CD Prodigy : Fat Of The Land
Album Fat Of The Land dari band electronica Prodigy ini merupakan album ketiga dari band tersebut dan pernah mencetuskan satu fenomena muzik pada pertengahan dekad 90'an yang lalu di mana pembawaan muzik electronica dance ini telah mendapat respon yang positif di kalangan peminat muzik pop pada ketika itu. Lebih-lebih lagi ada juga pemuzik rock yang meminati mereka disebabkan sound mereka agak berlainan dari mana2 artis muzik techno yang kebanyakannya terlalu cliche pada zaman itu.
CD ini aku beli melalui Tuan Betara a.k.a. Krenmaut di mana beliau ada mengiklankan cd ini untuk dijual pada satu lagi blog beliau iaitu Rock At Large. Kalau diikutkan sudah lama aku mencari cd ini di pasaran dan memang payah sebenarnya nak jumpa. Terima kasih banyak2 tuan Betara pasal jualkan cd ini kepada tuan hamba hehe. OK berbalik kepada ulasan cd ini, ianya dicetak di USA dan barangkali ianya merupakan 1st pressing sebab tidak dinyatakan mana2 tahun cetakan semula pada inlay mahupun cd tersebut. Diedarkan dan di bawah label Maverick Recording Company, sebuah syarikat kepunyaan Madonna (yup, the material girl, sama label dengan Alanis Morrissette juga mereka ini di USA).
Terus terang aku cakap la, sebelum mendengar mana2 lagu dari Prodigy dahulu, aku tidak berapa mengetahui sangat tentang dunia muzik techno, dance, trance dan electronica. Tapi semenjak aku mula mendengar muzik Prodigy, terutama sekali album Fat Of The Land ini, persepsi aku tentang muzik electronica mula berubah dan aku ada rasa hormat sikit la dengan muzik ini walaupun banyak didominasikan oleh DJ-ing, mixing dan synthesizer.
Dekad 90'an banyak dimonopoli oleh band alternative dan grunge, akan tetapi sejak kemunculan Prodigy dalam persada muzik antarabangsa, ramai pemuzik mula bereksperimentasi dengan muzik techno, lihat sahaja band seperti U2 (album Pop), Radiohead dan Linkin Park. Pada tahun 1998, Q Magazine pernah menobatkan album ini (melalui undian dari pembaca) sebagai The Ninth Greatest Album Of All Time. Dalam majalah Rolling Stone pula, ianya pernah disenaraikan dalam "Essential Recordings Of The 90's" dan pernah juga memasuki Guinness World Records sebagai the fastest-selling UK album mengalahkan The Beatles dan Oasis. Dikatakan juga ada beberapa lagu dalam album ini menggunakan khidmat drumming daripada Matt Cameron dari Soundgarden dan Pearl Jam tetapi tidak tahu lagu yang mana satu (tidak dinyatakan dalam credit).
Antara lagu2 yang bisa menyentap jiwa dan perasaan (apa kejadah ni?) ialah Smack My B*tch Up (track pertama yang sungguh dance-able dan out-of-this-world), Breathe (lagu ini pertama kali aku dengar pada tahun 1996 sebelum album ini diriliskan di carta alternative Radio 4 yang pernah popular suatu ketika dahulu), Diesel Power (lagu yang ada ala Cypress Hill dan mixing dalam lagu ini lebih menyerupai hasil kerja DJ Muggs), Narayan (duet bersama Crispian Mill dari band indie Kula Shaker) dan semestinya Firestarter. Lagu Firestarter ni banyak artis dah cover, contohnya Smashing Pumpkins, Sepultura dan believe it or not, Gene Simmons. Apa2pun yang dikatakan tentang album ini, ianya merupakan batu loncatan kepada muzik crossover hard rock dengan elemen techno yang semakin mendapat tempat di hati peminat muzik rock mahupun dance music.
Sumber : Wikipedia
CD dan jewel case
CD dan inlay
The line-up (from left): Liam Howlett, Keith Flint, Maxim & Leeroy
CD dan T-Shirt
Smack My B*tch Up - Prodigy (Official Video)
Breathe - Prodigy (Official Video)
Firestarter - Prodigy (Official Video)
Ni antara band yang paling top la Prodigy ni.
ReplyDeleteAku penah terbaca yang lagu smack my bitch up tu kena banned kat amerika kan?
ReplyDeletetau nama...tapi tak tau lagu-lagunya...
ReplyDeleteDeaf: band ni zaman 90'an dulu famous la, skrg ni dah slow dan tak berapa dah
ReplyDeleteRafi: yup pernah kena banned di beberapa negara termasuk USA disebabkan ada unsur diskriminasi ke atas wanita. Lagu Firestarter pulak ada kontroversi nya sendiri, ada pendapat mengatakan lagu tersebut menghina USA.
Berteromber: masih x terlewat utk mengenali band ini....
Aku pun ada CDnie pasal firestarterla. Banyak movie, iklan,promo games pakai entri lagunie.
ReplyDeleteYup, kalo dulu byk movie, iklan guna music dari lagu ni...mcm terlalu commercial pulak dulu...sekarang hype nya dah kurang tapi masih ada org ingat.
DeleteSmack mt bitch up paling out standing..ada unsur2 hindustan skit.. Agak raw
ReplyDeleteDikatakan kat lagu ni la Matt Cameron jadi sessionist utk part drums...tapi xda bukti yg sah, hanya rumors saja...
Deletepernah berangan nak kawen dengan Liam Howlett...buku rujukan U semua balut dengan gambar semut hitam Prodigy...
ReplyDeletepernah berangan nak kawen dengan Liam Howlett...buku rujukan U semua balut dengan gambar semut hitam Prodigy...
ReplyDelete