Wednesday, March 19, 2014
Monday, March 17, 2014
Comic & Movie Review : Mat Som (Karya Hasil Datuk Lat)
Komik Mat Som (1989)
Komik Mat Som (kiri) dan DVD Filem nya (kanan)
Ini merupakan cover belakang komik ini, babak di mana watak Mat Som dan Yam tengah makan Sup Tulang di sebuah gerai makan. Artwork yang superb!
Aku terserempak dengan komik Mat Som ini semasa aku berkursus di Putrajaya beberapa tahun lepas. Aku beli komik ini di MPH Alamanda sana. Semasa aku nak angkat komik ni, salesgirl kat kedai tu cakap yang komik dah jarang dikeluarkan lagi. Agaknya betul lah kata salesgirl tu, aku belek di mukasurat pertama pun komik ini hanya dicetak sebanyak 4 kali sahaja semenjak ianya diterbitkan pada 1989 dahulu.
Komik Mat Som bagi aku boleh dikategorikan sebagai graphic novel rasanya. Jalan ceritanya selamba sahaja tetapi diselitkan dengan elemen nasihat secara berkias dan mudah difahami. Ianya mengisahkan seorang pemuda bernama Mat Som yang hidup serba kekurangan di tengah bandar Kuala Lumpur sebagai penulis sambilan untuk sebuah syarikat surat khabar. Gaya lukisan Datuk Lat dalam komik ini agak tipikal dengan komik-komik beliau sebelumnya seperti Kampung Boy, Town Boy, Lat Gets Lost dan sebagainya. Walaupun begitu kekuatan sebenar dalam komik ini ialah storyline yang bagus serta mempunyai maknanya tersendiri.
Sajak karya A Latiff Mohidin bertajuk "Songsang"
Part yang paling aku suka, Pyan Habib menyampaikan sajak bertajuk "Status Symbol" karya T Alias Taib kepada Mat Som
Walaupun nilai komedi agak kurang dalam komik ini, tapi kali ini Datuk Lat cuba menerapkan sedikit unsur kesasteraan dalam karya nya. Aku paling suka pada babak di mana Mat Som ditugaskan membuat liputan tentang acara deklamasi sajak oleh beberapa penyair terkenal seperti Tongkat Waran, Saleh Bin Joned dan A Ghafar Ibrahim untuk surat khabar yang tempat dia berkerja. Babak Pyan Habib (mana boleh lupa dengan watak Osman Tikus dia dulu hahaha) mendeklamasikan sajak berjudul "Status Symbol" karya asal T Alias Taib semasa berjalan menuruni bukit bersama watak Mat Som juga sungguh memberi maknanya tersendiri. Walaupun aku bukanlah seorang yang pakar dalam ilmu sastera melayu, namun sekurang2nya melalui komik ini aku adalah dapat ilmu sedikit tentang karya2 berunsur ilmiah sebegini.
Mat Som menunggang motosikal BSA kepunyaan bapanya. Sungguh teliti lukisan ini
Papa Rock Ramli Sarip juga ada dalam komik ini.
Filem Mat Som (1990)
Sebenarnya filem ini pernah ditayangkan di beberapa stesen TV suatu ketika dahulu terutama RTM1 ataupun 2 (aku tak ingat, sori beb). Setahun selepas komik Lat ini dipasarkan untuk tatapan umum, filem Mat Som pula dihasilkan. Filem yang dilakonkan oleh Imuda (melakonkan watak Mat Som), Datin Seri Tiara Jacquelina dan Zami Ismail ini di sebenarnya di bawah produksi Straberry FTV Sdn Bhd dan arahan Prof Dr Hatta Azad Khan.
Rasa2nya filem Mat Som ini merupakan filem adaptasi dari komik yang pertama seadanya di Malaysia, kalau ada sebelum tu aku tak pasti la pulak. Aku dapat DVD ini pun melalui pertolongan seorang rakan blogger iaitu Ahmad Blitzenius yang juga, secara kebetulan, mengenali Imuda. DVD ini juga siap ada tandatangan Imuda lagi tu hahah (ketawa jahat!).
DVD filem Mat Som
Overall, aku boleh katakan filem ini 80% mengikuti jalan cerita asal pada komik karya Datuk Lat itu. 20% lagi ada penambahan scene yang tidak ada pada komik tetapi ditokok-tambahkan, tapi ianya masih tidak lari dari jalan penceritaan yang asal. Cuma ada beberapa scene penting yang tidak ada pada filem tapi ada dalam komik, contohnya semasa Mat Som sedang merokok di luar gerabak keretapi sambil melihat telatah budak2 remaja di tempat yang sama serta scene Papa Rock Ramli Sarip digantikan dengan konsert rock band entah hapa entah, aku pun tak tau...mungkin susah kot nak bawak Ramli Sarip buat cameo dalam filem ini ketika itu.
Babak di mana Mat Som menulis surat kepada ayahanda nya di kampung
Friday, March 14, 2014
Beberapa Filem Lakonan Suzanna Yang Aku Minat : The Queen Of Indonesian Horror Movies!
Mendiang Suzanna
Minggu lepas bro Rafi Xyrus Zone ada buat entri pasal Filem Seram Asia yang beliau minati. Setelah selesai membaca entri tersebut, aku perasaan ada disebut juga pasal filem Sundel Bolong lakonan mendiang Suzanna. Ya, semestinya aku bersetuju apabila dikatakan filem ini mempunyai X Factor nya tersendiri dalam menakutkan orang-orang yang menonton filem tersebut. Huraian serta review ringkas akan aku buat sekejap lagi.
Suzanna bukanlah nama asing dalam industri perfileman di nusantara kita ini. Beliau yang pernah berlakon dalam sebanyak lebih kurang 42 filem ini merupakan legenda di dalam dunia perfileman di Indonesia sehingga beliau digelar "The Queen Of Indonesian Horror Movies" kerana kebanyakan filem lakonannya sentiasa berkait rapat dengan dunia mistik, jin, syaitan dan pelbagai lagi bentuk momok yang ada di dalam budaya orang asia kita ini.
Dalam kehidupan sebenar pun beliau juga sering dikaitkan dengan amalan mistik di mana semasa Suzanna masih hidup, beliau seringkali dilihat oleh orang kebanyakan bermeditasi dan mandi di sebuah kuil hindu yang terletak di dalam sebuah gua (aku pun tak ingat lokasinya tapi masih dalam pulau Jawa juga) serta rumah yang beliau tinggal dahulu dikatakan penduduk setempat berpuaka dan "keras". Malahan, selepas beliau meninggal dunia, kuburnya masih dilawati oleh pengunjung yang datang dengan niat tertentu. (sumber dari SINI)
Suzanna meninggal dunia pada 15 Oktober 2008 ketika umurnya 66 tahun akibat penyakit kencing manis yang dialaminya 5 tahun sebelum itu. Filem terakhir lakonan beliau ialah Hantu Ambulance lakonan bersama Dimaz Andrean (secara peribadinya aku tak berapa suka filem2 horror Indonesia yang terkini, banyak sangat aksi semi / soft porn dan hilang nilai angker nya). Di bawah merupakan filem2 lakonan Suzanna yang aku minat:
5. Malam Jumat Kliwon (1986)
Format filem ini agak sama dengan mana-mana filem seram lakonan Suzanna yang lain iaitu mempunyai elemen pembalasan dan aksi seksaan yang di luar batas pemikiran manusia (hahaha!). Apa yang menarik dalam filem ini ialah storyline yang menarik di mana Suzanna memegang watak seorang penulis novel yang menghidap sejenias penyakit fobia dan siapa boleh lupa scene seorang ibu mengandung yang terkena santet lalu beranak melalui badan belakangnya! Perghhh...menggigil beb.
Malam Jumat Kliwon (Full Movie)
Filem ini juga cliche konsepnya dengan mana-mana filem seram Suzanna yang lain, revenge movie is the best! Storyline tidak berapa menarik akan tetapi ada beberapa scene yang menunjukkan watak Katemi (lakonan Suzanna) sedang menurun ilmu hitamnya, memang menyeramkan. Watak orang jahat iaitu Bisman juga ada nilai horror nya tersendiri, aku rasa pelakon ini memang mukanya agak disfigured sedikit. Di pertengahan filem ini juga, penonton dengan tiba-tibanya didendangkan dengan irama dangdut hahaha...
Santet : Ilmu Pelebur Nyawa (Full Movie)
3. Ratu Ilmu Hitam (1981)
Filem ini diriliskan pada tahun yang sama dengan filemnya yang satu lagi iaitu Sundel Bolong. Filem ini merupakan titik awal kepada konsep revenge movie yang menggunakan ilmu hitam, disusuli dengan filem2 lain selepas itu. Watak Murni lakonan Suzanna dalam filem ini telah membawa tuah kepadanya apabila beliau memenangi anugerah aktres terbaik dalam Festival Filem Indonesia tahun 1982. Permulaan filem ini sudah cukup menakutkan apabila scene di mana di dalam upacara perkahwinan, pengantin perempuan telah diserang ilmu hitam dan menjadi histeria secara tiba-tiba. Walaupun zaman ini teknik CGI masih belum ada, akan tetapi dengan bantuan kesan khas yang ada, sudah cukup menambahkan lagi elemen angker dalam filem ini.
Ratu Ilmu Hitam (Full Movie)
2. Nyi Blorong (1982)
Suzanna sebagai Nyi Blorong
Di ambil dari legenda di Pulau Jawa, Nyi Blorong merupakan puteri kepada Nyi Roro Kidul, Ratu Laut Selatan (boleh dikatakan macam orang bunian jugak la cuma mereka ni tinggal di kawasan laut). Kiranya versi ini seperti ingin meneruskan penceritaan mitos tersebut lah. Kali ini watak Suzanna agak berbeza sekali, tidak ada sangkut paut dengan apa-apa jenis hantu yang hodoh, cuma menjadi puteri yang cantik jelita sahaja. Walaupun demikian nilai keseraman tetap ada seperti aksi pukau memukau dan gunaan santet untuk ditujukan kepada mangsa2. Oh ya, lupa nak bagitau, ini merupakan filem kedua lakonan Suzanna bersama Berry Prima (hero ni!). Filem pertama mereka digandingkan ialah Sundel Bolong.
Nyi Blorong (Full Movie)
1. Sundel Bolong (1981)
Diriliskan pada tahun aku dilahirkan iaitu 1981. Filem ini membuka mata dunia nusantara bahawa Suzanna merupakan aktres yang sesuai memegang watak heroin dalam filem bergenre seram. Walaupun plot filem ini agak ringkas dan mudah diramal namun lakonan watak2 di dalam nya sememangnya terbaik dan akan diingati oleh penggemar-penggemar filem horror di asia ini. Walaupun ada diterapkan elemen lucah yang tidak berapa ketara, namun penerimaan umum untuk filem ini amat memberansangkan pada ketika itu. Watak Sundel Bolong juga pernah diketengahkan semula dalam sebuah filem yang berjudul Lagenda Sundel Bolong (rilisan tahun 2007) dengan storyline yang lebih menarik serta mempunyai elemen kritikan masyarakat.
Sundel Bolong (Full Movie)
Sumber : Wikipedia
Subscribe to:
Posts (Atom)







