Monday, June 17, 2013

Kehilangan Seseorang Yang Aku Serta Keluarga Sayangi

Pada tanggal 20 haribulan Mei yang lepas, bersamaan dengan 11 Rejab 1434, anak buah kesayangan aku serta isteriku, Allahyarhamah Aida Syamimi telah meninggal dunia akibat kanser Lymphoma, sejenis kanser darah yang bermula dari limpa. Kematian arwah sangat meninggalkan kesan yang mendalam terhadap aku serta keluarga. Arwah merupakan anak buah sebelah isteri aku, anak kepada kakak ipar aku.

Kesakitan yang dideritai oleh arwah bermula sekitar lebih kurang 3 @ 4 bulan yang lalu apabila dia mengalami batuk kering yang berpanjangan. Pada masa itu aku serta isteri menyedari akan penyakitnya itu pada bulan Januari begitu. Banyak yang diikhtiarkan oleh ibu serta neneknya, seperti berubat cara kampung. Akan tetapi pada bulan April yang lalu, arwah dihantar ke Hospital Umum Bintulu akibat disyaki Tibi pada mulanya. Pihak doktor sebenarnya tidak mengetahui apa penyakit arwah ketika itu, diagnosis yang mengatakan Tibi itu cuma kebarangkalian sahaja.

Kemudian arwah dibawa pula ke bahagian pakar di Hospital Umum Kuching pada awal bulan Mei yang lepas. Selepas menjalani pembedahan bagi mengambil sampel di bahagian paru-paru, barulah arwah disyaki menghidap kanser Lymphoma. Kami sekeluarga tidak dapat menahan rasa sedih apabila keluar keputusan begitu dari pihak doktor. Selepas pembedahan tersebut, arwah mengalami masalah pernafasan yang teruk. Tidak sampai 2 minggu selepas pembedahan tersebut, arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

Kehilangan anak buah aku itu meninggalkan kesan yang terlalu pahit pada mulanya untuk aku serta keluarga telan. Mana tidaknya, arwah aku anggap seperti anak sendiri. Malah ada beberapa entri di dalam blog ini yang aku titipkan gambar arwah bersama anak aku. Bapa kepada arwah berkerja di Pasir Gudang, Johor, jadi arwah amat rapat kepada aku serta isteri, sekurang-kurangnya aku rasakan yang aku adalah the nearest father figure yang ada padanya semasa hayatnya. Semasa arwah ditahan di Hospital Kuching, hati aku berasa tidak keruan sebenarnya menanti keputusan dari pihak doktor. Ibunya sering memberi maklumat tentang perkembangan arwah pada ketika itu kepada aku serta isteri.

Hati siapa yang tidak resah, gelisah dan risau jika mengetahui anak sekecil yang berumur 10 tahun itu menghidap kanser dan kini berada di situasi yang tenat. Setiap malam aku buat solat hajat serta tahajjud dan sentiasa berdoa pada Allah agar anak buah kesayangan aku itu selamat. Segala penyakit yang aku alami 3 bulan lepas datang kembali iaitu darah tinggi, high cholesterol dan gout akibat hati yang tidak tenang mengenangkan nasib arwah. Apabila menerima perkhabaran kematian arwah pada petang Maghrib 20 Mei yang lalu, hancur sungguh hatiku, seperti separuh nyawaku hilang. Tapi aku sempat istighfar banyak2, tenangkan diriku, bersabar dan berkata pada diri yang Allah lebih menyayangi nya.

Arwah sangat rapat dengan aku, isteri dan anak aku. Jika ada kesempatan, aku sering menghantarnya ke sekolah pada waktu pagi. Jika ada kelapangan di hujung minggu, aku juga sering bawa arwah jalan-jalan di Waterfront Bintulu, bermain bola keranjang di pusat sukan UPMKB, bawa ikut shopping bersama isteriku di shopping complex dan bermacam2 lagi aktiviti yang disukainya. Pendek kata, aku tak pernah membezakan arwah dengan anak aku. Dia seperti darah dagingku sendiri. Kehilangannya memberi satu sinar keinsafan pada aku bahawa hidup kita di dunia ini tidak kekal lama. Allah berhak mengambil apa yang Dia inginkan. Ujian yang datang ini seharusnya aku ambil iktibar, sebagai tanda sayangnya Allah terhadap hamba2Nya. Redha terhadap segala ketentuan Allah. Ya Allah, aku terima seadanya. Mati itu pasti, aku akur pada kenyataan itu.

Hingga ke hari ini, keluarga kami masih berkabung. Walaupun diselubungi kedukaan, tapi hidup harus diteruskan. Bagi menyembuhkan sakit yang aku alami akibat depresi ini (ditambah dengan kes darah tinggi dan kolesterol), aku sering ke surau untuk ikut solat jemaah. Aku pernah terbaca yang solat berjemaah adalah besar pahalanya, lebih banyak fadhilatnya serta secara tidak langsung, boleh menjadi terapi spiritual untuk mencari ketenangan. Kepada rakan2 blogger, doakan kami sekeluarga dapat menempuhi dugaan ini dengan sabar dan tenang. Sedekahkan Al Fatihah buat arwah.

Buat masa sekarang, aku hilang minat untuk menyertai apa2 aktiviti yang melibatkan muzik. Gig yang akan dianjurkan oleh rakan2 Bintulu Independent Music Movement pada bulan Julai nanti pun aku tarik diri. Ada juga aku ceritakan kepada rakan2, alhamdulillah aku bersyukur kerana punyai sahabat2 yang memahami. Pada ketika ini dan juga di masa akan datang, muzik tidak lagi menjadi priority dalam hidup aku. Tidak bermakna aku akan quit terus, cuma berpada2. Ingin sekali aku mengikut jejak langkah seperti Doc Bentara yang bijak mengatur hidupnya, menyeimbangkan antara tuntutan wajib terhadap Ilahi serta minatnya ke arah muzik. Allah ialah sebenar2nya priority di dalam hidup. Benarlah kata Rasulullah dalam satu hadith, Biarlah kematian itu menjadi pengajaran buat mu.

P/S: Maaf ya rakan2 kiranya entri kali ini terlalu emosional. Terlalu lama aku pendam...


23 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Innallilahiwainnallilahirojiun...

    Salam takziah bro untuk ktk dan seluruh keluarga... Setiap kematian itu adalah peringatan bagi yang hidup dan permulaan untuk yg pergi ke alam barzakh... dan Setiap kematian itu juaklah ada pasti untuk setiap yang bernyawa...

    Mun boleh jangan lamak gilak berkabung or meratapi / teringat - ingat cdak yang dah pergi - redhailah, semoga roh arwah aman di sana....

    Banyak2 lak istigfar... Nya masih kecil, syurga ya tempatnya. In Shaa Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis atas kata2 perangsang ya, terubat juak rasa hati tok...

      Kadang2 rasa rindu ya datang menjenguk di pintu hati, hati siapa yg dpt tahan, tapi cepat2 saya cover kan dengan beristighfar....hanya Allah saja tempat mengadu.

      Terima kasih juga kerana memahami...

      Delete
  2. Takziah geng... saya hormati keputusan bro... apapun doakan arwah tenang dan tahniah kerana menjalankan tugas sebagai BAPA kepada arwah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih geng kerana memahami situasi aku ni...berehat seketika dari tuntutan dunia, mahu kejar akhirat, sama2 kita ke arah itu tuan...saya sering alpa tentang hakikat itu sebelum ini. Ayah arwah aku paling kesian, agar sukar pada mulanya utk dia terima hakikat. Memakan masa juga, tidak dapat aku bayangkan sebenarnya. InsyaAllah mudah2an Allah permudahkan segala urusan. Doakan yg terbaik.

      Delete
  3. Innallilahiwainnallilahirojiun.
    syurga menanti, insyaAllah.

    betul "priority" penting dalam hidup kita...

    life goes on...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan atas kata2 itu,

      Hanya ungkapan kata2 Syurga Menantinya sajalah yg menjadi penghibur hati kami sekeluarga.

      Life must go on, i agree on that.

      Delete
  4. Aku nak sampaikan salam takziah buat keluarga ko.baru aku faham.patut la slow2 sikit polah aktiviti berkaitan musik tok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la tek bro, marek aku nangga kitak org busking pun, aku hanya mampu senyum dan angkat tangan, perasaan utk join sekali ya masih hilang dari pandangan buat sementara waktu. Masih mencari ketenangan. Moga Allah berik kesabaran untuk kita semua ketika dirundung masalah.

      Delete
  5. Innallilahiwainnallilahirojiun.

    Takziah bro...dia dah selamat...kita ni ntah bila la pulak....

    Semoga segala yang terbaik untuk kita semua...kekadang memang susah nak mengimbangi antara priority dan hobi...

    ReplyDelete
  6. bro berteromber:
    betul tu tuan, kdg2 agak susah utk mengimbangi hobi dan keluarga, tapi kita kena cuba juga, sehabis baik.
    di kemudian hari, tiada apa yang lebih penting daripada family...itu yg pasti, renungan kita bersama.

    ReplyDelete
  7. Takziah kawan untuk kamu sekeluarga..

    Setiap kita ada cerita masing2

    ReplyDelete
  8. terima kasih bro deaf kerana memahami kami sekeluarga.
    can't wait to see ur pics during ur stay at Donnington.

    ReplyDelete
  9. yang hidup pasti akan mati . innalillahi wainna ilaihi rojiun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tepat sekali sis, the undeniable truth...

      Delete
  10. Takziah bro..Wa punya biras pun next week start kemo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan, mudah2an biras tuan cepat sembuh...kena kuat semangat tu...insyaAllah

      Delete
  11. Kembali kepada selamaNya.. Moga roh insan suci itu tenang disisi pemiliknya. Alfatihah.

    ReplyDelete
  12. Innallilahiwainnallilahirojiun..
    Salam Takziah dari aku untuk kau sekeluarga adi..syurgalah tempatnya.aku faham perasaan kau.arwah memang rapat dengan kau kan..kami semua doakan yang terbaik.yang penting kesihatan kau pun kena jaga juga adi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan atas nasihat itu. In sha Allah aku akan jaga kesihatan sentiasa, skrg ni pun dah dlm proses pemulihan (sakit tulang belakang dah kurang sikit, darah punya pressure pun dah stabil dan yang penting dah dpt terima kenyataan). Terima kasih juga kerana memahami situasi gua bro.

      Delete
  13. Sorry I'm a bit late, but my sincerest condolences to you and your family. Hope is alive. Hang on in there.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sis for the morale support! appreciate it...

      Delete
  14. Takziah...sedih bca entry n...mama saya pn mengalami batuk kering berpanjangan. 1st check doktr kata jangkitan paru2...the disyaki TB...even xconfirm rawatan TB 6 bln tetap buat.

    Harap en. bnykkan bersabar....smoga aruah dicucuri rahmat & ditempatkan bersama org2 yg beriman.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...