Sunday, March 9, 2014

Hadith Sahih Yang Berkaitan Dengan Qaseedah (Diriwayatkan Oleh Imam Al Tabrani)

Diriwayatkan oleh imam al-tabrani dan selainnya r.a.h dengan sanad " hasan " telah menyusun qasidah tentang hari kelahiran nabi dan membacanya kpd nabi s.a.w. 

Dinyatakan bahawasanya Saidina Abbas berkata kpd nabi s.a.w : " izinkan aku untuk memujimu ( berqaseedah ). "  Rasulullah bersabda : "Katakanlah, semoga Allah menjaga mulutmu ( gigimu ) dari segala penyakit" lalu saidina Abbas bersyair : " sebelum ini,iaitu sebelum manusia di muka bumi ini, dikau senang di dalam kenikmatan syurga. Iaitu ruhmu bersenang di syurga bersama nabi Adam a.s. Dikau senang di syurga, berada dalam jagaan dengan tampalan daun-daun syurga. Iaitu setelah mana nabi Adam a.s bersalah pada tuhannya lalu menampal daun-daun syurga pada diri adam dan hawa kemudian diturunkan ke bumi, dikau belum lagi manusia, belum lagi menjadi janin dan belum lagi menjadi segumpal darah bahkan dikau adalah " nutfah " yg menaiki bahtera iaitu bahtera Nuh. Dan kaum Nuh menjadikan " nasr " sebagai sembahan dan ahli keluarganya turut tenggelam berpindah " nutfah " itu dari keturunan hingga ke satu rahim.. Apabila berlalunya alam ini peringkatnya sehingga dicapai kemuliaanmu setinggi-tinggi kedudukan dari puncak yg tinggi dan dikau ketika lahir bersinarlah bumi dan cakerawala dipenuhi dengan cahayamu dan kami selalu berada di tengah cahaya itu dan di jalan yg penuh petunjuk." Lalu Rasulullah bersabda : "Semoga Allah menjaga mulutmu ( gigimu ) dari segala penyakit. ". Dia ( saidina Abbas ) mula berumur dan giginya terus elok, tidak rosak satupun. Dendangan qaseedah hari kelahiran nabi didengar oleh telinga nabi s.a.w sendiri " dan kami selalu berada di tgh cahaya itu dan di jln yg penuh petunjuk ". Benarlah kamu wahai Abbas

Dan kami ini selepas 1400 tahun berada dlm pancaran cahaya itu. Adakah kami akan tahu " la ilaha illa Allah" melainkan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w? Adakah kami ini kenal " al-Quran " melainkan hanya dgn nabi Muhammad s.a.w? Adakah kami kenal " Tuhan yg Maha Pemurah " melainkan hanya dgn nabi Muhammad s.a.w? Semoga Allah memberikan penghormatan pada baginda dgn sebaik-baik penghormatan yg telah diberikan pada nabi kepada umatnya juga kepada rasul serta kaumnya.. Semoga Allah mengumpulkan kita semua dlm golongan baginda Rasulullah s.a.w. AMIN YA ROBBAL ALAMIN.

Dipetik dari hadith sahih serta ceramah dari Habib Ali Al Jufri.

Habib Ali Al Jufri; Pendakwah, Guru & Pewaris Nabi (Keturunan Rasulullah Dari Cucunya Imam Hussein)

Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW digalakkan supaya sentiasa berselawat ke atasnya supaya apabila kita dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak, kita disatukan dengan idola yang sepatutnya iaitu Rasulullah SAW junjungan semua umat Islam khususnya. Perbanyakkan selawat supaya kita mendapat syafaat dari Rasulullah di hari pembalasan kelak, nasihat ini aku tujukan kepada sendiriku juga. Tidak semestinya Maulud Nabi ataupun selepas solat untuk kita berselawat, di masa kita bersenang-senang dengan keluarga juga kita boleh berqaseedah, memuji kebesaran Allah dan berselawat ke atas Rasulullah. Tanpa Rasulullah mana mungkin dunia ini akan ada sinar ketenangan dan rahmat Allah. Allahumma solli 'ala Muhammad.

Entri Mini : Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan misi menyelamat/mencari pesawat MH370 yang terhempas baru-baru ini. Amin Ya Rabbal Alamin.


8 comments:

  1. Nice info..tengkiu bro.kalau sejarah islam memang aku suka sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 tuan, saya pun masih belajar....sekadar berkongsi ilmu yg sedikit dari saya ni...

      Delete
  2. aku jenis follow majority, aku jenis follow yang umum.
    Mana majority buat, mana masjid2 buat, aku ikut je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro, selalunya byk masjid akan ada buat sesi berselawat sebelum ceramah...yang tu elok join...hehehe

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...