Monday, October 17, 2016

Sarawak Mini Zine Fest 2016 & Buku Jalanan Bintulu


Sarawak Mini Zine Fest 2016 (Poster rasmi dibuat oleh Aku Napie, seorang pelukis kartun indie)

Pada hari sabtu lepas iaitu bertarikh 15 Oktober 2016 kira-kira dalam pukul 4 petang begitu, berlangsung acara Sarawak Mini Zine Fest 2016 berserta Buku Jalanan Bintulu. Ianya dianjurkan oleh pihak Bisak Palak (sebuah distro kecil yang diusahakan oleh aku dalam mengetengahkan bahan bacaan seperti zine serta buku-buku indie) serta beberapa rakan dari komuniti Bintulu Buskers serta Buku Jalanan Bintulu.

 Bunting dipasang di bahagian depan tapak zine fest

 Saudara Marus serta Salam (salah seorang krew zine fest) berwefie dengan signage BJB


 Beberapa koleksi majalah untuk diberi secara percuma kepada khalayak ramai


Beberapa koleksi zine peribadi aku untuk dijadikan bahan pameran 

Sebenarnya ini merupakan kali pertama acara sebegini diadakan di bahagian tengah negeri Sarawak. Zine Fest yang pertama diadakan di Sarawak telah dibuat pada tahun lepas di Kuching. Ianya dibuat sekali dengan event gig punk. Aku pun baru tahu pasal perkara ni pun dari rakan-rakan. Kiranya acara zine fest yang aku serta rakan-rakan anjurkan ini adalah yang kedua dibuat seumpamanya di Sarawak.

Difahamkan Perlis Zine Fest juga dibuat pada hari yang sama bertempat di Gua Cenderawasih. Seminggu sebelum itu pun ada diadakan KL Zine Fest juga. Wah, macam pertandingan berbalas pantun pula majlis-majlis sebegini dibuat. Apa-apapun, tabik hormat buat semua penganjur yang buat event sebegini. Kalau diikutkan agak susah juga nak buat event yang mengetengahkan bahan bacaan ni, terutama sekali yang melibatkan zine.

Ok, kalau anda tak tau apa itu zine, sila klik di SINI.

 Beberapa zine serta buku-buku untuk dijual


 Hamka dari komuniti Bintulu Buskers. Vokali brader ni sedap beb, boleh sampai high pitch macam Black Mentor


 Bintulu Buskers


Nasrul (a.k.a. Korawk Al Naseer, penulis blog Geng Kereta Sapu) di sebelah kiri serta sahabat Fairol (kanan)

Acara ini berjalan dengan sempurna dan menambahkan lagi seri majlis ini ialah dengan kehadiran rakan taulan dalam scene music underground, sahabat-sahabat yang sering menyokong karya-karya tulisan anak tempatan baik dalam bentuk buku mahupun zine serta penglibatan geng Bintulu Buskers dalam memeriahkan lagi majlis ini. Tidak ketinggalan warga Bintulu yang sudi lepak dan borak berkaitan dengan hal-hal buku serta bahan bacaan yang lain. 

 Aku berwefie bersama "pelanggan-pelanggan" zine & buku

gambar jarak dekat untuk bunting

Pada awalnya, aku tak expect ramai pun yang akan datang. Syukur alhamdulillah sambutannya amat memberansangkan. Walaupun persiapan kami agak last minute dan tergesa-gesa sedikit namun ianya tidak mencacatkan majlis ini. 

Kepada rakan-rakan yang membantu, you guys are the best. Sukar nak diucapkan dengan kata-kata. Rasa terharu itu masih ada. InshaAllah tahun depan kita buat lagi.

9 comments:

  1. Kat tepi pantai ke event ni.cantik tempatnya.apa pun tahniah berjaya memganjurkan acara mcm ni.boleh memupuk masyrakat sana minat membaca.

    ReplyDelete
  2. Cantiknye tempat event korang ni. Win location, win event, win for the brain.

    ReplyDelete
  3. tahniah.. atas penganjuran yang paling berprestij ini.. antara zine fest yang terbaik di sarawak

    ReplyDelete
  4. by the way.. jom ke blog yusrina sekarang bro.. ada discography Y&T dari USA

    ReplyDelete
  5. baca dah kelmarin.. lupa komen, masuk balik. ahahaha. Bagus ni, beri satu bentuk riadah baru pada orang di sana. Teruskan!

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...