"Aaaahhh, lega...," kata Fairol dengan nada yang mengasyikkan setelah selesai kencing di tandas. Rumah kuarters yang didiami dia dan Nasrul itu sederhana besarnya dan setiap bunyian ada di dalamnya mampu didengar oleh satu isi rumah. Jam di dinding menunjukkan pukul 10 malam. Keadaan di luar rumah sunyi sepi seperti selalu. Sudah 2 minggu Nasrul pulih setelah kejadian dirasuk makhluk halus bernama Zos Kia Kultus dan Permaisuri Balqis. Keadaan sudah kembali aman seperti sedia kala.
Fairol sudah bersiap-siap untuk masuk ke dalam bilik tidurnya. Badannya keletihan kerana seharian menyiapkan senarai gaji pekerja kilang papan yang dia sudah bekerja selama 5 tahun itu. Kilang Papan Ah Hock terletak tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan, tempat Nasrul bekerja. Menjadi "supervisor" di Kilang Papan Ah Hock ada seronoknya bagi Fairol. Dia boleh buat kerja lebih masa sampai 7 hari seminggu tanpa henti dan mendapat habuan hampir RM5,000 hanya dari Overtime sahaja. Fuuhhh! Berduit sungguh Fairol. Tapi dia masih suka tinggal bersama dengan Nasrul walaupun gajinya besar begitu.
Sedang Fairol berdiri di pintu biliknya, dalam perjalanan untuk menerjunkan dirinya di atas katil, dia sempat bertanya khabar Nasrul di bilik sebelah. "Oi pok! Kau belom tidur lagi ka? Dah lewat malam ni. Esok pagi dah nak ke asrama budak lelaki, nak kejutkan mereka solat subuh," kata Fairol sambil menggaru belakang badannya yang tidak gatal. Nasrul pula masih termenung merenung siling di dalam biliknya. Fikiran nya kosong, tiada apa yang berligar di benaknya.
"Yalah, kejap lagi aku tidur la Fai. Kau jangan menyibuk boleh tak?" herdik Nasrul kepada Fairol yang sebenarnya seorang yang perihatin. "OK takpa. Esok pagi kalau kau tak bangun awal, aku malas nak gerakkan kau," kata Fairol dan berlalu pergi selepas itu dan menuju ke bilik tidurnya.
Di dalam bilik tidur itu, Nasrul tidak keseorangan. Ada entiti lain yang sedang berdampingan dengan nya. Kelihatan ada kelibat wanita bergaun hitam sedang memeluk Nasrul sambil membisikkan sesuatu ke telinganya. Wanita tersebut sedang asyik merangkul tubuhnya di badan Nasrul. Nasrul pula leka melayan lagu band As Sahar bertajuk "Meditasi Embun Pagi" yang keluar melalui pemain cakera padatnya dengan volume yang sederhana besar.
Rupa-rupanya wanita yang mendampingi Nasrul di atas katilnya itu ialah Permaisuri Balqis. Apa? Tidak mungkin. Mana mungkin si Balqis dapat lepas dari cengkaman Percius, suaminya yang sadis itu. Si Balqis ada penjelasannya sendiri. Tatkala 5 hari yang lalu, Balqis mampu meloloskan dirinya dari penjara rekaan Percius di pinggir hutan itu. Meneroboskan diri dari penjara itu bukannya mudah, Balqis terpaksa membuat pelbagai tipu daya untuk menambat hati Percius. Akhirnya Percius cair dengan pujuk rayu Balqis.
Apabila Balqis telah menemui peluang tersebut, tanpa membuang masa, Balqis ambil kesempatan itu dengan membunuh Percius. Sungguh kejam sekali perlakuan Balqis hingga tergamak membunuh suaminya sendiri dengan menggunakan cemetinya nya yang berbisa itu. Lidah Percius dikerat, lehernya juga dikelar. Oh, sungguh kejam sekali.
"Balqis, sudikah kau hidup bersamaku buat selamanya?" tanya Nasrul kepada Balqis, minda Nasrul mula terawang-awang saat dia bersama permaisuri bunian itu.
"Sudah tentu kekanda ku. Kaulah segalanya buatku. Kini dan selamanya," kata Balqis. Sungguh meruntun jiwa kata-kata manis dari Balqis itu. Hati Nasrul mulai terpaut dengan kata-katanya. "Buatlah apa yang adinda inginkan pada diriku," kata Nasrul.
Secara tiba-tiba, Balqis menyeringai mengeluarkan taring dari celah gigi hadapannya. Nasrul membiarkan saja Balqis memegang batang lehernya. Taring Balqis lalu menyengat ke leher Nasrul, menjunam dan menghisap darah ada di dalam badan Nasrul. Tubuh Nasrul dipeluknya erat-erat. Wanita bengis itu makin galak menghisap darah Nasrul.
Bahagiakah mereka buat selamanya? Sampai bilakah Nasrul akan keluar dari cengkaman Balqis?
Sekian untuk kesekian kalinya.
TAMAT.
(Aku, Alam Mistik dan Rock N Roll. Bahagian enam. Pengakhiran musim pertama)
Oh..ni baru season 1? Ok aku tunggu season 2 pulak..hehe
ReplyDeleteTerasa mcm tv series Supernatural pulak...hahaha
DeleteSeriously... aku enjoy baca tulisan kau ni...
ReplyDeleteMungkin kau boleh bukukan, atau buat satu website khas tulisan or whatever...
continue the story please, aku belum puas.
InshaAllah akan diusahakn utk dibukukan, tuan. Haha I try my best.
Delete