Hasil Karya : Adi Herman
Monday, June 26, 2017
Wednesday, June 21, 2017
SUPERMAN DAN DUNIA REALITI (SATU PERSPEKTIF)
Aku semasa berumur 5 tahun
Semasa filem Superman lakonan Christopher Reeves dan Marlon Brando ditayangkan pada awal dekad 80'an, demam meminati adiwira tersebut di kalangan kanak-kanak merebak secara berleluasa. Aku juga tidak terkecuali. Gambar ini diambil semasa aku masih berumur 5 tahun (lebih kurang) dan ketika itu keluarga kami menetap di Miri, Sarawak.
Hingga kini, aku masih lagi berpendapat bahawa Superman versi Christopher Reeves adalah yang terbaik. Lakonan Henry Cavill dalam Man Of Steel pun tak kurang hebatnya juga, cuma dari segi sentimental value ianya masih tidak dapat menandingi Christopher Reeves.
Zaman ini juga berlaku beberapa insiden yang tidak diingini di mana terdapat beberapa kes kanak-kanak yang diluar kawalan ibu bapa mereka telah melakukan aksi terbang macam Superman dan akhirnya ada yang terkorban. Kes begini berlaku di kebanyakan negara. Yang peliknya aksi memakai seluar dalam di luar tidak ada pula peminat-peminatnya terhegeh-hegeh nak ikut. Ataupun mungkin ada kot, kebarangkalian ianya hanyalah kes terpencil.
Doktrin mengidolakan adiwira sebegini sebenarnya sudah lama terpupuk di dalam masyarakat moden. Cuma ianya menular secara komersil dan boleh diterima oleh masyarakat. Bagaimana masyarakat dapat menerima idea yang merepek tersebut, itu merupakan tugas media massa yang galak memesongkan kita daripada fakta kehidupan sebenar.
The point is, everyone needs heroes in their lives. Regardless in what form in would be like. Samada dalam bentuk watak-watak komik, idola dalam kepercayaan serta agama mahupun role model yang kita sering pandang tinggi. Apa-apapun natijahnya, berhati-hatilah memilih hero di dalam kehidupan anda. Ambil figura-figura yang dapat memberi sumber inspirasi, kekuatan jatidiri serta kebangkitan spiritual sebagai contoh para nabi, rasul dan khalifah-khalifah yang adil. Bagi mereka yang bukan Islam, anda juga ada role model sendiri di dalam kepercayaan kalian. Be yourself.
Be a hero to your children, that's even meaningful.
Monday, June 19, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)


