Monday, April 17, 2017

Sajak : Rindu Si Hati Rapuh


Hasil Nukilan : Adi Herman

Sebuah luahan perasaan setelah pemergian adikku Allahyarham Alifh Omar Bin Amir

Monday, April 3, 2017

Catatan Kehidupan : Melawat Ke Taman Rindu

Pokok bunga kertas dan ros putih

Arwah adikku Alifh Omar dahulunya memang suka bercucuk tanam dan berkebun. Antara tumbuhan yang disukainya ialah pokok bunga kertas dan bunga ros putih ini.

Semenjak pemergiannya, pokok-pokok ini dijaga rapi oleh ibu bapa mertua dan isterinya. Mungkin melalui aktiviti sebegini merupakan satu jenis terapi merehatkan minda buat arwah dahulu. Setelah penat berkerja di pejabat, mungkin hanya dengan menjalankan aktiviti sebegini sahajalah yang dapat meluahkan segala kekusutan di dalam fikirannya.

Alhamdulillah kebanyakan tanamannya menjadi serta tumbuh dengan baik. Kebanyakan pokok buah serta bunga yang ditanamnya dahulu kini membuahkan hasil. Contohnya pokok buah betik, markisa dan daun pandan; semuanya baik-baik belaka.

Arwah tidak sempat melihat hasil tanamannya. Namun jauh di lubuk hati setiap ahli keluarga kami, dapat dirasakan bahawa keberadaan semangatnya tidak mati dan kekal hidup pada setiap tumbuhan yang ditanamnya.

Kini hampir genap 100 hari pemergiannya. Kami sekeluarganya masih belum mampu untuk melunturkan rasa rindu ini terhadapnya. Namun kami tetap redha dengan apa yang telah berlaku.

I miss you so much, dear brother...

إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزله ووسع قبره وابدله دارا خيرا من داره واهلا خيرا من اهله واجعل قبره روضة من رياض الجنة
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...