Friday, April 25, 2014

Beberapa Video Menarik Semasa Gig Sarawak Metal Regime 2014 di Sibu Sarawak


Brain Dead - Eternal War (live at Sarawak Metal Regime 2014)

Curse Of God - Curse Of God (live at Sarawak Metal Regime 2014)

Tahi Suci : Live at Sarawak Metal Regime
Songlist:
1. Mari menari gangnam style bersama Ayatolah Khomeini
2. Syiah itu najis mughallazah
3. F*ck CNN!

Monday, April 21, 2014

Sarawak Metal Regime 2014 Gig (Brain Dead's Debut Performance In Sarawak) : Beberapa Pics Menarik...

Official flyer

Sarawak Metal Regime 2014 Gig
Date: 5th April 2014
Venue: Apollo KTV, Sibu, Sarawak
Band2 yang terlibat:
1. Brain Dead
2. Voltan 
3. Larrong
4. Mentally Murdered
5. Curse Of God
6. Bencana
7. Erectus

8. Demonwar
9. Tahi Suci

Band Unholy Sin menarik diri di saat akhir

Maaflah kalau aku memerlukan masa yang agak lama untuk menyiapkan review ringkas tentang gig ini. Ini adalah disebabkan kekangan masa, badan sakit2 lepas balik dari gig, kerja bertimbunan di pejabat dan pelbagai aneka bentuk alasan yang lain hahaha. Ok berbalik kepada cerita gig ini tadi, pada pagi sabtu 5 April tersebut, kami (terdiri daripada ahli2 kumpulan Curse Of God, Erectus, Tahi Suci dan beberapa kenalan metalheads Bintulu) bertolak dari tempat kami ke Sibu kira-kira lebih kurang dalam pukul 7 pagi. Sampai di Sibu pun dalam pukul 10:30 macam itu.

Check in di Hotel Bahagia dahulu, yang terletak tidak jauh dari venue gig tersebut. Rupa2nya ahli kumpulan Brain Dead juga tinggal di hotel yang sama. Nice haha. Setelah makan tengahari kami pun terus ke venue untuk memulakan sesi soundcheck. 

 Abam Rashid selaku drummer Curse Of God (kiri) dan Korawk (kanan) sedang melakukan soundcheck

 Ini pula gitaris terbaru COG iaitu Lan Zaukaren

 Saudara Donny (frontman band COG) sedang membiasakan diri dengan setting amplifier di atas stage. Beliau baru saja pulih dari terkena serangan asthma beberapa hari sebelumnya. Sedih. Disebakan situasi tersebut, beliau membuat keputusan untuk membotakkan kepalanya.

Cantik jugak banner di belakang Abam Rashid tu

 Ini pula beberapa tshirt yang dijual semasa gig tersebut. Memang laku giler diorang jual ni. Habis dalam beberapa jam sahaja. 

 Banner rasmi gig tersebut

 Senarai band mengikut turutan dan giliran masing2 untuk membuat persembahan

Tanpa melepaskan peluang yang ada, kami juga sempat menjual beberapa CD dan tshirts 

 Kelihatan seorang brader tengah membuat urusan pembelian tshirt EP Erectus/Curse Of God hehe....thanks for your support bro!

 Aku bergambar kenang-kenangan bersama Neer Hashirim (bassist untuk band Brain Dead serta Sil Khannaz dan The Pilgrims). Dia pakai tshirt Brutal Truth, aku pulak guna topi Brutal Truth hahaha. Apa2pun dalam dunia metal tempatan, dia ni antara bassist yang terbaik pernah aku jumpa, dengan showmanship beliau di pentas mahupun dalam recording pada setiap band yang aku sebut tadi.

 Kelihatan Korawk (3 dari kanan) sedang asyik bercerita tentang teka-teki lucah Bro Zul (siapa bro Zul? Kena tanya Korawk sendiri)

Satu lagi banner besar yang diletakkan di luar pub tersebut

 Band Larrong menjadi band pembuka pada gig tersebut. Gig bermula agak lewat iaitu pada pukul 2:30 petang (tidak mengikut jadual yang sepatutnya bermula pada pukul 1 petang). Walaupun menjadi band opening, tapi itulah kehebatan yang ada pada band Larrong. Crowd yang pada luarnya lepak di luar venue, kemudiannya terus memenuhi ruang pub setelah mendengar bunyian bingit dari Larrong. Band yang berusia lebih dari 20 tahun ini mempunyai kredibilitinya yang tersendiri.

 Band kedua iaitu Bencana, death metal band dari Kuching. Mereka ini mengingatkan aku dengan Pantera dan Sepultura era Chaos AD, akan tetapi vokalisnya terpengaruh dengan muzik2 dari band deathcore seperti Job For A Cowboy dan Suicide Silence. Semasa mereka membuat persembahan, ada berlaku kesilapan teknikal pada amp yang digunakan oleh gitaris dan ini menyebabkan band yang bermain selepas itu terjejas sama.

Tidak lama selepas itu, band Tahi Suci pula membuat persembahan. Maaf tak ada pics mereka di sini. Ulasan dan video mereka akan saya letak di entri yang akan datang. Jangan risau hehehe.

Selepas Tahi Suci, giliran Demonwar pula menghuru-harakan pentas. Band black/death metal yang berasal dari Kuching ini mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh kerana mutu permainan mereka yang tight serta organized. Walaupun ada iras-iras Impiety sikit dalam muzik mereka, akan tetapi itu tidak menjadi masalah sebenarnya.

My bro, Kevin Emmanuel selaku drummer band Demonwar ini semakin improve corak permainan drums beliau. Aku tak reti nak ulas dari segi teknikal ni, tapi berdasarkan apa yang aku tengok la, Kevin ni dah macam Pete Sandoval dah haha...

 Selepas itu, giliran Curse Of God pula menggamatkan suasana di venue tersebut. Persembahan mereka dimulakan dengan lagu berjudul "Curse Of God" yang diambil dari Split EP "Vaiehell Beheading Ritual" bersama Erectus. Masalah teknikal pada amp yangdigunakan Donny (frontman, vocalist & guitar) kembali lagi, akan tetapi dapat diselesaikan oleh pihak penganjur dengan kadar segera.

 Donny of Curse of God

Bassist bertopeng a.k.a Korawk bermain dengan bersungguh-sungguh sekali pada masa itu bersama Curse Of God. 

Tetiba saja strap gitar Lan tercabut semasa membuat persembahan. Aku tak sampai hati nak tengok, lalu aku pun naik ke pentas dan betulkan strap gitar dia. Kesian pulak tengok dia perform dalam keadaan mencangkung begini. 

Bagi mengelak kejadian amp buat hal lagi, Tuan Tazudin (selaku organizer gig ini) standby di belakang amp tersebut bagi menyelesaikan masalah tersebut. 2 thumbs up harus diberikan kepada beliau kerana agak profesional mengendalikan gig ini secara keseluruhannya.

Selesai saja Curse Of God membuat persembahan, giliran Erectus pula mengambil alih pentas. Walaupun ketiadaan vokalis utama mereka, tanggungjawab tersebut diambil alih oleh Sallem selaku frontman/lead guitar band ini. Seperti biasa, imej gitar bercabang merupakan daya penarik band ini. 

Sallem of Erectus 

Rizal of Erectus. Dulu gitar yang diberi nama timangan "Predator" ini nampak bersih saja, sekarang dipenuhi dengan sticker Anti-Israel dan Free Palestine. Hehe boleh tahan. 

Selepas itu band Voltan pula beraksi. Aku tak sempat nak ambik gambar diorang disebabkan aku kena balik ke hotel untuk simpan barang. Sorry.

Band kelapan membuat persembahan pada hari itu ialah sebuah death metal band otai dari Kuching iaitu Mentally Murdered. Set mereka agak panjang berbanding band2 lain kerana mereka memainkan lebih kurang 6 @ 7 buah lagu, aku pun tak ingat. Mereka siap buat cover lagu "Master Of Puppets" dan "The Trooper" pulak tu haha. Memang sing-a-long la.

Seterusnya band terakhir untuk malam itu iaitu Brain Dead yang didatangkan khas dari Taiping, Perak untuk naik ke pentas. Walaupun aku bukanlah big fan mereka namun kebanyakan lagu2 mereka dari album "From The Ecstacy" (rilisan tahun 1994 kalau tak silap aku la) memang aku agak familiar disebabkan sudah terdedah dengan muzik mereka sejak di bangku sekolah lagi. Kiranya diorang ini aku mula dengar di awal dekad 90'an jugak la (zaman kaset) sekali dengan band metal tempatan yang lain seperti Sil Khannaz, Vociferation Eternity, As Sahar, Langsuyr (band Doc Ben) dan Cromok.

Bagi pendapat aku la, sound mereka ni hampir2 menyerupai 3 album terawal Sepultura iaitu "Beastial Devastation","Morbid Visions" dan "Schizophrenia". Corak permainan gitar Ein (vocals/guitar) dan Malek (lead guitar) sungguh menarik, kena banyak belajar dari mereka ni kalau dari segi setting efek dan amps di pentas.

Neer Hashirim (bass) dan Ein (vocal/guitar). Azlan "Lan Bye" Osman pula bertindak menjadi tukang pukul (drummer) untuk Brain Dead. Maaf, lupa nak ambik gambar dia. huhu...

Selain memainkan beberapa lagu dari demo terdahulu dan album "From The Ecstasy", mereka juga ada membawa lagu cover iaitu "Chapel Of Gouls" dari Morbid Angel. Memang sing-a-long la lagu ni dibuatnya haha. Akan tetapi lagu2 mereka seperti "Eternal War", "Unholy Sins" dan "Twisted Souls" juga boleh tahan hebatnya, seolah2 mengembalikan kegemilangan zaman death metal tempatan awal dekad 90'an dahulu. Hail Brain Dead!

 Gig pula selesai kira-kira dalam pukul 7:30 petang begitu. Walaupun badan kepenatan akibat aktiviti headbanging yang terlalu ekstrim (mujur tak kena gout ataupun darah tinggi hahaha), akan tetapi overall gig ini boleh diklasifikasikan sebagai berjaya. Crowd yang datang dalam jumlah 100 lebih pun sudah memadai.

Bergambar kenang-kenangan bersama metalheads Sibu di luar kawasan venue

Akibat keletihan yang di tahap ekstrim, Korawk (bassist Curse Of God) membuat aksi tidur dengan menjadikan banner gig tersebut sebagai selimut beliau.

Sekian saja ulasan ringkas tentang gig Sarawak Metal Regime di Sibu tempoh hari. Khabarnya akan ada lagi gig Sarawak Metal Regime bahagian kedua pada 31 Mei nanti, band headline nya ialah Defiled, technical death metal dari Jepun. Ini merupakan peluang yang tidak harus dipersia-siakan. Jangan risau akan ada entri pasal gig itu nanti. Hehehe....









Friday, April 18, 2014

Insiden Kecederaan Semasa Bermain Pennyboard : Kisah Semalam...

Inilah akibatnya jika anda tidak menggunakan helmet serta knee & elbow pads semasa membuat aksi "downhill" (turun dari atas ke bawah bukit dengan kelajuan yang tidak munasabah).

 pergelangan tangan

 muka

 bawah lengan (yang ni ada lebam sebesar buah epal pada mulanya, kemudian mengecut selepas beberapa jam)

lutut


Kejadian yang tidak diingini ini berlaku semalam (Khamis 17 April 2014) di perkarangan Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, tidak jauh dari pejabat wife aku. Pennyboard bukan dicipta untuk membuat aksi "downhill" tapi aku degil juga ermmm. Setelah mendapat kecederaan ini, aku langsung terus ke sebuah hospital swasta (juga bertindak sebagai klinik panel untuk jabatan aku) bagi mendapatkan rawatan. Setelah dibuat X-Ray pada pergelangan tangan dan bawah lengan, alhamdulillah tidak ada sebarang tulang yang patah.

Moral Of The Story:
I'm too old to make some crazy stunts
Safety first
Safety first
Safety first
....and safey first




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...