Friday, December 13, 2013

Sepetang Di Pantai Kaul Mukah Sambil Menikmati Buah Durian Bersama Keluarga

Mukah, 30th November 2013

Setelah selesai menghadiri majlis persandingan saudara Korawk Al Naseer serta isteri di Dewan Suarah Mukah pada sebelah paginya, aku dan family terus mencari tempat yang sesuai untuk tinggal semalam di sana. Kalau ikut rancangan asalnya, aku bercadang hendak tinggal di Sarina Hotel (sebenarnya Sarina Hotel ini lebih kepada bentuk Inn daripada Hotel) tetapi memandangkan kawasannya jauh sedikit dari pasar lama Mukah, maka aku pun berbuat keputusan untuk tinggal di Kingwood Hotel Mukah yang nampak lebih selesa dan strategik kedudukannya walaupun harganya ada mahal sedikit. Antara sebab lain aku memilih hotel ini adalah kerana aku ianya menghadap dengan Masjid Mukah yang unik dari segi pembinaannya.

Selesai sahaja kami check in di hotel tersebut, kami pun pergi ronda-ronda di pasar Mukah. Kalau diikutkan pada hari kebiasaan, Mukah adalah sebuah bandar kecil yang tidak berapa sibuk seperti bandar2 lain di Sarawak. It's a very nice little town, sama seperti ada beberapa bandar kecil lain contohnya Sarikei, Kapit dan Marudi di dalam Sarawak ini. Hanya pada masa tertentu sahaja bandar kecil ini akan menjadi meriah contohnya apabila tibanya Pesta Kaul yang selalunya diadakan pada bulan Mac atau April setiap tahun. Aku rasa bro Ijau lebih arif kalau ingin menerangkan dengan lebih lanjut tentang bandar Mukah ini disebabkan orang rumah dia asal di tempat ini (well, lebih kurang la, kalau tak silap asal dari Dalat kan bro Ijau?).

Kebetulan pula masa itu tengah hangat musim durian, aku, isteri dan my dear daughter terus sahaja menuju ke arah pasar lama Mukah bagi memudahkan kami mengintai2 durian yang dijual di sana. Orang rumah aku ni boleh tahan jugak kalau bab makan buah durian ni, aku tak berapa sangat, tengok mood jugak, selalunya kalau santai2 aku cuma makan 2 atau 3 ulas sahaja. Lalu isteri aku pun belilah 2 biji durian yang harganya RM10 sebiji. Aku malas nak komen pasal harga, karang tak pasal2 pulak kena leteran maut daripada si isteri yang tercinta haha. Walaubagaimanapun isi durian tersebut tidaklah mengecewakan, sedap juga dan berbaloi dengan harganya.

Selesai kami membeli durian2 tersebut, kami pun mencarilah port yang sesuai untuk makan durian. Kalau bawa ke hotel confirm tak boleh disebabkan kebanyakan hotel tidak akan membenarkan pelanggannya membawa masuk durian ke dalam bilik. Jadi aku pun membuat keputusan untuk membawa keluarga aku makan durian di tepian pantai tapak Pesta Kaul Mukah. Selalunya kawasan ini akan dijadikan tempat perayaan untuk meraikan Pesta Kaul di Mukah. Tapi pada waktu hujung minggu begini, pantai ini masih juga tidak sunyi daripada menerima kedatangan pengunjung2 baik dari dalam mahupun luar kawasan Mukah.

 Kawasan pantai tapak pesta kaul Mukah

 Suasana yang tenang serta ditemani dengan tiupan angin yang sepoi2 bahasa haha


 2 buah tiang Tibau yang pada asalnya untuk permainan tradisional yang dinamakan Tibau (rasanya aku ada mention permainan di entri yang lepas)

Gambaran lebih jelas untuk 2 tiang Tibau ini 

 Santapan di waktu petang sambil ditemani bunyian2 ombak yang memukul pantai Tapak Pesta Kaul Mukah ini.

 Tempat ini juga sesuai untuk dijadikan lokasi gathering bersama keluarga besar. Pic menunjukkan ada beberapa individu sedang barbeku di tempat tersebut. Nice...

 Pemandangan di waktu petang

 My dear daughter sememangnya sangat teruja apabila melihat pemandangan kawasan pantai ini

 Kawasan pantai yang cantik dan tidak tercemar ataupun terkena hakisan 

 Kanak-kanaklah yang paling gembira bermain di tepi pantai

 Ini pula kawasan pasar lama Mukah

 kedai kopi ala old school masih lagi wujud di tempat ini. Sebelah kedai kopi tersebut ialah pasar ikan.

Nah, inilah tempatnya orang berjual bermacam2 jenis sayuran, buah-buahan dan semestinya DURIAN!!!

10 comments:

  1. Menarik!....aku memang suka kalau dapat pergi pekan2 kecik yang tak pernah pergi...best kalau dapat buat road trip jalan2 keliling malaysia kan....dulu zaman bujang pernah buat sekali...road trip seminggu berkereta keliling semenanjung...harap satu hari nanti boleh buat lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roadtrip memang menarik bro, kalau anak dah besar sikit nanti nak juga buat roadtrip keliling satu Sarawak, pastu boleh buat review lagi hahaha...

      Delete
  2. I love this post.boleh rasa how happy you are enjoying all these life's simple pleasures.
    More national geographic posts please. Nice photos dqn aku nak makan buah durian borneo!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. There will be more Nat-Geo entries after this my dear friend haha jangan risau...pasal durian borneo tu, ala sama saja rasanya macam durian di semenanjung sana. Tak ada beza la kecuali untuk Musang King (haaaa yang itu special sikit)

      Delete
  3. Durian Borneo..memang boleh tahan rasanya..
    Nice entri bro..banyak tempat yg kata sana aku tak tau tapi baru tau melalui blog ni..tq very much

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha durian borneo sama saja rasanya bro...x banyak beza...entah la, lidah aku kot

      Delete
  4. Masa aku kat mukah dulu time bulan pose..cuma 3 hari je kat sana..xbyk ronda2..cuma pusing2 pekan dia n tepi sungai kedai kopi tu je.. Pantai tu kat belah mana eh..kena kuar dari town mukah tu ke?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo tak silap, pantai ni x jauh dari pekan mukah...lebih kurang satu kilometer mcm tu dari pekan lama tu...next time boleh pergi sini bro

      Delete
  5. yup mrs ijau org dalat, tp kalau bab2 mukah ni aku rasa mrs korawk lagi terer sbb dia local mukahan

    tahun ni xdpt layan durian dalat berabis mcm tahun lps, sedih~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time nak kena try durian dalat ni....hehehe

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...