STATUS FACEBOOK PAKCIK LIS
Hai. Nama aku Lis. Sebenarnya aku ada banyak gelaran, pelbagai sebutan dari variasi bangsa dan negara semenjak berjuta tahun lamanya. Ada yang panggil aku The Fallen Angel, Lucifer, Iblyss (ini yang paling popular) dan macam-macam lagi. Tapi aku lebih senang jika dipanggil Lis, nampak ringkas dan bergaya.
Sebenarnya aku cuma membuang masa membuat coretan yang ringkas-ringkas sahaja di sini. Tidak ada niat apa-apa pun sebab objektif utama aku di sini sebenarnya sudah tercapai. Oh, kenapa aku berdamping dengan kalian? Kalian ingat aku ini sahabat dan rakan taulan di kalangan anda semua? Silap besar tu. Ya, memang betul mulutku banyak pemanis dan manisan ini jugalah yang mampu membuat kalian terjun ke villa indah aku nun jauh di sana. Di mana? Oh, anda perlu mati dahulu baru dapat jawapannya. Anda silap besar jika anda ingat aku ini sahabat karib kalian, aku makhluk paling suci dan terpuji dari kalian, tapi akhirnya dikutuk Sang Pencipta lalu aku dihumban jauh ke villa aku sekarang ini. Aku berhak memjadi angkuh sebab aku lebih tua dari kalian semua. Tapi yang peliknya anda terus menerus mempercayai aku, tak kira masa dan waktu. Seakan magnet juga kata-kataku ini, bisa menarik kalian kepadaku. Syabas! Itu baru syok.
Aku ada banyak khadam. Mereka juga dikalangan manusia seperti anda. Jangan terkejut jika ada di kalangan mereka ialah emak ayah, pakcik makcik mahupun cikgu di sekolah anda. Dalam ruangan media sosial ini pula, ianya juga diciptakan oleh salah seorang khadam aku yang sungguh berjaya. Namanya Mark Zuckerberg. Ya, dialah usahawan internet termuda yang tersohor itu. Matlamat sebenar aku dan Mark mencipta laman sosial yang digelar "Muka Buku" ini cuma satu, untuk melalaikan kalian semua dari mengingat Sang Pencipta kita di atas itu. Aku tidak mahu tidur di villa indah aku itu keseorangan. Aku juga mahu teman seperti kalian.
Tidak perlu mengingatiNya, dia tidak penting bagimu. Lalaikan dirimu lagi dengan Muka Buku ini. Buat apa buang masa sujud di sejadah 5 kali sehari (itupun kalau ada yang sujud). Kau dan aku pun tahu, tiada faedahnya.
Objektif utama aku di sini sebenarnya sudah tercapai...
(Coretan cerkas dari Pakcik Lis)
Ustaz Ustazah pun guna Facebook jugak kan? So I think its the usage la..
ReplyDeleteIblis tu dia eksyen pasal dia dari api so kenapa mesti dia kena tunduk kat Nabi Adam yang dari lumpur.
iblis pandang Sebelah Mata je... tu pasal dia nampak lumpur je.. dia lupa, bukan setakat lumpur je, tapi ada Roh.. Roh tu yg spesial (:
DeleteFB ni sama jer macam makan nasi...kalau caranya tak betul...dua2 pun boleh bawa penyakit..
ReplyDeleteHaha..nice post izinkan aku share bro.
ReplyDeleteFb pun skang ni propa je lebih..
hahaha.. lis oh lis
ReplyDelete