Pada hari ahad minggu lepas (16/06/2013) ada diadakan satu program yang dinamakan Buku Jalanan Bintulu yang dianjurkan oleh salah seorang pengasas Bintulu Buskers sendiri iaitu saudara Barangkali Marus Kamarudin. Program ini diadakan di Waterfront Bintulu, lokasi yang sering didatangi pengunjung yang suka jalan2 hujung minggu sambil beriadah bersama keluarga. Ini merupakan program yang pertama seumpamanya diadakan di Bintulu. Di Kuching rasanya sudah ada program buku jalanan ni dan dibuat di Tebingan Sg. Sarawak yang juga dikenali sebagai Waterfront Kuching.
Program ini pada mulanya diwarwarkan di dalam Facebook melalui page rasmi Buku Jalanan Bintulu itu sendiri. Di dalam page tersebut disertakan sekali venue dan date sebenar untuk program ini. Akan tetapi berlaku miscommunication semasa itu yang berkaitan tentang venue, ada yang cakap buat dekat Waterfront Bintulu, ada yang kata buat kat Pantai Temasya a.k.a. Tanjung Batu. Disebabkan masalah ini, ada juga rakan-rakan yang tersalah pergi ke lokasi program ini, di antaranya ialah bro Ijau dan drummer band Tresno, saudara Arep. Tidak mengapa bro, insyaAllah minggu yang mendatang akan ada lagi aktiviti sebegini.
Mungkin ada yang tidak berapa jelas tentang program buku jalanan ini. Program ini, berdasarkan dengan apa yang aku tahu la, pada asalnya bermula di beberapa Institusi Pengajian Tinggi dan juga dianjurkan oleh beberapa komuniti pemuzik terutama sekali golongan punk rockers. Ada juga aku terbaca di beberapa blog yang dimiliki oleh editor zine punk underground tempatan yang sering bercerita tentang aktiviti buku jalanan ini, malah ianya juga wujud di negara luar seperti Australia, Indonesia dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti ini ialah memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat melalui pendedahan di tempat awam. Kadang2 aktiviti ini diselangi dengan acara lain seperti busking dan deklamasi sajak, sebagai contoh yang dibuat Buku Jalanan Titi (Titiwangsa, KL).
Pada hari berkenaan, aku memang dah siap beberapa buku lama yang dah tak dibaca dari rumah parents aku yang bertujuan untuk didermakan kepada organizer. Sampai saja di venue, terus aku serahkan segala buku serta beberapa majalah lama untuk didermakan. Setting display Buku Jalanan Bintulu agak ringkas, boleh dikira seperti soft-opening, maklumlah masih lagi pada peringkat pengenalan. Namun usaha sebegini harus diberi pujian kerana ianya juga boleh dijadikan inisiatif bagi menggalakkan orang ramai, termasuk aku sendiri, untuk memupuk minat membaca. Aku dah lama dah tak membaca actual books ni, selalu asyik baca blog orang saja haha. Sekurang-kurangnya aku cuba menanam kembali hobi membaca yang suatu ketika dahulu memang ulat buku.
Disamping ada aktiviti Buku Jalanan Bintulu, ianya disertakan sekali dengan sesi busking dari rakan2 Bintulu Buskers. Sudah lama aku tak menyertai mereka busking, tapi kali ini aku hanya mampu jadi penonton saja. Haha mood untuk membuat persembahan masih belum ada masa ni, aku lebih suka berjalan2 sekitar Waterfront Bintulu bersama anak aku. Apa-apa pun tabik hormat kepada rakan2 buskers kerana masih lagi bersemangat menghiburkan pengunjung2 yang datang ke Waterfront pada petang ini. Di bawah merupakan beberapa gambar yang sempat aku ambil pada petang berkenaan.
Beberapa koleksi buku2 seram
Buku Jalanan Bintulu
Busking seorang diri
My dear Ainul dengan koleksi buku2
Koleksi novel2 cinta
Variasi majalah yang disediakan
Bintulu Buskers
Terima kasih bro adi herman.kerana memberi sokongan,kalau nak jadi krew BJBintulu saya sangat alu2kan..
ReplyDeleteNo hal bro, anytime boleh contact aku...dalam hal begini aku akan tunjukkan sokongan yg padu...haha u r the best!
Deletesteadylah event ni....
ReplyDeleteBukan setakat se-teady, tapi dua-teady bro...hahaha....
DeleteCaya la bro..happening nampaknya
ReplyDeleteHappening tu tak la sangat, soft opening saja...insyaAllah di masa akan dtg mgkn lebih happening hehe
Deletecool! merata jugak Buku Jalanan ni..
ReplyDelete"Membenih ilmu, mengakar pengetahuan."
Wow, cantik motto atau tagline tu bro, masa ni pun kami tengah mencari motto utk program Buku Jalanan Bintulu ni...very nice
Deleterasanya tu memang motto tu untuk Buku Jalanan, selalu ada kat setiap post facebook dia: https://www.facebook.com/bukujalanan
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete"Membenih ilmu, mengakar pengetahuan." Memang motto yg diguna pakai oleh buku jalanan
ReplyDelete"Membenih ilmu, mengakar pengetahuan." Memang motto yg diguna pakai oleh buku jalanan
ReplyDelete