Tuesday, July 30, 2013

Mengejar Lailatulqadar : Beberapa Hadith Yang Berkaitan

Hari ini sudah masuk 21 Ramadhan 1434, bermakna kita sudah berada di dalam lingkungan malam2 Lailatulqadar. Secara peribadi aku merasakan, kali ini aku masih lagi alpa oleh kenikmatan dunia. Walaupun puasa tak tinggal tapi aktiviti Qiam di waktu malam banyaknya tidak diisi dengan amal ibadah akibat terpaksa menguruskan hal2 duniawi. Solat Tarawikh masih lagi tidak penuh seperti tahun2 yang sudah. Ini sungguh menyedihkan bagi aku. Sampai bila harus begini? Peluang untuk mendapatkan keredhaan Allah hanya terlepas begitu sahaja.

Entri ini lebih kepada mengingati diriku sendiri. Kadang2 aku mengeluh sendirian, kenapa masih belum berubah. Mungkin aku cuba untuk melakukan sesuatu malam ini (doakan saya), menyambungkan semula Tarawikh yang aku tinggalkan dua tiga hari ini. Rasa bersalah sebenarnya. Begitu juga dengan mengaji Al Quran. Walaupun tidak selancar bacaan Qari wakil Malaysia, sekurang2nya aku ingin mencuba memperbaiki mutu bacaan aku. InshaAllah.

Beberapa potongan hadith tentang malam Lailatulqadar:

Nabi s.a.w. Bersabda, maksudnya:
"Carilah Lailatulqadar pada 10 malam terakhir iaitu malam ke-21,23,25,27 atau 30 maka siapa yang bertepatan bangun solat malam kerana iman dan mengharap pahala maka akan diampunkan dosa-dosa yang lalu dan akan datang"
(Riwayat Atthabrani dari Ubadan bin Asshamiti)

Nabi s.a.w. Bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada umatNya (umat Muhammad s.a.w.) Lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat yang sebelum mereka"
(Riwayat Addailamani dari Anas r.a.)

Nabi s.a.w. Bersabda, maksudnya:
"Siapa yang iktiraf pada malam Lailatulqadar itu kerana terdorong oleh iman dan ikhlas maka diampunkan dosanya yang telah lalu"
(Riwayat Addailamani)

Nabi s.a.w. Bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang ingin mengintai malam Lailatulqadar maka hendaklah ia mengintai pada malam 27 haribulan"
(Riwayat Ahmad)


6 comments:

  1. Bermula lah malam mencari Lailatulqadar..malam yang lebih baik dari seribu bulan

    ReplyDelete
  2. masih lagi berkesempatan untuk perbanyakkan amal tok tinggal beberapa hari lagi..

    ReplyDelete
  3. Tarawih ni bila dah start tertinggal sehari...memang terasa berat nak menyambungnya kembali...camtu jugak la sembahyang jemaah...ni pada aku sendiri la...

    ReplyDelete
  4. Lailatulqadar mungkin mustahil utk insan naif seperti aku...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...