Monday, February 22, 2016

Ulasan Buku : Jurnal Hidup Mati

Jurnal Hidup Mati (karya Tajrin Faruqi)
Rilisan RabakLit



Antara salah satu sebab kenapa aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan bacaan buku ini adalah kerana aku ingin imagine apa yang penulis ini ingin sampaikan. Buku ini ringkas saja, tebal pun tidaklah sampai 100 mukasurat. 

Di tempat aku agak susah nak dapatkan mana-mana buku terbitan Rabak-Lit ni. Kalau nak harapkan kedai buku seperti Smart Bookshop mahupun Popular Bookstore, memang tidak akan jumpa lah. Entah kenapa, mungkin ada isu terselindung yang orang awam macam aku ni tak tahu rasanya. Tak apalah, abaikan dulu perkara itu. Kalau nak sangat beli buku terbitan Rabak-Lit aku sarankan untuk beli secara atas talian sahaja. Cuma perlu like page rasmi mereka di Facebook mahupun di Instagram.

Berbalik kepada buku karya Tajrin Faruqi ini lagi, karyanya memang bagus dan mempunyai nilai kontemporari. Sesuai untuk bacaan bagi remaja-remaja generasi Y khususnya. Yang dari generasi tua macam aku ni pun rasanya tidak ada masalah dalam memahami konteks serta pengisian buku ini. Oh ya lupa nak bagitau, buku ini lebih menjurus ke arah penulisan sajak serta anekdit yang luar dari gaya penulisan cliche seperti di dalam buku teks sekolah dahulu. 

Adakalanya penulis bermain dengan isu-isu semasa serta pencarian nilai diri. Namun nilai eksentrik serta cara penyampaian si penulis membuat aku cuba menelaah secara mendalam. Penghujungnya agak pening. Namun aku berpuas hati sebab mampu menghabiskannnya dengan rasa lega sambil membuat kesimpulan bahawasanya Tajrin Faruqi ini gila baby genius dalam seni bawaannya. Pening, tapi tamatnya berbaloi.

No comments:

Post a Comment

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...