Lemonheads performing the song "Become The Enemy"

Monday, August 27, 2012

Movie Review : Blood In Blood Out (Rilisan Tahun 1993)

Blood In Blood Out : Official Movie Poster
Orale Carnal!

Aku mula2 mengetahui kewujudan filem ini kira2 pada tahun 2000,semasa aku masih menuntut di Kolej Mara, Selangor suatu ketika dahulu. Hype filem Blood In Blood Out ini masih terasa walaupun pada pertama kali aku menonton filem ini, ianya sudah 7 tahun diriliskan haha aiya why am I always late to know about this kind of movie? Filem ini dibintangi oleh beberapa aktor yang kurang dikenali (kecuali Benjamin Bratt yang suatu ketika dahulu pernah menjadi teman lelaki Julia Robert) akan tetapi pembawaan genre Street Gang/ Crime Movie yang diutarakan melalui filem ini amat berkesan sekali dan pada ketika ini, filem ini telah dianggap cult oleh sebahagian peminat filem gengster.

Sedikit sinopsis tentang filem ini (sumber dari IMDb):

Based on the true life experiences of poet Jimmy Santiago Baca, the film focuses on half-brothers Paco and Cruz, and their bi-racial cousin Miklo. It opens in 1972, as the three are members of an East L.A. gang known as the "Vatos Locos", and the story focuses on how a violent crime and the influence of narcotics alter their lives. Miklo is incarcerated and sent to San Quentin, where he makes a "home" for himself. Cruz becomes an exceptional artist, but a heroin addiction overcomes him with tragic results. Paco becomes a cop and an enemy to his "carnal", Miklo

Seriously filem ini mengundang pelbagai kejutan budaya pada zaman aku mengaji di kolej dahulu. Macam2 benda la yang aku tengok, seperti budak2 yang lepak di The Mall, KL masa tu suka dressing macam Latin Thug (baju kemeja petak2 dengan topi kain key di kepala) dan penyebaran lagu2 hip hop latin yang mostly didominasikan oleh band Cypress Hill, Delinquent Habits dan Psycho Realm. This movie still kick ass until today! For Real, homie!

Filem Blood In Blood Out (Full Version) yang aku jumpa kat youtube haha! Happy Sedut!

Friday, August 24, 2012

Lampu Berkelipan di Hari Raya : Beraya di Kampung Penan Muslim, Bintulu, Sarawak.

Apa yang menarik pasal beraya di rumah keluarga mertua di Kpg Penan Muslim area jalan lama Bintulu - Miri ni ialah rumah2 kampung yang seolah2 disimbah dengan cahaya warna-warni setiap kali menjelang Syawal. Kalau rumah mak bapak aku di kawasan perumahan agak sunyi sikit, maklumlah dikelilingi dengan kejiranan bukan Melayu. Lagipun diorang pasang lampu lip lap ni ada sebab sebenarnya. Every year mesti ada competition rumah sapa paling cantik pasang lampu raya.

Inilah rumah mertua aku yang dimaksudkan

My dear Ainul dengan sepupunya

Kanak-kanak lah yang paling semangat nak raya...aku? ermm malas nak cakap
Kesemua pics ni aku ambik guna applications Instagram. Well, aku masih dungu menggunakan app ni sebenarnya. Ok lah malas nak buat entri panjang2...until then, Selamat Hari Raya guys!!!


Tuesday, August 21, 2012

Iklan BERNAS Yang Menginsafkan! Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)


Selepas menonton klip video iklan BERNAS versi raya ni dari 2 buah blog terkemuka iaitu BlogSerius dan Hanis Zalikha pada bulan Ramadhan yang lepas, tetiba aku terpanggil untuk share video ini jugak di blog aku ni. Nampaknya ada saingan dalam pembikinan iklan beremosi tahun ini selain iklan Petronas. Iklan sebegini juga mengingatkan kita dengan karya2 iklan arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad suatu ketika dahulu. Sob Sob...Hope you get the message from this video



Sunday, August 19, 2012

Ucapan Selamat Hari Raya Untuk Semua Pembaca Blog MolotovCocktailz!


Di kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan dari kalian semua sekiranya ada salah dan silap sepanjang saya mengepost (what a word! haha Oh my English) sebarang entri yang secara tidak sengaja menghiris hati dan melukakan perasaan anda. Saya serta keluarga kecil saya ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua pembaca blog molotovcocktailz ini! May Allah Bless All Of You Always!

 Me & my family at Kampung Rejang, Belawai, Tg. Manis (Raya tahun 2011)

Friday, August 17, 2012

Lagu Raya Alternative Rock / Indie! Not Your Average Raya Songs!

Muzik indie semestinya bukan satu genre yang asing buat aku. Aku boleh dikatakan membesar mendengar lagu2 dari band indie terdahulu seperti Stone Roses, The Smiths, Joy Division dan sebagainya. Although pada masa aku masih remaja dahulu (dekad 90an) terma "indie" amat jarang diterapkan dalam media massa ketika itu, namun muzik dari scene Britpop sentiasa menarik minat aku, still have a special place in my heart.

Sekarang kalau sebut indie, budak2 generasi new millenium akan ingat band2 seperti Hujan, Azlan & The Typewriter, Pesawat, Bittersweet, Meet Uncle Hussain dan sebagainya, which is okay for me. Evolusi itu penting bagi meneruskan legasi sesebuah genre. I respect these young bloods. Diorang pun kerja keras untuk berada di posisi mereka sekarang. Ok enough with my mengomel2 tentang muzik indie, di bawah merupakan beberapa lagu2 rayu dari band alternative rock/indie/post-grunge dari nusantara kita.

Yuna - Raya Oh Yeah (Official Music Video). Lagu dari Yuna ni agak special sebab feel jazzy dan catchy. Produced by AG CoCo (gitaris Hujan). Anyway congrats to Yuna sebab berjaya participate di festival Lollapalooza di USA pada 5 Ogos 2012

Force Vormit - Selera Raya (with lyrics). Band Indie dari Singapura ini dah lama menempa nama di dalam scene indie bawah tanah negara kita ni. Huge respect for this band!

Pesawat - Menjelang Syawal (promo video). Like this song sebab ada elemen muzik Ulek Mayang secara tidak sengaja pada bahagian awal lagu ini haha...

Butterfingers - Hari Raya Di Kuala Lumpur. Miss this band so much, things has never been the same semenjak ketiadaan Emmet (Butterfingers). 

Hujan feat. Raihan - Selamat Hari Raya Ayahanda Dan Bonda. Satu kolaborasi yang seriously mantap dari dua genre yang berbeza.

Hope you guys like all the videos!


Tuesday, August 14, 2012

Movie Review : Chronicle (Rilis Pada Februari 2012)

Poster Rasmi Untuk Filem "Chronicle" (Imej dari Google)

Filem yang diarahkan oleh Josh Trank ini sebenarnya agak berlainan dengan movie genre superhero yang lain. Filem Chronicle ini membawa kita kepada keadaan atau situasi sebenarnya dalam senario "apabila anda memiliki superpower yang best tahap kerajaan langit macam Superman akan tetapi menyalahgunakannya di pengakhir cerita". Filem ini dipersembahkan dalam gaya "found footage" (dirakam menggunakan kamera video amatur dan seolah2 ianya dalam keadaan sebenarnya dan feel nya tidak ubah seperti menonton filem seperti Cloverfield, Paranormal Activities, Quarantine, Silent House dan bermacam2 lagi dalam stail yang sama). Di bawah merupakan sinopsis ringkas yang aku boleh simpulkan dari filem ini:

Sinopsis
3 budak highschool di Amerika sana pergi ke sebuah parti rakan sama persekolahan mereka, lepas tu diorang ronda2 di kawasan hutan yang terletak tidak jauh dari parti tersebut. Mereka bertiga terjumpa objek aneh yang terletak di dalam sebuah gua di tengah2 hutan tersebut. Setelah mereka bertiga menyentuh objek berkenaan, then all of a sudden mereka bertiga collapsed. Keesokan harinya 3 ekor budak ni terkejut berok apabila menyedari yang mereka mempunyai pelbagai abilities yang diluar kotak pemikiran manusia (diorang boleh terbang, ada kuasa telekinetik, dapat mengangkat objek berat dan sebagainya). Di pertengahan ceritanya ada sedikit twist di mana berlaku situasi tegang di antara mereka bertiga kerana salah seorang daripada mereka terlalu taksub dengan kuasa yang ada lalu bertindak di luar kawalannya. Apa kesudahannya? Dapatan DVD di kedai DVD berdekatan tempat anda. Pastikan ianya original (boleh cuba cari dekat Speedy)

Part paling aku suka ialah babak di antara 2 budak highschool ni bertarung di tengah pusat bandar pada malam hari. Feel menonton babak ini seolah2 aku sedang menonton filem anime yang pernah popular suatu ketika dahulu iaitu Akira arahan Katsuhiro Otomo (rilisan tahun 1988, one of my favorite Manga character). Seriously movie ini bukan filem superhero yang biasa anda tonton. Filem ini lebih kepada nilai realistik dan kemanusiaannya. Aku bagi 3 out 5 stars untuk filem ini!

Official Trailer For The Movie "Chroncle"

Monday, August 13, 2012

SUBLIME WITH ROME : Penerus Legasi Bradley Nowell

Sublime (RIP 1988 - 1996)
Siapa yang tak kenal dengan Sublime. Sebuah band punk/ska yang memberi definasi baru dalam genre tersebut pada awal dekad 90'an dahulu. Band ini seiring menjolak namanya sama dengan band2 yang bergenre Punk/Ska seperti  Goldfinger, Mighty Mighty Bosstones, Save Ferris dan No Doubt. Selepas pemergian Bradley Nowell (frontman/vokalis/gitaris Sublime) pada tahun 1996, the remaining 2 members of the band iaitu Eric Wilson (bass) dan Bud Gaugh (drums/percussions) seolah2 hilang arah, masing2 cuba untuk mengikuti pelbagai projek band dan beberapa kugiran yang hanya bersifat sementara. Sehinggalah pada tahun 2009 mereka berdua berkolaborasi dengan Rome Ramirez untuk menubuhkan Sublime With Rome. Pada mulanya trio ini hanya ingin menjadi tribute band kepada Sublime, akan tetapi akibat daripada tentangan oleh beberapa pihak (especially dari keluarga mendiang Brad yang mengeluarkan saman terhadap trio itu) yang tidak menyukai penggunaan nama "Sublime" digunapakai semula, maka mereka bertiga membuat keputusan untuk menukar nama band mereka kepada "Sublime with Rome"

Anyway, trio ini mula mendapat tempat semula di hati pendengar muzik rock terutama di arena mainstream. Rome yang pada mulanya sukar mendapat reaksi positif dari peminat tegar Sublime, akhirnya mampu mendapat reputasi yang cemerlang apabila bersama2 "Sublime with Rome" meriliskan album pertama mereka yang berjudul "Yours Truly". Album ini mengeluarkan single pertamanya yang berjudul "Panic" yang berjaya mendapat tempat ke 4 di carta Billboard's Alternative Songs. Ternyata usaha mereka tidak sia2 untuk meneruskan legasi Bradly Nowell!

Sublime With Rome
 Sublime : Santeria (Official Music Video) this is one of my favorite Sublime's songs

Sublime with Rome : Panic (Official Music Video) damn! this song really kick ass!

Friday, August 10, 2012

Percutian Bersama Keluarga (Part 3 & Final) : Pulau Langkawi

Susulan dari bahagian pertama dan bahagian kedua

Kami berada di Pulau Langkawi selama 2 hari 2 malam mulai 25hb Jun sehingga 28hb, seriously kami sekeluarga masih teringin lagi nak ke sana. Memang benar kata orang, Langkawi memang pusat peranginan yang betul2 menarik dan semestinya fantastik. Dimulakan dengan perjalanan (disertakan dengan aktiviti shopping sakan) dari bandar Kuah, kemudian diteruskan dengan aktiviti ronda2 dan pusing satu pulau dengan menggunakan van sewa (actually kami menyewa Toyota Avanza). Berikut merupakan beberapa pics menarik semasa kami berada di sana:

Telaga Mahsuri yang terletak di Makam Mahsuri
Kami sekeluarga bergambar di hadapan rumah Pandak Mayah (Ayahanda Mahsuri) di Makam Mahsuri
My daughter Ainul Maisarah berposing di hadapan sebuah persembahan serunai & gendang (gamelan) di Makam Mahsuri
Pemandangan sawah padi dari Telaga Mahsuri
Kami sekeluarga sedang membeli cenderahati di kawasan Beras Terbakar (abaikan adik aku sebelah kanan tu yang asyik mengorek lubang hidung)
Sedang menikmati makanan tengahari di sebuah restoran makanan laut di Pantai Cenang
Kami sekeluarga bergambar di bawah replika burung helang di Dataran Helang Langkawi (posing menyorok di celah2 perkataan Langkawi hehe)
My sweet Ainul bergambar kenang-kenangan bersama atuknya di hadapan Dataran Helang
Pada hari khamis berikutnya kami berangkat ke Kuala Lumpur pula. Anyway, pengalaman membawa keluarga pergi bercuti di Pulau Langkawai amatlah terbaik bagi aku. Ini merupakan kali kedua aku ke pulau Langkawi, sebelum ini aku ke sini atas tugas rasmi (konvensyen Audit PCB anjuran HQ LHDNM). Tapi masa tu tak berapa seronok sebab tak leh nak kongsikan keseronokan bersama keluarga. Sejak dah berumahtangga ni, rasanya lebih feel lagi kalau menikmati pengalaman sebegini bersama keluarga. Seriously bagi aku Langkawi memang terbaik! Tak kesah la orang nak cakap apa pun, kalau ada rezeki pada masa akan datang, confirm nak lagi bawak family pergi ke sini. Jom Pakat Pi Mai Langkawi! (betul ke apa yang aku cakap ni? haha)

Tuesday, August 7, 2012

Percutian Bersama Keluarga (Part 2) : Kedah & Perlis

Susulan dari bahagian pertama

Kami sekeluarga tak berada lama di Kedah. Cuma pergi ke tempat tertentu sahaja. Kami sekeluarga sempat juga melawat Masjid Zahir dan Pekan Rabu yang terdapat di bandar Alor Setar. Di bawah merupakan beberapa pics yang diambil semasa aku di sana:

Batu2 kristal untuk dijual yang terdapat di gerai2 yang terletak di bawah kaki gunung Keriang
Aku sedang tunjuk mural gunung Keriang yang terdapat di dalam Muzium Padi Kedah
Muzium Kedah (Main Entrance)

Di bawah kaki Gunung Keriang inilah tempat orang ambil batu kristal untuk dijadikan perhiasan di rumah
Setelah seharian ronda2 di area Kuala Perlis, Alor Setar dan Padang Besar, kami pun mula berangkat menggunakan feri untuk ke Pulau Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Perlis
Rasa macam tak puas melihat keindahan alam yang terdapat di 2 buah negeri utara ni especially kawasan jelapang padi yang rasanya agak rare jugak la bagi aku. Di tempat aku ni (Bintulu Sarawak) agak susah la nak cari tempat orang bertanam padi, kalau ada pun cuma ada kawasan padi huma ataupun padi kebun sahaja yang berskala kecil.

Saturday, August 4, 2012

Percutian Bersama Keluarga (Part 1) : Terengganu & Kelantan

Family vacation ini sebenarnya dah berlaku pada bulan Jun lepas. Aku pada mulanya malas nak buat entri pasal vacation ni, not really my thing untuk tulis pasal travelog ni. Pengembaraan kami sekeluarga bermula pada Sabtu 23hb Jun 2012, bermula dari Terengganu dan seterusnya ke Kelantan. Kemudian pada hari Isnin 25hb pula kami terus ke Kedah dan Perlis seterusnya ke Pulau Langkawi. Di bawah merupakan beberapa pics menarik yang sempat diambil semasa kami berada di Kelantan dan Terengganu.

Me & my wife posing depan sebuah masjid yang terletak di Rantau Panjang, Kelantan. Yup, memang pelik! Masjid ini sebenarnya sungguh unik dengan design yang seolah tokong cina.

My family bergambar depan pejabat LHDNM Cawangan Kota Bharu (ermm promote kompeni sendiri?)

Istana Jahar yang terletak berhadapan dengan pejabat LHDNM Kota Bharu
Untuk lebih info tentang Istana Jahar, sila klik di sini

Salah satu mercu tanda yang terletak di hadapan Istana Jahar, berbentuk rehal Al Quran untuk mengaji
Bergambar di hadapan Muzium Negeri Terengganu
 Untuk keterangan lanjut tentang Muzium Negeri Terengganu, sila klik di sini

My family bergambar di hadapan Masjid Kristal Terengganu
Pandangan sisi Masjid Kristal Terengganu pada waktu senja
Apa yang menarik pasal Terengganu dan Kelantan:
  1. Makanan Pantai Timur la! Sepanjang perjalanan dari Kuala Terengganu nak ke Kota Bharu, terdapat beratus restoran makanan laut serta pusat memproses makanan desa seperti Sata, Sotong Goreng dan semestinya Keropok Lekor
  2. Media arus perdana sering memperkatakan bahawa Kelantan ialah negeri miskin. Well, diorang sebenarnya silap besar! Kota Bharu dan bandar2 lain di Kelantan seperti Wakaf Che Yeh amat serupa macam bandar2 besar lain di Malaysia. Well organized dan jauh lebih maju dari mana2 bandar di Sarawak (especially tempat aku la).
  3. The People! Ada pepatah mengatakan "Kalo Mu Ghoyak Kelate, Mu Dah Jadi Gu Kami" bermaksud Kalau anda cakap slang Kelantan di sini, anda dah jadi kawan orang2 tempatan di sini. It's quite interesting sebab aku memang jenis yang suka belajar bahasa baru.
  4. Situasi yang hampir dengan negara Brunei Darussalam di mana mereka di sini (Kelantan & Terengganu) benar2 menekan cara hidup Islam pada peringkat pemerintahan negeri.
Apa yang tak best pasal Terengganu:
  1. Rata2 rakyat Terengganu amat kurang peka tentang keselamatan apabila membawa motosikal. Mana tidaknya, bawak motosikal rilek saja tak pakai helmet kalau dah ronda2 kawasan bandar Kota Terengganu! Kalo sorang dua aku boleh consider lagi, ni sampai orang tua pun tak reti pentingkan keselamatan. Pfffttttt....sorry la kalo ada yang terasa tapi itu adalah hakikat hehe jangan mare...

Wednesday, August 1, 2012

Kenali Sheikh Yusuf Estes

Sheikh Yusuf Estes

Sheikh Yusuf Estes merupakan salah seorang ulama yang aku hormati dan disegani oleh kebanyakan masyarakat Islam seluruh dunia. Beliau pada mulanya ialah seorang pastor beraliran Anglo-Saxon Protestant sehinggalah pada tahun 1991 beliau memeluk islam secara rasmi. Hatinya terbuka untuk menerima Islam setelah mengenali seorang rakan niaga dari Mesir yang bernama Muhammad (sehingga kini ramai yang masih samar2 tentang individu ini, Yusuf Estes juga jarang menerangkan secara lanjut tentangnya).

Walaupun memeluk Islam pada usia yang agak lewat (dalam umur 47 tahun), namun berkat keazamannya, beliau berjaya menguasai bahasa Arab dengan baik dalam masa yang singkat serta mempelajari Al Quran di Mesir, Maghribi dan Turki. Dalam setiap ceramah beliau, ianya terasa lebih mesra kerana dia sering berjenaka dalam berdakwah dan oleh kerana itu beliau juga digelar "The Funny Sheikh". Beliau agak bertegas dalam hal2 yang melibatkan isu perbandingan agama. Tidak seperti Sheikh Ahmed Deedat yang saya terangkan sebelum ini, Sheikh Yusuf Estes is truly against debating about this matter because he is against confrontation, oppression, discrimination and some other negative values. Especially when it comes comparing Bible and Al Quran, beliau kalau boleh ingin mengelakkan topik tersebut kerana khuatir berlakunya kejadian bertegang urat semasa sesi ceramahnya. Apa yang saya kagum ialah sifat diplomasi beliau dalam menangani kekeliruan tentang Islam oleh golongan non-muslim. Sifat ini harus ada pada seseorang pendakwah.

Kalau di Youtube memang banyak video2 ceramah beliau. Boleh la kiranya jika ada yang berminat untuk search video beliau di sana.Video di bawah adalah di antara ceramah2 beliau yang aku suka. Alhamdulillah. Rasa tenang hati setelah menonton video2 sebegini hehe.

Sheikh Yusuf Estes : Chaplin of Islam in USA

Untuk keterangan lanjut tentang beliau, bolehlah melawati website2 seperti di bawah:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...