Tuesday, November 13, 2012

Persamaan Di Antara Band Reggae UB40 dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia!

UB40 on stage (pic taken from their official website)
Asal-Usul Nama Band UB40

UB40 merupakan sebuah kumpulan Reggae dari UK yang cukup popular di era 80'an dan 90'an dahulu, Band yang telah mula aktif semenjak tahun 1978 ini telah melalui pelbagai kejayaan komersil di peringkat antarabangsa sepanjang karier mereka. Pernah dicalonkan Best Reggae Album di Anugerah Grammy Award sebanyak 4 kali sebelum ini, UB40 juga merupakan antara band reggae yang paling sukses di peringkat antarabangsa dengan jualan 70 juta rekod keseluruhannya.

Tahukah anda bahawa band ini mendapat namanya dari sebuah bantuan kerajaan UK suatu ketika dahulu iatu Unemployment Benefit yang diselenggarakan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Dalam Negeri UK. Masa diorang nak mula buat band ni dulu, pengasasnya Ali Campbell, Robin Campbell dan James "Jimmy" Brown terpaksa struggle dengan keadaan semasa di UK yang berhadapan dengan masalah pengangguran yang merunsingkan. Kalau nak dapatkan bantuan, kenalah isi borang dahulu kan? Borang untuk mendapatkan bantuan tersebut ialah form 40. Jadi nama band UB40 diambil daripada bantuan Unemployment Benefit form 40.

 UB40 - Here I Am (Come And Take Me) : Official Music Video

Apakah itu Bantuan Rakyat 1 Malaysia?

Berdasarkan info yang aku ambil dari website rasmi BR1M, sila rujuk info di bawah:

Bantuan Rakyat Satu Malaysia adalah salah satu bantuan yang telah  di janji oleh Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2012, Bantuan Khas RM500 akan diagihkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui LHDN. Bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan  ini adalah tanda keprihatinan  kerajaan dalam usaha untuk membantu  meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat. Kategori isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau  ketua keluarga. Ini merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa. Selain ibu atau bapa tunggal yang mempunyai Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang tanggungan;   Warga emas sebatang kara mempunyai tanggungan; dan Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

Aku malas nak cerita banyak pasal BR1M, malas nak sembang meleret sangat pasal bebanan kerja aku dan rakan2 sepejabat ni haha...apa2pun dah jadi tanggungjawab dan amanah untuk rakyat, buat ajer lah, tak payah komplen. Tambah2 lagi dengan BR1M versi 2.0 ni, memang kerja sampai larut malam la gamak nya.

So, kalaulah band UB40 ini ditubuhkan di Malaysia (instead of Birmingham, England), rasa2nya diorang mesti guna BR1M sebagai nama band diorang, kan? haha just some funny joke okay...tak perlulah nak berprasangka buruk (duh!).

 Gelagat Rakyat Malaysia Semasa Mendapatkan Borang BR1M Tahun Lepas

22 comments:

  1. borang BR1M ada no tak?? kalau ada... jadi la BR(nombor)...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borang BR1M takde no. bro,tapi dia ada kod dia sendiri iaitu BK-10 [1/2012]...jadi boleh la nama band diorang tukar ker BR BK-10[1/2012] jenuh jugak nak menyebut nama band ni hahahaha.....

      Delete
  2. fire & BR1Mstone

    tp aku pernah dgr ayat "bantuan gitar 1malaysia"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantuan Gitar 1 Malaysia saja? Bass? Drums? Ini tidak adil hahhaa...

      Delete
    2. Haha tahniah™ buat tuan tanah kedaong Korawk!

      Delete
  3. Replies
    1. Itu adalah actual footage yang member saya ambil masa bantuan tu pertama kali diperkenalkan...memang havoc bro,mcm riot pun ada...yang sedihnya ada warga tua yg cedera masa tu kerana dihimpit oleh org ramai....ermmm sedih

      Delete
    2. BR1M ni bagus, tp cara penyampaiannya/pengagihannya kurg efisyen

      Delete
    3. Ermm part sini saya setuju,yg jadi mangsa tudingan jari oleh masyarakat ialah organisasi kami walhal arahan dari pihak "atasan" pada peringkat awalnya agak samar2 dan prosedur kerja agak profesional.tapi malas lah nak bangkitkan hal ni di blog saya.tiba2 jadi blog mcm The Unspinners pulak dah...hehe

      Delete
  4. aku ingatkan UB40 tu nama submarine WWII

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha truth can come from some unexpected places...

      Delete
  5. heheh, padu dari sia cdak ambik namanya... "bijak" jak utak daktuk nak mngelirukan peminat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama ya diambil sbg tanda terima kasih sidak terhadao kerajaan UK krn memberi bantuan kewangan dgn sidak masa sidak agik pokai dolok hehe....sad but true!

      Delete
  6. ni mesti kes stress pasal BR1M dah dekat ni..sabar bro..aku paham..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. BR1M dah pun bermula awal bulan ni lagi bro...nak ckp stress tu x jugak rasanya,ada kot sikt2 hehe...

      Delete
  7. ok.. mulai haritok, the once tuka nama jadi BR1M 2.0. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Band reggae BR1M = Illuminati @ Freemason punya propaganda...hahaha

      Delete
  8. nak tersenyum ada juak tok lepas baca coz terus mejin band reggea di malaysia pake nama BR1M meletop2 trus haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...mun The Once ditukar nama jadi BR1M,terpaksalah kita me-reggae-kan lagu patriotik "Janji Ditepati" dgn "1 Malaysia"....oh indahnya menjadi kroni Pak Najib haha...

      Delete
  9. teringat dulu 90an ada band nama UG14...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,80's rock band kan? Agak2nya diorang dpt nama band dari mana ek? Hehe..

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...