Monday, June 20, 2016

Cerkas : Cerita Sedih Yang Sukar Disasterakan (Bahagian 1)

Lukas Graham - 7 Years

Ya, aku faham. Tidak semua manusia dikurniakan satu hidayah untuk memahami kata-kata puitis. Contohnya seperti ada satu ketika di mana aku menerangkan tentang maksud beberapa sajak-sajak malar segar hasil karya T Alias Taib dan Baha Zain kepada ibuku. Ibu hanya mampu mengerutkan dahi lantas menukar topik perbualan dengan sepantas kilat tanpa meminta izin pun dariku. Topik yang sering digantikan adalah tentang menu masakan yang mahu dihidang samada pada waktu tengahari mahupun makan malam. Itu aku mengerti. Kasih sayang ibu masih terlalu tajam untuk mencincang sekelumit bawang merah yang berbaur hal-hal biasa sahaja. 

Cuma aku masih tidak faham, bagaimana ibuku tergamak menjadikan setiap helaian kertas yang asalnya adalah segerombolan sajak-sajak underground dalam bentuk zine milikku bertukar peranan kepada perkara yang lain. Bukan main susah aku mengumpul zine-zine tersebut. Kemudian ditukar fungsinya menjadi pembalut nasi lemak yang akan dijualnya di warung Makcik Lehot. Tergamak namun aku cuma mampu lihat sahaja sambil melopongkan mulut. 

Ya, baru kini aku percaya. Cinta itu benar-benar buta.

5 comments:

  1. Haha. Benda2 sentimental value kat kita , tapi orang tak paham. Aku kena jugak benda2 gini.

    ReplyDelete
  2. aku tak tau Lukas Graham tu apa...aku google...

    btw...bagi mak aku...apa benda yang aku simpan semuanya adalah sampah...

    ReplyDelete
  3. bagus jugak tu bila mak buat bungkus nasi lemak guna kertas zine untuk dijual.. sekurang-kurangnya para pembeli nasi lemak akan dapat jugak untuk menikmati bacaan pada zine-zine berkenaan.. tak gitu adi herman.. kihh kihh

    ReplyDelete
  4. Bro! Buatlah review album-album rawk 90-an lagi... Coba buat review Spawn OST. Album tu sempoi!!!

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...