Thursday, November 15, 2012

Antara Aqsa Syarif, Palestine & Boikot Barangan Berpaksikan Israel

Logo Aqsa Syarif (pic dari laman web rasmi)
Sekadar Luahan Pendapat...

Pada tahun 2010 dahulu, kalau tak silap aku di penghujung tahun tersebut, ada diadakan ceramah agama di Masjid Assyakirin Bintulu yang berkaitan dengan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestine. Tidak lama sebelum itu kecoh juga tentang isu Kapal misi Gaza diserang oleh Rejim Zionist di atas kapal Turki " Mavi Marmara" serta kapal "Rachel Corrie". Kebetulan pula penceramah2 yang datang ke masjid untuk menjayakan ceramah tersebut pada ketika itu terdiri daripada beberapa individu yang terlibat dalam misi berkenaan dan sekaligus berada di atas kapal Mavi Marmara ketika kejadian menakutkan itu berlaku. Aku dan bapa mertua aku pun pergilah mendengar ceramah berkenaan.

Sepanjang ceramah tersebut berjalan, ramai jemaah khusyuk mendengar para panel penceramah bercerita tentang pengalaman ngeri mereka apabila diserang oleh pihak Rejim Zionist di atas kapal tersebut. Di antara penceramah yang datang ketika itu ialah beberapa ustaz dan doktor yang berkhidmat dengan sebuah NGO yang bernama Aqsa Syarif, wartawan dari channel mana entah (kalau tak silap aku Astro Awani) yang juga berada di tempat kejadian dan beberapa wakil dari NGO lain yang aku lupa namanya. Tapi kebanyakan, yang aku perasan, banyak personnel yang terlibat dalam misi tersebut adalah dari NGO Aqsa Syarif. Rupa2nya NGO ini telah lama berkhidmat menghantar bantuan ke Palestine sebelum insiden tersebut berlaku. Sila klik ke link INI untuk mengetahui dengan lebih lanjut Aqsa Syarif.

Antara kisah yang menyayat hati yang diceritakan oleh mereka ialah perihal kanak-kanak Palestine yang tiada mempunyai sebarang motif hidup selain untuk mati syahid dan berjuang menentang Rejim Israel. Kisah yang sering diperkatakan ialah seorang kanak-kanak yang bernama Faris Audah yang mati terkena bedilan bom dari kereta kebal tentera Israel. Akan tetapi kisah yang paling menyayat hati (sambil ditayangkan beberapa gambar melalui Overhead Projector di masjid berkenaan) ialah kisah seorang bapa yang mati terkena tembakan bertalu2 semasa memegang anak lelakinya yang akhirnya mati juga di dalam pelukan bapanya. Seriously air mata aku tidak dapat tertahan untuk keluar menitis ke pipi. Naluri seorang ayah rasanya.

Sumber gambar dari google
Setelah selesai bercerita tentang pengalaman dan kesengsaraan yang mereka hadapi sepanjang bergiat aktif dalam menjalankan misi keamanan tersebut, tiba2 salah seorang daripada panel penceramah (rasanya seorang yang berpangkat ustaz dan memegang jawatan tinggi dalam sebuah jabatan kerajaan, ingat2 lupa pulak) membuat satu ucapan ringkas tentang tajuk lain yang masih mempunyai kaitan dengan misi tersebut iaitu kempen boikot barangan yang berpaksikan dana dari Israel. Sambil dibantu dengan beberapa slideshow dari Overhead Projector, beliau memberitahu kepada sekalian jemaah di masjid berkenaan tentang beberapa produk2 yang berkait rapat dengan pembiayaan kewangan terhadap penjajahan Israel di bumi Palestine. Terlampau banyak produk2 yang dinyatakan, anda boleh lihat beberapa gambar di bawah:




Pics diambil dari Google. Mampukah kita memboikot barangan2 ini?

Tapi di antara produk2 yang dinyatakan oleh beliau, ada 4 buah multinational corporations yang paling dominant dalam pembentukan kewangan dan pembangunan negara Israel iaitu Coca-Cola, Nestle, L'oreal dan McDonald's. Beliau (ustaz berkenaan) berkata 4 buah syarikat gergasi ini adalah penyumbang besar kepada pembiayaan segala macam barangan ketenteraan Rejim Zionist di Israel. Pada ketika isu ini disuarakan oleh beliau, rata2 jemaah yang hadir (terutamanya dari golongan2 veteran) mula berkerut dahi. Ada yang berkata "aduh apa ni? aku memang dah lama minum Nescafe. Tak sah kalau tak pekena Nescafe setiap awal pagi", ada juga beberapa remaja yang berkata "Alamak, setiap kali kalau pergi Miri, mesti singgah makan kat McD (maaf Bintulu belum ada McD, insyaAllah tahun hadapan ada) nak pekena Big Mac". Tiba2  ustaz berkenaan mencelah yang lebih kurang berbunyi, "jangan risau tuan2 dan puan2, saya tahu ada yang merasakan agak sukar untuk memboikot barangan2 yang saya sebut tadi, begini sajalah, paling tidak pun, kalau boleh kita KURANGKAN penggunaan produk2 berkenaan di rumah atau pada mana2 aktiviti seharian kita. Sekurang2nya inisiatif begini dapat juga memupuk kesedaran kepada kita tentang apa yang berlaku di Palestine". Aku rasa ustaz berkenaan seolah2 tahu apa yang bermain di fikiran para jemaah di masjid pada ketika itu. Mana mungkin benda yang sudah sebati dengan diri kita (yang hampir seluruh hidup kita sentiasa menggunakannya) tiba2 mahu disingkirkan secara total. 

Sebagai contoh produk Nestle yang sudah bertapak di bumi Malaysia sekian lama dan kini menyambut ulangtahun ke-100 dalam memberikan produk terbaik mereka kepada semua rakyat di negara ini, Dari kecil sudah kita dididik, disuap, disumbat dan dibiasakan dengan produk Nestle seperti susu Nespray, kopi Nescafe dan minuman koko Milo, mana mungkin kita dengan mudah menyingkirkan produk2 tersebut dan melenyapkannya dari bumi Malaysia ini. Aku bersetuju dengan pendapat bro Ijau sebelum ini yang mengatakan "mungkin ada yang boikot produk Nestle. Tapi walau apapun kempen dan alasan anda, hakikatnya di Malaysia ni hampir setiap hari kita menggunakan produk Nestle - Milo, Nescafe, Nestum, Nesvita, Nespray, Every Day, Coffee Mate, Susu Cap Junjung, Maggi, Cerelac, and the list goes on... Cuba periksa dapur anda dahulu." ...dah 100 tahun beb, itu adalah kenyataan!

Hakikatnya, di akhir perjuangan kita menentang segala macam anasir Israel, kita hanya mampu MENGURANGKAN sahaja penggunaan produk2 sebegini. Anda hendak boikot? Dipersilakan tapi aku rasa anda akan berhadapan dengan jalan buntu (atau mungkin sebaliknya, insyaAllah). Secara peribadi aku telah mengamalkan beberap tips seperti kurangkan membeli barangan berjenama Nestle, aku hanya beli beberapa item sahaja seperti perencah Secukup Rasa (orang rumah aku suka sangat guna benda yang ada MSG ni...ermm) dan Maggi perisa ayam (disebabkan kadar MSG yang ada pada Maggi agak kurang berbanding dengan jenama mi segera lain di pasaran - especially kebanyakan mi segera dari Indonesia, kandungan Acid Bromic dan Monosodium Glutamate memang kaw2 tinggi dan tak munasabah), kalau Milo pula aku gantikan dengan Vico, Ovaltine dan Oligo. Coca Cola? Maaf, perut aku tak berapa serasi dengan  rasa Cola, mungkin faktor usia rasanya.  Alhamdulillah aku sudah mengaplikasikan kaedah ini semenjak 2010 lagi (selepas ceramah tersebut). Untuk McDonald's pula, oh tidak...masa zaman kolej dulu, aku sangat menyukai segala macam fast-foods di dalam franchise ini - McFlurry, Samurai Burger, Prosperity Burger dan Big Mac. Wattahell! Aku siap buat research untuk assignment (bagi subjek Entrepreneurship) pasal bagaimana bisnes franchise McDonald's ni boleh berjaya dan berkembang ke seluruh dunia. Tapi Alhamdulillah keinginan sebegini hanya ada pada diriku untuk beberapa ketika sahaja. Tahun hadapan, McD akan buka cawangan di Bintulu. Banyak rakan2 aku sudah mula teruja dengan berita tersebut. Aku? Hanya mampu go with the flow sahaja. Tak nak bising, kalau ada rakan ajak ke sana nanti, aku ikut sahaja. 

Bagi insan dari golongan Marhaen seperti aku, terus terang aku cakap lah, tidak banyak yang dapat aku buat  bagi meringankan beban rakyat Palestine. Ya, aku tahu aku juga muslim seperti mereka, tak perlu nak elaborate atau exaggerate berkenaan dengan hal ini. Aku hanya mampu mendermakan sedikit wang yang terus di bank-in ke akaun Aqsa Syarif, itu pun kadang2 kalau aku ada duit lebih (masa dapat duit imbuhan tahunan lah terutamanya). Jangan risau, NGO ini didaftarkan secara sah dan legit. Siap ada pelepasan cukai lagi tu.

Hanya satu yang harus kita sama2 renungkan. Sudah 64 tahun negara Palestine dijajah oleh kaum yahudi (dan kemudiannya membentuk negara baru iaitu Israel) semenjak tarikh keramat iaitu 15 Mei 1948. Jika dari segi keagamaan agak sensitif untuk dibawa bicara, pandanglah dari segi kemanusiaan. Isu sebegini tidak harus dipandang remeh. Di sana (Palestine) juga ada anak2 kecil, besar kemungkinan sebaya dengan adik mahupun anak kita. Mereka juga punyai hak untuk hidup seperti kita.

Jika motto "Ignorance Is Bliss" masih lagi digunapakai, aku tak dapat nak cakap apa lagi dah. Sekurang2nya hulurkan bantuan dari segi kewangan dan kurangkan penggunaan produk tertentu, itu sahaja. Jika ada yang ingin menghulurkan bantuan, sila rujuk pic di bawah:

Diambil dari laman web Aqsa Syarif
"Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah. Mulakan Tahun Baru Dengan Meringankan Beban Mereka Yang Memerlukan"

25 comments:

  1. yup, itu baru barangan nestle, blm masuk jenama lain... tgk saja logo2 yg lain

    tp aku xnmpk satupun jenama brgn muzik

    ReplyDelete
    Replies
    1. barangan muzik mgkn bebas Israel. tapi yang sedihnya banyak t-shirt metal imported aku mempunyai tag HANES...sedih....nak buat macam mana

      Delete
  2. hampir 100% barang aku guna.... aduiii...sabar aje la.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa bro, apa yang paling mudah kita buat ialah KURANGKAN PENGGUNAAN produk tersebut dan gantikan dengan barangan alternatif yang lain.

      Delete
  3. InsyaAllah aku akan cuba kurangkan pengunaan barangan Israel Yahudi Laknatullah itew

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2lah kita berbuat demikian bro...mudah2an segala usaha serta rancangan kita ini mendapat rahmat dari Allah dan dipermudahkan hendaknya...meenom milo anda jadi sihat dan kuat?hehe...

      Delete
  4. aku pon sepedapat ngan bro. Bila aku nak p mcd. aku kata jom p israel. Lagi satu pendapat jauh aku. xmgkin israel takluk palestin. Kerana itu mgkin pengakhiran dunia. ini sekadar pendapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah at least tidaklah keseorangan dlm berpegang pada prinsip sebegini...ya mgkn itulah menjadi petanda akhir zaman jika israel benar2 berjaya menakluk bumi Palestine...wallahualam

      Delete
  5. Produk nestle tu mmg agak susah sikit kita nak boikot,tapi yg lain2 tu aku rasa boleh.contoh Levis,pakai yang siam made punya suda,murah n duit pun jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali bro,tapi kalau org jenis mcm aku ni,memang x mampu nak beli Levis yg ori,dari dulu dah aku beli cap Siam ajer.rasanya dgn cara membeli brgn ciplak jenama Israel ni dpt juga merugikan pihak mereka. At least we have done something right...T

      Delete
  6. salam...kmk dh lamak tauk pasal brgn2 buatan Israel tok. Israel memang bijak... even number siri tiap brg pun daknya yg polah. & disney lebih2 gik, dari kecik dah kita layan katun2 disney, smpe apa sebenarnya yg daknya lukis pada kartun pun kita sik sedar...kita sebagai umat Islam mesti mok hati2 juaklah dgn perkara tuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm sis,yala tek,memang perlu ada kesedaran psl hal2 mcm tok di dlm komuniti kita...mun x mcm tok,makin kayalah Israel dan makin bermaharajalela sidak ya di bumi Palestine. Terkini sidak dah makei serangan udara ke Gaza.

      Delete
  7. Replies
    1. Yup, Mark Zuckerberg is a very bloody genius in making something so addictive like Facebook. Nak tutup akaun FB?ermmm....susah, kan?

      Delete
  8. Orang Islam, kena ubah cara hidup, jauhi jenayah, tipu, pemalas,
    hidup betul2, jujur.
    Satu hari insyallah orang Islam yang konker ekonomi dan mass media dunia.
    Dan harus ngan orang melayu sendiri.

    Ni KFC, kerja majoriti melayu, boikot la....lagiii melayu takde kerja kalau kfc tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sama2 kita berdoa agar umat islam kembali bangkit seperti zaman kegemilangan Khulafa Arrasyidin dahulu...KFC? Wow sedap sehingga menjilat jari hahahah...

      Delete
    2. kenapa KFC menukar slogan mereka dari "it's finger lickin good" kepada "so good" sahaja?

      Delete
    3. Mgkn disebabkan adanya elemen pornografi...ntah la,aku tulis ikut sedap hati saja ni...ermmm

      Delete
  9. at the end, begantung gn niat kita jak gik, we use all the barang because we ada niat tertentu and sudah pasti bukan utk menyokong para pengikut dajjal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,u r right sis..kdg2 kalo niat kita x bagus tapi pekerjaan kita ya masih dikategorikan halal,tetap akan jadi haram kalau ianya memudaratkan kita n org sekeliling.sesungguhnya kita masih ada peluang untuk bangkit,umat islam harus bersatu...bukan cuba menjatuhkan sesama sendiri.

      Delete
  10. Semoga Allah selamatkan dan melindungi saudara kita di Palestin.... Ya yang selalu dalam doa kmk...

    Salam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2lah kita mendoakan agar keadaan lebih stabil di Palestine dan mudah2an Allah turunkan bala kepada Regime Zionist Laknatullah...

      Delete
  11. Kalau kita tak mampu nak angkat senjata berperang untuk tolong saudara kita yang ditindas tanpa belas kasihan di sana, sekurang-kurangnya kita boikot 100% produk yang menyumbang kepada pembangunan senjata negara laknatullah. Think about it, 1stly rata-rata produk nye mahal (jeans...). 2ndly akan merosakkan kesihatan kite (fastfood, MSG).

    ReplyDelete
    Replies
    1. perjuangan harus berada pada peringkat tertentu, mulakan dengan mengurangkannya dahulu (produk2 berpaksikan Israel) dan lama kelamaan kita akan hilang rasa kebergantungan dengan barangan tersebut insyaAllah.

      Delete
  12. "Na'uzubillah" Ya Allah aku berlindung dengan engkau dari semua bahana ini, amin.

    Kena terima yg Isreal dah tawan org Islam dimana-manapun, tapi masih banyak yang cakap tak pernah serupa bikin, "astagfirullah halazim...." baik menteri, kementerian kementerian kerajaan, hingga jabatan jabatan agama pun sama, tok tok guru, yg mengaku ustaz/ustazah, yb-yb, cekgu cekgi, dari businessman sampailah penoreh getah, apatah lagi org biasa yg ramai ni,

    Harap jgn marah saya dulu, cuba periksa FB tu siapa punya? Ya FaceBook......... Ya Allah lindungilah kami dari fitnah ini

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...