UB40 - Labour Of Love II |
Minggu lepas aku menerima bungkusan poslaju dari Puteri Solehah, seorang penjual CD terpakai dan dia juga sering letak iklan jualan CD second-hand tapi original di mudah.my, jadi di website itu jugalah aku mendapat CD ini. Band UB40 ini rasanya mungkin agak asing dengan pendengar generasi baru, tapi bagi mereka yang membesar di dekad 80'an atau 90'an, band reggae ini cukup popular pada ketika itu. Siapa boleh lupa dengan lagu mereka "Cant Help Falling In Love" dari album Promises and Lies (lagu cover Elvis Presley).
Berbalik kepada album Labour of Love part 2 ini, ianya merupakan album kedua yang memuatkan 14 buah lagu cover dari pelbagai artis Reggae/Rocksteady (kebanyakannya dari era Motown dan 60an ) dan rilisan LP yang ke 9 (diedarkan pada tahun 1989). Album ini berjaya mengangkat nama UB40 di USA terutamanya melalui singles berhantu mereka seperti "Here I Am (come and take me)", "The Way You Do The Things You Do" serta my all time favorite "Kingston Town" (orginally daripada seorang artis calypso berpengaruh di Jamaica iaitu Lord Creator).
Walaupun kebanyakan lagu dalam album ini merupakan cover dari beberapa artis berpengaruh namun apa yang membezakan ia dengan versi asal ialah music arrangement yang up-to-date (pada ketika itu) serta feel reggae yang lebih segar dengan bantuan bunyian synthesizer, electronic saxophone (Yamaha WX7 Wind Controller dan dimainkan oleh Brian Travers, pemain saxophone serta co-founder) serta penggunaan drum machine oleh James "Jimmy" Brown yang juga co-founder untuk band ini. Pada pendapat aku, the band gives all of the cover songs the justice that it deserve with a little of improvement. Dari aspek muzikaliti, ianya tetap original.
Merangkumi 14 buah lagu reggae malar segar |
Cover CD UB40 - Labour of Love II (hampeh betul signature owner lama kat situ) |
lawa tandatangan beliau...hehehe
ReplyDeleteKalo signatur Ali Campbell (ub40) takperla jugal,yang ini hampeh haha...
Deleteketika di ITM awal 90an dulu...kaset ni selain Kenny G adalah antara kaset yang dijadikan modal oleh member2 bukan rock untuk memikat perempuan kononnya mereka mempunyai taste yg tinggi pasal muzik...heheheh...
ReplyDeletebtw....aku suka I Got You Babe..
Kenny G?kalo zaman 90an dulu,tak silap aku album dia paling top masa tu ialah Breathless...album tu selalu jadi background music utk majlis perkahwinan...best gak la haha...
Deleteoh takde red red wine? Itu LoL 1 ek?
ReplyDeleteYup tuan,lagu red red wine tu ada dlm album Labour of Love part 1...it's also my favorite,band saya The Once pernah cover ini lagu masa Oktoberfest hari tu...
DeleteOoo sekali sekali dengar lagu gini sedap jugak ye.
ReplyDeleteGerek seh kalo layan lagu mcm ni sekali sekala bro...hehe
Deletexleh dengar lagu. mayb pc ini bermasalah
ReplyDeleteTakper bro...boleh search title lagu serta nama band di youtube kalo nak...
DeleteSuka lagu red red wine..relaxs n happening
ReplyDeleteKalo perform dgn live band lagu tu lagilah happening bro...just like i did with my band "The Once" before haha...
Deletekmk tringat gn sorg kazen mek, nya org british la, masa nya pegi ctok time bepday kmk, nya berik kmk cd kumpulan tok...kmk tyk knk berik present kedak tok pdhal kmk sik kenal pun hehehee, nya suruh kmk dgr. tapi nang no doubt lah best juak lagu2 cdak tuk...
ReplyDeleteUb40 tok lebih ke arah reggae,while no doubt is more to punk/ska masa awal kemuncula sidak dolok...album favourite no doubt kamek ialah 1st album iaitu "tragic kingdom" memang pure ska and kurang techno mcm lagu2 terbaru sidak...
Deletekmk suka no doubt juak... kmk sik tauk ne bagik album cdak lah tp lagu2 lmk cdak betabur lam disc burn kmk jak...hehehe...ya pun donlod.. kat sibu susah mok cari cd2 ori band2 lamak lok marek....
ReplyDeletehaha xpa2 sama juak dgn keadaan kamek di bintulu sitok...penyelesaiannya senang jak...mun betul2 berminat, just beli dari www.mudah.my or eBay jak...di hujung jari anda sahaja bah hahaha
Delete