Monday, October 2, 2017

Entri Mini : Asam Garam Seorang Pemandu Grab (Bahagian 2)


Mula-mula semasa masih awal berkecimpung dalam dunia pemandu Grab, aku memang suka berborak dengan pelanggan. Sekarang ni, aku tengok situasi juga. Kalau pelanggan jenis yang mesra, aku layan jer. Kalau jenis yang pendiam, aku pun senyap gak. Yelah, manalah tau si pelanggan tu keletihan dan tak ada mood nak diajak berborak. So kita buat cool saja lah.

Di tempat aku ni banyak juga aku berhadapan dengan pelanggan warga asing. Ada asalnya dari Korea, Filipin, India dan Indonesia. Yang dari Indonesia tu ok lagi la sebab aku boleh faham apa yang dia cakap. Yang cakap broken English pun aku masih boleh layan. Pernah sekali aku terkena pelanggan berasal dari Korea yang langsung tak reti sepatah haram bahasa Inggeris pun. Harap guna bahasa isyarat jer.

Baru-baru ni selalu kita dengar keluhan penumpang Grab yang merasakan agak kurang selesa apabila diajak berborak oleh pemandu. Kadang-kadang ada pemandu yang terlalu mesra alam sampaikan berborak tentang hal peribadi si penumpang. Come on lah, sesiapa pun boleh rasa rimas jika berhadapan dengan situasi begini.

Kesimpulannya, sebagai pemandu Grab aku hanya perlu bercakap apabila kena dengan situasi sahaja. Kadang-kadang lebih baik berdiam diri. Tetapi jangan kurang dengan senyuman. Hehe.

Photo credit : Himpunan Cerita Lawak

2 comments:

  1. Setakat ni bila aku guna khidmat grab semua driver mesra alam.aku ok je.lagi pulak kalo pompuan lagi aku suka..heheh

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...