Monday, February 1, 2016

CD Review : Boxtak (Demo 2015)



Boxtak (Demo 2015)

Seperti yang kebanyakan kita tahu, genre Grindcore sudah wujud sejak awal dekad 80'an lagi. Band-band terawal yang memulakan gerakan muzik berat dan pantas sebegini adalah seperti Napalm Death, Repulsion, Brutal Truth dan banyak lagi. Secara harfiahnya, genre ini lahir dalam pertembungan di antara Punk dan Metal di mana pada ketika awal dekad 80'an tersebut, kebanyakan band metal berlumba-lumba mahu menjadi kugiran yang lebih berat dari aspek penghasilan riff-riff serta beat yang laju bagai pelesit. 

Grindcore juga tidak lepas daripada berlakunya revolusi. Kini trend muzik Grindcore juga membentuk ke arah yang lebih berat dan pantas (malah lebih advance lagi daripada band-band generasi terawal) setelah melewati beberapa dekad kebelakangan ini. Band seperti Rotten Sound, Nasum, Unholy Grave, Wormrot dan sebagainya semakin mendapat tempat di hati pendengar muzik ekstrim. Bahana ini juga memberi kesan kepada peminat muzik Grindcore tempatan. Ramai juga band tempatan yang mengikuti trend sebegini; satu lagu hanya bertahan beberapa saat atau paling lama pun 2 minit dan digaulkan dengan riff-riff berat gitar yang mencengkam kalbu) seperti Damokis, Tool Of The Trade, Negation, Muntah Darah, sekadar menamakan sebahagiannya.

Band Boxtak juga tidak terkecuali. Band yang berasal dari Lahad Datu ini telah menghasilkan sebuah demo tahun lepas, sekadar self-titled sahaja. Mutu rakaman pada keseluruhan lagu di dalam demo mungkin dalam format rehersal sahaja; one-take recording dengan hanya sedikit mixing. Namun jangan terkejut jika bentuk lagu-lagu mereka ada kelainan sedikit dari segi peralihan time-signature serta riff-riff mereka. Memang agak ketara mereka ini terpengaruh dengan Wormrot. Namun pengaruh ini juga mampu menjadi pemangkin untuk mereka menghasilkan sound mereka yang tersendiri. Track pertama yang berjudul "Bakakuk (Intro)" mengingatkan aku dengan track pertama dari album "Dirge" (Wormrot) yang bertajuk "No One Give A Shit". Haha. Ini sesuatu yang menarik disebabkan feel attack grind yang dimulakan dengan riff perlahan namun bisa dihancurkan dengan bahagian-bahagian kejam yang seterusnya. Lagu "Manipulation Of Lucifer" pula membuat aku terbayang, kalaulah track ini dirakam secara profesional dan diberi sentuhan mixing yang baik, aku rasa lagu ini boleh jadi killer song.

Band yang dianggotai oleh Pagek (vocals), Angah (bass), Adli (drums) dan Acit (guitar) ini sememangnya mempunyai potensi yang besar dalam genre ini. CD demo yang dilengkapi dengan 5 buah lagu (termasuk sebuag cover dari Wormrot berjudul "False Grind Sodomy") ini sudah cukup menjadi satu testimoni buat mereka agar dapat bersaing dengan band-band grindcore lain dari Sabah seperti Perpetual dan Muntah Darah. Jika band ini mampu menghasilkan sebuah EP/album pada masa akan datang, diharap mereka ini dapat menghasilkan karya yang lebih berkualiti dengan penambahbaikan dalam kerja-kerja yang melibatkan sesi rakaman.


1 comment:

  1. Aku baca dengan penuh minat. Pasal aku tak tahu ni semua tapi menarik la bacaan gini kalau kita suka dengar muzik

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...