Friday, January 31, 2014
Tuesday, January 28, 2014
CD Review : Silverchair's Second Album "Freak Show" (1996)
Body And Soul
I'm A Freak, I'm A Freak...
I'm A Freak, I'm A Freak...
Silverchair - Freak Show
Pada pertengahan dekad 90'an dahulu, sebuah band trio genre grunge/alternative rock dari Australia iaitu Silverchair telah menggegarkan industri muzik rock dunia dengan album pertama mereka yang bertajuk "Frogstomp" (1995). Ada sesetengah pihak (terutama sekali pihak wartawan hiburan) mengatakan mereka ialah kelahiran semula Nirvana (pfffttt not even close), tapi itu semua cerita lama. Ketika itu pun kesemua ahli dalam kugiran ini baru sahaja berusia 15 tahun, dan dikala umur begini mereka telah pun menjadi international rockstars dalam sekelip mata hasil daripada single mereka pada ketika yang bertajuk "Tomorrow" (diambil dari debut album mereka itu juga). Silverchair dianggotai oleh Daniel Johns (vocals, guitars), Ben Gillies (drums) dan Chris Joannou (Bass).
CD first pressing (1996) & made in Australia
Selang setahun kemudian, mereka kembali dengan album "Freak Show" dan kali ini lebih depressive, mempunyai riff-riff yang cukup menarik serta berat, struktur lagu-lagu yang lebih teratur dan kadang kala kedengaran agak progresif serta strategi pemasaran yang kaw-kaw terbaik punya! Ini juga menyebabkan mereka menjadi household name di Australia tanah kelahiran mereka serta mendapat perhatian dunia dengan muzik bawaan mereka.
CD cover yang bersaiz A3 (besar giler)
Aku masih ingat semasa pertama kali aku beli kaset ni dulu sekitar awal tahun 1997, ianya disertakan dengan double cassette, kaset pertama ialah full album manakala kaset kedua lebih ke arah live recording untuk beberapa lagu2 dari album "Freak Show" serta sesi interview mereka di salah sebuah stesen radio di Australia. Pakej kaset tersebut memang menarik dan kalaulah aku masih simpan lagi kaset tu, ianya dah kira tahap rare dan collectable items (lebih kurang la kot). Versi cd ini pula aku dapat dari member facebook aku iaitu saudara Ahmad Blitzenius (boleh check blog beliau di SINI juga).
Lyrics and Thanklist / Credits
Masa muda remaja di bangku sekolah dahulu (sekolah menengah to be exact), antara lagu2 yang wajib aku serta rakan2 selalu bawak jamming ialah Freak, Abuse Me dan Lie To Me (lagu ini ada ala2 macam lagu Tourette's dendangan Nirvana dari album In Utero). Biasalah budak remaja era 90'an lagu2 depressive dan memberontak sebegini memang jadi makanan kami. Punk rock attitude memang menyerlah dalam album kedua mereka ini. Namun begitu, mereka juga berani bereksperimentasi dengan bunyian orkestra seperti dalam lagu Cemetery dan Petrol & Chlorine. Hasil daripada kolaborasi ini, melarat pula ke beberapa album mereka yang akan datang seperti Neon Ballroom serta Diorama yang juga masih membawa pengaruh orkestra dalam muzik mereka.
This CD consist of 13 very nice songs (hehehe...)
Walaupun Silverchair sudah tidak aktif lagi (Daniel Johns pernah menyatakan yang mereka dalam status Indefinite Hiatus) namun mereka belum lagi dibubarkan. Peluang untuk reunion masih ada. Cuma feel dari album kedua ini semestinya hanya akan dikecapi sekali seumur hidup mereka, sound sebegini walaupun agak heavy dan cliche namun ianya tetap beremosi, hard-rocking dan sentiasa diingati oleh kebanyakan peminat mereka. Bagi aku (dan kebanyakan remaja pada ketika itu) yang membesar mendengar muzik alternative rock di era 90'an, Silverchair merupakan rock band yang memorable serta antara yang terbaik di dekad tersebut. Salute!
Silverchair - Freak (Official Music Video)
Silverchair - Cemetery (Official Music Video)
Wednesday, January 22, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)

