Gig : Miri Extreme 2.0
Date : 3rd March 2018
Venue : Alice In Borneoland, Miri, Sarawak
Backprint untuk t-shirt rasmi gig ini
Ini merupakan siri kedua untuk acara Miri Extreme, yang pertama telahpun dibuat pada tahun lepas. Kali ini pemilihan venue agak tepat dan bersesuaian iaitu Alice In Borneoland. Boleh dikatakan Alice In Borneoland memang sesuai digelar hub untuk pemuzik independent / underground untuk melampiaskan karya mereka di sini.
Aku datang sedikit lewat kerana terpaksa menguruskan hal-hal keluarga. Namun begitu sempat juga aku menyaksikan persembahan band GLASSWAR beraksi di atas pentas. Seriously, band pertama yang perform pada event ini memang power. Betul-betul berantakan Alice In Borneoland dibuatnya. Semasa mereka membuat persembahan, ada penyatuan di kalangan crowd yang jarang aku temui; geng-geng skinhead, punk dan metal berkongsi mosh pit yang sama. Ini betul-betul hebat.
Seterusnya, band dari Bintulu pula beraksi. Tak lain tak bukan, semestinya NOGAS. Kali ini line-up mereka kembali sempurna kerana rakan mereka di posisi gitar sudah kembali menjalinkan tali silaturahim bersama mereka iaitu bro Fred Ellison. Haha. Persembahan mereka sudah semestinya tidak akan mengecewakan. Gila kau, band kedua dah cukup menggila. Termengah-mengah crowd dibuatnya.
NOGAS
NOGAS
NOGAS
Selepas NOGAS, kini giliran metalheads dari bumi Bintulu iaitu Erectus pula menyajikan santapan teragung mereka. Kali ini ada berlainan sedikit di mana mereka ada mempersembahkan beberapa lagu baru yang akan diriliskan tidak lama lagi dalam bentuk album. Ya, mereka bakal menghasilkan album pertama mereka. Full length album wow. Ini betul-betul menunjukkan komitmen yang tinggi.
Selesai sahaja set Erectus, kini tiba masanya para peminat muzik ekstrim Miri diperdengarkan dengan irama punk rock dari negeri di bawah bayu. Tak lain tak bukan, semestinya Con-damn the corruptor. Setlist mereka dimulakan dengan lagu Sabahan Punk. Gila kau, lagu pertama dah chaos! Paling menarik dan teramat mengujakan ialah apabila crowd sama-sama sing-a-long dengan lagu tersebut pada bahagian korus. Aramaiti!
Con-Damn The Corruptor
Con-Damn The Corruptor
Ben Pangazou of Con-Damn The Corruptor
Ben Pangazou of Con-Damn The Corruptor
Ben Pangazou of Con-Damn The Corruptor
Ben Pangazou of Con-Damn The Corruptor
Selesai set dari Con-damn The Corruptor, kini giliran Tahi Suci (kugiran grindcore dari Bintulu) pula merampas stage. Aku malas nak komen lebih-lebih pasal band aku. Tak best pulak, macam angkat bakul sendiri kalau aku ceritakan pasal setlist kami ni. Haha. Biarlah crowd yang menyaksikan persembahan buat penilaian.
(Boleh rujuk persembahan kami di entri blog INI)
(Boleh rujuk persembahan kami di entri blog INI)
Tahi Suci (photo credit : Zulkarnain)
Tahi Suci (photo credit : Zulkarnain)
Azrul (gitaris) dan Young Ariff (drummer) of Tahi Suci. (photo credit : Miri Underscene Photogore)
Azrul of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)
Young Ariff of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)
Young Ariff of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)
Pendekar Mustar of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)
Pendekar Mustar of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)
Pendekar Mustar of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)
Pendekar Mustar of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)
Setelah penat melompat dan bergoleng-goleng di atas pentas (tak sedar yang aku dah terlalu tua untuk buat kerja ni haha) kami terpaksa habiskan setlist kami pada minit ke 19 kerana untuk memberi laluan kepada band hometown Hypertika. Entah kenapa, persembahan mereka kali ini semakin menyengat berbanding sebelum nya. Baik dari segi showmanship mahupun sound mereka, Hypertika telah membuktikan yang mereka layak untuk bermain di stage yang lebih besar. Satu perkembangan yang baik sebenarnya.
Apabila Hypertika selesai dengan setlist mereka, kini giliran Bronco Buster pula beraksi. Bronco Buster merupakan unit grindcore berasal dari Kuching. Nama mereka amat digeruni dalam scene grindcore / punk / hardcore di Sarawak. Band yang kekal aktif dan beroperasi lebih 10 tahun ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh crowd di Miri. Persembahan mereka benar-benar bertenaga. Lagu-lagu mereka yang mengadunkan pelbagai irama dari hardcore punk ke pure grinding blast beat memang menusuk kalbu. Ini betul-betul power tak ingat.
Seterusnya selepas selesai setlist Bronco Buster, giliran Terbabak pula memporak perandakan stage. Terbabak merupakan sebuah band grindcore dari Miri. Masih baru lagi ni tapi persembahan tetap power. Aku suka masa band ni cover beberapa lagu Sepultura disamping menyajikan beberapa lagu mereka sendiri. Diharap lain kali band ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti persembahan dan keluar dengan material sendiri di masa akan datang.
Selesai sahaja setlist dari band Terbabak, kini giliran Unconcious, sebuah band besi mati berasal dari Sibu pula menjahanamkan pentas. Band yang tidak asing lagi ini sering diberi jolokan Cannibal Corpse versi Sarawak ini semakin hebat mutu persembahannya. Ada kelainan pada persembahan mereka kali ini di mana terdapat 2 gitaris di dalam band tersebut. Hal ini menyebabkan frontman mereka iaitu tuan Zaha Unconcious menggalas posisi vokalis secara bebas dan lebih selesa. Satu lagi yang harus diberi pujian di mana ada peningkatan pada permainan drummer mereka berbanding show mereka sebelum ini. Syabas Unconcious.
Terbabak
Terbabak
Terbabak
Unconcious
Unconcious
Unconcious
Unconcious
Unconcious
Apabila Unconcious selesai bertarung, maka sebuah band death metal dari Miri bernama Nimang Ensera pula naik ke pentas. Band ini ada keunikannya yang tersendiri. Ada beberapa ahli band ini membawa beberapa alat muzik tradisional naik ke pentas seperti gong dan gendang, bagi melengkapkan lagi person serta persembahan mereka. Nimang Ensera sebelum ini pernah hiatus selama beberapa tahun, dan kini kembali dengan imej yang sungguh tribal dan istimewa. Mutu persembahan mereka juga sungguh mempersonakan di mana ada sesi ngajat juga diadakan selain mosh pit serta headbanging. Kebanyakan lagu mereka juga dalam bahasa Iban.
Selepas selesai set Nimang Ensera, kini masa yang ditunggu telah tiba. Giliran Kherow pula membuat persembahan. Band yang menyambut anniversary mereka yang ke 20 ini sememangnya dinantikan oleh crowd di Miri. Persembahan mereka tidak disangkal lagi antara yang terbaik di Sarawak. Gimik "cengkaman dewa" oleh frontman mereka iaitu Bob sememangnya lain dari yang lain. Riff dan solo gitar tuan Zizie Row juga sememangnya masih menggerunkan dan harus diberi perhatian. All hail Kherow!
Rumusan yang dapat aku buat untuk gig ialah ianya sememangnya sebuah acara yang teramat sukses. Mana tidaknya, amat jarang kami di Miri ini menemukan situasi di mana para peminat dari aliran skinheads, hardcore punk, grindcore, death metal dan sebagainya berkumpul di dalam acara yang sama. Mereka membentuk moshpit serta headbanging bersama. Satu semangat brotherhood yang sungguh unik.
Dari Kiri : Ben (Con-Damn The Corruptor), Zaha (Unconcious) dan aku.
Stuff distro aku yang dijual semasa event tersebut
Official merchandise untuk band Nimang Ensera
Ben dan beberapa barangan dagangan yang dibawa beliau dari KK
zizie dah guna caparison woo~
ReplyDeleteterbaik ulasannya.. ctc tu aku mau tengok live dorang .
ReplyDeletePendekar mustar pakai topeng pulak.malu or mmg nak ikut bandi amuk..haha
ReplyDeletependekar yang pemalu haha
Deletependekar yang pemalu haha
Delete