Friday, June 28, 2013

The Smashing Pumpkins : Live at Good Vibes Festival, Malaysia (Satu Lagu Peluang Keemasan Yang Aku Tak Dapat Pergi)

Apabila rakan2 blogger lain yang menyatakan tidak dapat menghadirkan diri untuk menyaksikan Metallica beraksi di Singapore pada bulan Ogos nanti akibat beberapa sebab iaitu tiket terlalu mahal dan kurang minat dengan Metallica selepas era Black Album (bak kata Doc Ben Krenmaut), aku pula ingin meluahkan rasa sedih yang teramat sangat kerana tidak dapat menyaksikan band alternative rock The Smashing Pumpkins yang akan beraksi di Good Vibes Festival, bertempat di Sepang Go Kart Circuit pada 17 Ogos nanti.

Apa alasan aku tidak dapat hadir ke festival ini? Macam biasalah, disebabkan sudah berkeluarga ni, agak susah sikit nak pergi ke acara sebegini kerana terpaksa memberi keutamaan kepada beberapa perkara di dalam keluarga. Lagi satu sebabnya, tarikh event ni macam tak sesuai sahaja. 17 Ogos ni baru sahaja seminggu lepas raya, selalunya lepas raya ni aku akan menghadapi masalah kegawatan dari segi kewangan, duh...macam aku sorang saja yang berdepan dengan hal ni, orang lain pun sama jugak rasanya.

Lebih menyakitkan hati, ada satu lagi band punk rock /alternative dari Ireland yang juga akan beraksi di festival ini iaitu Ash. Ash ni sangat popular masa aku muda remaja di era 90'an dulu. Antara album mereka yang aku suka ialah Trailer (debut album) dan 1977, album kedua yang mempunyai hits seperti Goldfingers dan Oh Yeah. Oh ya, tak lupa juga album ketiga mereka, Free All Angels yg mempunyai lagu hit suatu ketika dahulu bertajuk "Candy". Frontman band ini, Tim Wheeler agak kreatif membuat lagu yang catchy, punk-rock serta radio friendly. Sayang betul tak dapat nak tengok mereka perform. Arghh...

Berbalik kepada The Smashing Pumpkins, ya memang betul, memang susah nak tengok Billy Corgan serta rakan2 perform di mana2 negara Asia, selalunya diorang suka perform di Amerika dan Europe sahaja. Tapi Smashing Pumpkins ni pun sama juga situasinya dengan Metallica, selepas certain album yang mengundang kepada commercial success, kreativiti mereka pasti akan merundum pada album seterusnya. Sebagai contoh untuk album Pumpkins seperti Mellon Collie dan Adore, selepas masuk Machina sahaja, arah tuju muzik mereka menjadi kurang fokus, elemen asal seperti "the pumpkin chords" mulai hilang dari pendengaran halwa telinga peminat. Untuk album terkini mereka seperti Machina part 2 (2000), Zeitgeist (2007) dan Oceania (2012), Billy Corgan seakan2 cuba sedaya upaya untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka (especially era Siamese Dreams) namun nampaknya tidak berjaya. Mana tidaknya, ahli2 asal dalam band ini kesemuanya telah quit dari band ini (James Iha, D'Arcy dan Jimmy Chamberlin merupakan antara kekuatan muzik Pumpkins). Disebabkan alasan ini juga membuatkan aku tawar hati juga untuk melihat mereka secara live. Tak apa lah, tengok youtube pun jadilah.

P/S: Tapi ada satu lagi event yang aku bersar kemungkinan akan ikut serta, ada satu gig ni yang akan dibuat di Kuching pada bula  September nanti. InshaAllah aku akan ikut serta. Amin. Haha...


The Original Line-Up of The Smashing Pumpkins


The Official Poster of Good Vibes Festival

Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday : "Keep Calm" Versi Metallica

Khas ditujukan kepada mereka-mereka yang tidak dapat menonton konsert Metallica di Singapura akibat kekangan kewangan (seperti aku). Sedih™

Friday, June 21, 2013

Program Buku Jalanan Bintulu & Sesi Busking Bersama Bintulu Buskers

Pada hari ahad minggu lepas (16/06/2013) ada diadakan satu program yang dinamakan Buku Jalanan Bintulu yang dianjurkan oleh salah seorang pengasas Bintulu Buskers sendiri iaitu saudara Barangkali Marus Kamarudin. Program ini diadakan di Waterfront Bintulu, lokasi yang sering didatangi pengunjung yang suka jalan2 hujung minggu sambil beriadah bersama keluarga. Ini merupakan program yang pertama seumpamanya diadakan di Bintulu. Di Kuching rasanya sudah ada program buku jalanan ni dan dibuat di Tebingan Sg. Sarawak yang juga dikenali sebagai Waterfront Kuching.

Program ini pada mulanya diwarwarkan di dalam Facebook melalui page rasmi Buku Jalanan Bintulu itu sendiri. Di dalam page tersebut disertakan sekali venue dan date sebenar untuk program ini. Akan tetapi berlaku miscommunication semasa itu yang berkaitan tentang venue, ada yang cakap buat dekat Waterfront Bintulu, ada yang kata buat kat Pantai Temasya a.k.a. Tanjung Batu. Disebabkan masalah ini, ada juga rakan-rakan yang tersalah pergi ke lokasi program ini, di antaranya ialah bro Ijau dan drummer band Tresno, saudara Arep. Tidak mengapa bro, insyaAllah minggu yang mendatang akan ada lagi aktiviti sebegini.

Mungkin ada yang tidak berapa jelas tentang program buku jalanan ini. Program ini, berdasarkan dengan apa yang aku tahu la, pada asalnya bermula di beberapa Institusi Pengajian Tinggi dan juga dianjurkan oleh beberapa komuniti pemuzik terutama sekali golongan punk rockers. Ada juga aku terbaca di beberapa blog yang dimiliki oleh editor zine punk underground tempatan yang sering bercerita tentang aktiviti buku jalanan ini, malah ianya juga wujud di negara luar seperti Australia, Indonesia dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti ini ialah memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat melalui pendedahan di tempat awam. Kadang2 aktiviti ini diselangi dengan acara lain seperti busking dan deklamasi sajak, sebagai contoh yang dibuat Buku Jalanan Titi (Titiwangsa, KL).

Pada hari berkenaan, aku memang dah siap beberapa buku lama yang dah tak dibaca dari rumah parents aku yang bertujuan untuk didermakan kepada organizer. Sampai saja di venue, terus aku serahkan segala buku serta beberapa majalah lama untuk didermakan. Setting display Buku Jalanan Bintulu agak ringkas, boleh dikira seperti soft-opening, maklumlah masih lagi pada peringkat pengenalan. Namun usaha sebegini harus diberi pujian kerana ianya juga boleh dijadikan inisiatif bagi menggalakkan orang ramai, termasuk aku sendiri, untuk memupuk minat membaca. Aku dah lama dah tak membaca actual books ni, selalu asyik baca blog orang saja haha. Sekurang-kurangnya aku cuba menanam kembali hobi membaca yang suatu ketika dahulu memang ulat buku.

Disamping ada aktiviti Buku Jalanan Bintulu, ianya disertakan sekali dengan sesi busking dari rakan2 Bintulu Buskers. Sudah lama aku tak menyertai mereka busking, tapi kali ini aku hanya mampu jadi penonton saja. Haha mood untuk membuat persembahan masih belum ada masa ni, aku lebih suka berjalan2 sekitar Waterfront Bintulu bersama anak aku. Apa-apa pun tabik hormat kepada rakan2 buskers kerana masih lagi bersemangat menghiburkan pengunjung2 yang datang ke Waterfront pada petang ini. Di bawah merupakan beberapa gambar yang sempat aku ambil pada petang berkenaan.


Beberapa koleksi buku2 seram


Buku Jalanan Bintulu


Busking seorang diri


My dear Ainul dengan koleksi buku2




Koleksi novel2 cinta


Variasi majalah yang disediakan


Bintulu Buskers

Monday, June 17, 2013

Kehilangan Seseorang Yang Aku Serta Keluarga Sayangi

Pada tanggal 20 haribulan Mei yang lepas, bersamaan dengan 11 Rejab 1434, anak buah kesayangan aku serta isteriku, Allahyarhamah Aida Syamimi telah meninggal dunia akibat kanser Lymphoma, sejenis kanser darah yang bermula dari limpa. Kematian arwah sangat meninggalkan kesan yang mendalam terhadap aku serta keluarga. Arwah merupakan anak buah sebelah isteri aku, anak kepada kakak ipar aku.

Kesakitan yang dideritai oleh arwah bermula sekitar lebih kurang 3 @ 4 bulan yang lalu apabila dia mengalami batuk kering yang berpanjangan. Pada masa itu aku serta isteri menyedari akan penyakitnya itu pada bulan Januari begitu. Banyak yang diikhtiarkan oleh ibu serta neneknya, seperti berubat cara kampung. Akan tetapi pada bulan April yang lalu, arwah dihantar ke Hospital Umum Bintulu akibat disyaki Tibi pada mulanya. Pihak doktor sebenarnya tidak mengetahui apa penyakit arwah ketika itu, diagnosis yang mengatakan Tibi itu cuma kebarangkalian sahaja.

Kemudian arwah dibawa pula ke bahagian pakar di Hospital Umum Kuching pada awal bulan Mei yang lepas. Selepas menjalani pembedahan bagi mengambil sampel di bahagian paru-paru, barulah arwah disyaki menghidap kanser Lymphoma. Kami sekeluarga tidak dapat menahan rasa sedih apabila keluar keputusan begitu dari pihak doktor. Selepas pembedahan tersebut, arwah mengalami masalah pernafasan yang teruk. Tidak sampai 2 minggu selepas pembedahan tersebut, arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

Kehilangan anak buah aku itu meninggalkan kesan yang terlalu pahit pada mulanya untuk aku serta keluarga telan. Mana tidaknya, arwah aku anggap seperti anak sendiri. Malah ada beberapa entri di dalam blog ini yang aku titipkan gambar arwah bersama anak aku. Bapa kepada arwah berkerja di Pasir Gudang, Johor, jadi arwah amat rapat kepada aku serta isteri, sekurang-kurangnya aku rasakan yang aku adalah the nearest father figure yang ada padanya semasa hayatnya. Semasa arwah ditahan di Hospital Kuching, hati aku berasa tidak keruan sebenarnya menanti keputusan dari pihak doktor. Ibunya sering memberi maklumat tentang perkembangan arwah pada ketika itu kepada aku serta isteri.

Hati siapa yang tidak resah, gelisah dan risau jika mengetahui anak sekecil yang berumur 10 tahun itu menghidap kanser dan kini berada di situasi yang tenat. Setiap malam aku buat solat hajat serta tahajjud dan sentiasa berdoa pada Allah agar anak buah kesayangan aku itu selamat. Segala penyakit yang aku alami 3 bulan lepas datang kembali iaitu darah tinggi, high cholesterol dan gout akibat hati yang tidak tenang mengenangkan nasib arwah. Apabila menerima perkhabaran kematian arwah pada petang Maghrib 20 Mei yang lalu, hancur sungguh hatiku, seperti separuh nyawaku hilang. Tapi aku sempat istighfar banyak2, tenangkan diriku, bersabar dan berkata pada diri yang Allah lebih menyayangi nya.

Arwah sangat rapat dengan aku, isteri dan anak aku. Jika ada kesempatan, aku sering menghantarnya ke sekolah pada waktu pagi. Jika ada kelapangan di hujung minggu, aku juga sering bawa arwah jalan-jalan di Waterfront Bintulu, bermain bola keranjang di pusat sukan UPMKB, bawa ikut shopping bersama isteriku di shopping complex dan bermacam2 lagi aktiviti yang disukainya. Pendek kata, aku tak pernah membezakan arwah dengan anak aku. Dia seperti darah dagingku sendiri. Kehilangannya memberi satu sinar keinsafan pada aku bahawa hidup kita di dunia ini tidak kekal lama. Allah berhak mengambil apa yang Dia inginkan. Ujian yang datang ini seharusnya aku ambil iktibar, sebagai tanda sayangnya Allah terhadap hamba2Nya. Redha terhadap segala ketentuan Allah. Ya Allah, aku terima seadanya. Mati itu pasti, aku akur pada kenyataan itu.

Hingga ke hari ini, keluarga kami masih berkabung. Walaupun diselubungi kedukaan, tapi hidup harus diteruskan. Bagi menyembuhkan sakit yang aku alami akibat depresi ini (ditambah dengan kes darah tinggi dan kolesterol), aku sering ke surau untuk ikut solat jemaah. Aku pernah terbaca yang solat berjemaah adalah besar pahalanya, lebih banyak fadhilatnya serta secara tidak langsung, boleh menjadi terapi spiritual untuk mencari ketenangan. Kepada rakan2 blogger, doakan kami sekeluarga dapat menempuhi dugaan ini dengan sabar dan tenang. Sedekahkan Al Fatihah buat arwah.

Buat masa sekarang, aku hilang minat untuk menyertai apa2 aktiviti yang melibatkan muzik. Gig yang akan dianjurkan oleh rakan2 Bintulu Independent Music Movement pada bulan Julai nanti pun aku tarik diri. Ada juga aku ceritakan kepada rakan2, alhamdulillah aku bersyukur kerana punyai sahabat2 yang memahami. Pada ketika ini dan juga di masa akan datang, muzik tidak lagi menjadi priority dalam hidup aku. Tidak bermakna aku akan quit terus, cuma berpada2. Ingin sekali aku mengikut jejak langkah seperti Doc Bentara yang bijak mengatur hidupnya, menyeimbangkan antara tuntutan wajib terhadap Ilahi serta minatnya ke arah muzik. Allah ialah sebenar2nya priority di dalam hidup. Benarlah kata Rasulullah dalam satu hadith, Biarlah kematian itu menjadi pengajaran buat mu.

P/S: Maaf ya rakan2 kiranya entri kali ini terlalu emosional. Terlalu lama aku pendam...


Sunday, June 16, 2013

Tahukah Anda : Perihal Asal Usul Lagu "You Never Walk Alone"

TAHUKAH ANDA?

Tahukah anda bahawa kelab pertama yang menyanyikan lagu "You'll Never Wall Alone'' bukanlah dari
Liverpool. Ianya dimulakan oleh musuh terhebat mereka iaitu Manchester United. Lagu 'You'll Never Wall
Alone' Ditulis oleh Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein II untuk sebuah acara muzik bernama Carousel
pada tahun 1945.

Kemudian pada tahun 1958, lagu ini untuk pertama kalinya telah dinyanyikan (chants) oleh Penyokong
Manchester United di sebuah pertandingan di tempat mereka, Stadium Old Trafford. Semasa itu, kelompok
muzikal New Mills Operatic Society sedang membuat persediaan untuk menyanyikan lagu ini pada perlawanan
di Old Trafford bagi menghormati mangsa Tragedi Munich yang berlaku pada 6 Feb 1958 yang telah
mengorbankan seramai 23 orang (termasuk 8 pemain Manchester United). Penyokong Manchester United ketika
itu telah menyanyikan lagu ''You''ll Never Wall Alone'' sehingga tahun 1963.

Pada tahun berikutnya, sebuah Band yang berasal dari Liverpool, Gerry & The Pacemakers telah merakam
lagu ini dan menjadi lagu Single mereka. Ini menyebabkan penyokong Manchester United yang mengetahui
perkara ini tidak lagi menyanyikan lagu ''You'll Never Walk Alone" di dalam senarai lagu (Chants) mereka
dalam memberi sokongan.

Pada 4 Nove 1963, lagu "You'll Never Walk Alone" telah menjadi lagu terhangat dan berada di dalam carta
tertinggi di Carta Lagu Inggeris selama 4 tahun, malah telah menewaskan lagu "I Want To Hold Your Hand"
karya dari The Beatles.

Seterusnya, lagu "You'll Never Walk Alone'' telah menjadi lagu UTAMA milik Liverpool secara rasminya, diikuti
oleh kelab lain yang menjadikan lagu (Chants) ini sebagai lagu sokongan mereka antaranya kelab Hibernain
dan Celtic (Kedua kelab dari Scotland), Kelab Feyernord dan FC Twente (Kelab Belanda), Club Brugge (Kelab
Belgium),FSV Mainz 05 dan HSV Hamburg (Kelab Jerman) dan F.C Tokyo (Jepun).

Sumber: Facebook Rasmi Buletin Manchester United.

P/S: Happy Father's Day kepada rakan-rakan blogger sekalian. You guys are the best!


Friday, June 14, 2013

"Keep Calm" Versi Islamik

Salam Jumaat buat semua. Untuk dikongsikan bersama, nak save-as pics di bawah ni pun dipersilakan sangat2...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...