Monday, May 9, 2016

Membedah Buku "Aku" (Karya Sjuman Djaya)

Buku "Aku" Keluaran DuBook Press

Sejujurnya aku mengetahui mengenai buku ini pun melalui filem "Ada Apa Dengan Cinta" yang pernah menjadi satu fenomena dalam industri hiburan suatu ketika dahulu. Saat watak Cinta (lakonan Dian Sastrowadoryo) menemukan buku ini terjatuh di lantai koridor sekolah yang asalnya dimiliki oleh Rangga (Nicholas Saputra) lalu membacanya dengan tekun, di masa itu jugalah aku merasakan ada yang istimewa mengenai buku ini.

 Sebelum kita mendalami lebih lanjut, terdahulu haruslah kita ketahui apa isi kandungan buku ini. Sebenarnya ia adalah satu naskah berbentuk skrip untuk filem autobiografi tentang seorang penyajak Indonesia terkenal yang bernama Chairil Anwar. Senario yang diceritakan pada setiap bahagian di dalam buku persis seolah-olah kita menonton satu filem dalam bentuk fizikal. Naratifnya hampir terperinci dan ini membuatkan kebanyakan yang membacanya sangat teruja.

 Penulis buku ini iaitu Sjuman Djaya juga merupakan seorang peminat setia penyair ini. Sjuman Djaya juga dahulunya aktif menghasilkan karya filem serta teater yang berbentuk kesenian pada dekad 70'an serta awal 80'an. Namun hasratnya untuk merealisasikan karya nya ini menjadi sebuah filem tidak kesampaian. Atas sebab apa, aku kurang pasti.

 Apa-apa pun selayaknya karya ini biarlah kekal menjadi satu bahan bacaan sahaja, pada pendapat aku. Kerana sudah terbukti sebelum ini di mana kebanyakan karya filem yang diadaptasi dari novel-novel tidak semuanya berjaya. Mungkin agak sukar kerana kebanyakan peminat menginginkan agar jalan penceritaannya sama seperti novel. Namun kreativiti seseorang pengarah memang sukar diramal, tambahan pula jika ia melibatkan kos penghasilan yang minima. Faktor ini juga memaksa untuk si sutradara melakukan rombakan pada naratif filem tersebut. Kita kena faham lah dengan situasi si pengarah dalam hal ini.

 Berbalik tentang buku ini, pembaca Malaysia harus bersabar dengan gaya penulisan Sjuman Djaya kerana banyak terma-terma bahasa Indonesia yang digunakan agak asing pada kita. Namun jangan khuatir, kamus kan ada. Bagi aku, perbezaan dari segi bahasa cuma sedikit. Kalian masih mampu memahami isi kandungannya dan percayalah bila aku katakan, buku ini pasti akan membawa kalian ke era Indonesia di masa rakyatnya menuntut kemerdekaan daripada penjajah Belanda suatu ketika dahulu. Senario peperangan ini jugalah yang menjadi penarik istimewa dari buku ini selain daripada isu konflik kehidupan yang dialami oleh Chairil Anwar pada ketika itu.

 Secara peribadi aku katakan, buku ini antara naskah yang harus dibaca sebelum mati (selain daripada beberapa buku-buku agama dan selainnya). Mungkin agak keterlaluan bila aku katakan yang kisah hidup Chairil Anwar ini mirip dengan apa yang dialami oleh Kurt Cobain. Sama-sama menjalani hidup serba melarat namun berjaya menghasilkan karya-karya agung yang mudah diingati sampai bila-bila. Itu hakikatnya, karya yang dihasilkan anak seni adakalanya nampak cantik pada pandangan manusia lain, namun hidupnya tidaklah seindah yang digambarkan.

 Hidup mereka menentang arus, dan disebabkan ini jugalah karya-karya yang terbentuk oleh sikap rebel mudah menjadi khazanah sepanjang zaman dan artifek malar segar.

Butterfingers - 1000 Tahun

17 comments:

  1. buku ni jadi popular pasal AADC kot...

    ReplyDelete
  2. hmm! macam best jugak buku ni yer..

    ReplyDelete
  3. Mula la berangan jadi rangga..heheh..waduh2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...trending skrg ni bro...tambah2 lagi dah ada AADC2 skrg

      Delete
    2. hahaha...trending skrg ni bro...tambah2 lagi dah ada AADC2 skrg

      Delete
  4. Kena la usung buku nie merata-rata, sambil bermuka angkuh muncung bibir dan nampak cool.. Jumpa awek kena diajak berantem.. Baru la rangga.. haha

    ReplyDelete
  5. Belum pernah baca. Harap ada filemnya nanti..

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...