Friday, May 24, 2013

CD Review : Salam Musik - Self-Titled Debut Album (Released in 2011)

Kita Sudah Lupa Boleh Makan Satu Meja
Hingga Kisah Benar Kita Gelar Cereka
Kita Lupa
Kita Hanya Ingat "Kami" dan Mereka
(Lirik dari lagu "Alamak")

Cover Album Salam Musik

Kali pertama aku mengenali artis reggae tanahair yang bersama Salam ini ialah semasa lagu Cerita Kedai Kopi gabungan beliau dengan rapper tersohor iaitu Malique (merupakan ex-Too Phat, you all know him right?) serta seorang DJ yang agak famous juga iaitu DJ Fuzz. Lagu yang berunsur sinis tapi penuh dengan nasihat itu semestinya menarik minat pendengar. Sekurang2nya irama reggae masih lagi diterima untuk siaran radio walaupun ada dimasukkan elemen hip-hop di dalam lagu berkenaan. 

Pada tahun 2011 yang lalu, Salam bersama kugiran beliau iaitu Salam Musik telah meriliskan album pertama mereka dengan judul self-titled. Album yang merangkumi 8 buah lagu serta 1 bonus track (bertajuk Aladub) ini ternyata tidak mengecewakan. Tapi jika anda mengharapkan sebuah album reggae yang berentak tradisional seperti Bunny Wailer, Peter Tosh mahupun Bob Marley, aku rasa album ini tidak sesuai untuk pendengaran kalian. Album ini aku rasakan gabungan yang sesuai dan kena pada tempatnya untuk elemen reggae, dancehall, ragga, dubstyle , rock mahupun hip hop. Akan tetapi akar asas kepada muzik Salam Musik adalah tetap reggae. Itu tidak aku nafikan.

CD serta Inlay Salam Musik  

Line-Up Salam Musik serta lirik lagu "Tunggu Dulu" featuring ZionDread 

 Pic Salam Musik semasa membuat persembahan

Piala "Album Terbaik 2013" semasa Anugerah Industri Muzik

Tracklist untuk album Salam Musik ini

Dimulakan dengan track yang berjudul "Di Tanah Kita", lagu yang mempunyai mesej yang sarat tentang kritikan berkenaan isu sosio-politik terutamanya di Malaysia. Walaupun ianya tidak ditujukan kepada mana2 pihak, namun mesej yang ingin disampaikan agak universal dan sesuai dengan keadaan semasa di negara kita kini. Disusuli pula dengan lagu "Alamak" duet bersama seorang lagi rapper yang cukup dikagumi di Malaysia iaitu Altimet. Lagi ini berbentuk nasihat yang agak menarik dan akan membuat anda ingin mendengarnya berkali2 kerana liriknya cukup unik, berbentuk nasihat dan sesuai ditujukan kepada semua lapisan masyarakat majmuk di negara kita ini. Walaupun liriknya mungkin kedengaran sedikit kebudak2an namun mesej yang ingin disampaikan memang terkena dengan batang hidung sendiri la.

Nampaknya Salam Musik memang suka berkolaborasi dengan pelbagai artis dari genre2 yang berlainan. Ini merupakan salah satu kekuatan yang ada pada muzik mereka. Salam Musik memegang prinsip kekitaan dalam muzik mereka dan aku sangat mengkagumi serta menghormati konsep ini. Antara artis yang mereka berkolaborasi dalam album ini ialah Altimet, Karmal (seorang lagi rapper), Sayla, ZionDread dan Eyza Bahra yang kemudiannya menjadi ahli tetap kugiran ini. 

Pada aku, album ini sememang layak menjadi gelaran "Album Terbaik" semasa Anugerah Industri Muzik tahun 2012 yang lalu. Semangat dan passion terhadap muzik yang ada pada kugiran ini mengingatkan aku dengan Bob Marley and The Wailers yang cukup hebat suatu ketika dahulu. Walaupun perjalanan muzik Salam Musik masih lagi panjang dan belum tentu lagi bagaimana tahap sukses mereka di masa akan datang, namun semangat One Love dan Unity yang sering dilaungkan oleh The Wailers dahulu tetap wujud dalam entiti yang bernama Salam Musik ini. 

Salam Musik semasa dinobatkan sebagai "Album Terbaik" di Anugerah Industri Muzik 2012

Salam Musik feat. Altimet - Alamak (Official Music Video)

Salam Musik - Lupakan Semalam (Live @ Rock The World)

Salam Musik - Di Tanah Kita (Lyrics Video)

10 comments:

  1. Tok muzik jiwa aku..hahaha.alamak,alamak alamak ala alamak...aku mok nyanyi lagu tok boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yah! Sama kita tuan, reggae punya soul sendiri bro...yah mana jak mun u mok nyanyi lagu tok klak

      Delete
  2. Salam Muzik ni band raegge rupanya..ok la tu pasal dia ada kelainan,raegge + hip hop eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah keunikan yg ada pada Salam Musik, mereka punya identiti sendiri.

      Delete
  3. Replies
    1. Just like i said bro, mereka seolah2 mcm jelmaan semula The Wailers versi Melayu...haha

      Delete
  4. Aku suka lirik2 dia.. Aptah lagi bila bergabung ngan altimet.. Mmg 2 org ni memang geliga.. Muzik dia pon variasi..album baru dia pon ohsem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup bro, antara kekuatan yg ada pada muzik mereka ialah lirik dari Salam sendiri...banyak lirik makan dalam oooo dan buat anda berfikir, nice!

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...