Pic cilok dari Google
Tiap-tiap hari aku akan menunggang motosikal untuk turun kerja. Sebenarnya kalau diikutkan, boleh sahaja aku memandu keretaku untuk pergi ke pejabat. Namun aku masih lagi setia dengan motosikal Honda C70 yang sudah uzur ini. Kereta yang terparkir di garaj rumah itu aku biarkan sahaja tidak bergerak ke mana-mana.
Entah kenapa, aku sememangnya meminati motosikal tua pemberiaan arwah datuk ku ini. Nilai sentimental tetap ada dan ini membuatkan aku amat susah untuk berenggang dengannya.
Setiap pagi apabila aku dalam perjalanan pergi ke pejabat, aku akan melalui satu selekoh tajam yang terletak tidak jauh dari rumah aku. Aku akan berhenti sejenak, kira-kira dalam 5 atau 6 minit begitu. Sebenarnya aku akan berdoa seketika di tepi jalan pada selekoh tersebut. Ya, memang betul. Adakalanya selekoh ini amat sibuk pada waktu tertentu, tetapi aku tetap akan berhenti. Aku akan sedekahkan Al Fatihah, berdoa dan selepas itu menyentuh simen yang berada di tepi jalan itu.
Di sinilah datuk aku dilanggar lari oleh sebuah lori semasa arwah sedang melintas jalan. Entah kenapa pada waktu kejadian, datuk aku tidak pula bermotosikal untuk jalan bersiar-siar. Aku masih ingat lagi kata-kata terakhirnya sebelum arwah kena langgar. "Atuk saja nak ambik angin di waktu petang begini. Malas lah nak bawak motosikal," ayat itu masih lagi terngiang-ngiang di fikiranku.
Tiap-tiap pagi aku akan menunggang motosikal untuk turun kerja. Membawa motosikal yang dahulunya kepunyaan orang yang paling aku sayang di dalam dunia ini.
Sedih™
al-fatihah buat arwah atuk adi herman
ReplyDeleteamin
eh bukan atok saya. ni cerita fiksyen saja. haha
Deleteeh bukan atok saya. ni cerita fiksyen saja. haha
DeleteHonda C70, gear satu tekan belakang tu nostalgia sungguh...ni la motornya untuk aku mula belajo bawak motor...
ReplyDeletesedih..
ReplyDeleteTerbaik cerpen ini. Standing ovation
ReplyDelete