One Love, We Don't Need Another Love
One Love, One Heart And One Soul
We Can Have It All...
(One Love by The Stone Roses)
Aku sebenarnya agak lewat mengenali band ini, kira2 di antara tahun 1997 ataupun 1998, aku pun tak pasti. Band ini pun sebenarnya dah disbanded pada bulan Ogos 1996, tidak lama sebelum itu. The Stone Roses merupakan satu nama yang cukup gah dalam scene britpop/indie di UK suatu ketika dahulu terutama sekali dalam pergerakan yang dinamakan Madchester di mana kebanyakan band2 dari Manchester seperti The Smiths (legend! Idola aku dari dulu hingga kini), New Order, The Fall, James, Happy Mondays, The Charlatans dan banyak lagi, bersatu dalam menaikkan perjuangan muzik mereka.
Lagu pertama yang aku dengar dari band ini ialah "Fools Gold" yang diambil dari album pertama mereka. Itu pun aku tahu selepas menonton video klip mereka dari channel MTV.Well, it's like a love at first for me pada masa tu, pembawaan muzik mereka agak berlainan dari band2 britpop yang lain pada ketika itu. Sentuhan gitar John Squire dan bassline dari Mani semestinya penuh groovy dan funky pada lagu Fools Gold tersebut, elemen psychedelic juga amat ketara. Tak dilupakan ada lagu lain juga dari The Stone Roses yang juga berjaya mempengaruhi aku seperti I Wanna Be Adored, Waterfall, Ten Storey Love Song dan semestinya lagu yang pernah menjadi theme song di stadium Old Trafford suatu ketika dahulu iaitu "This Is The One".
CD inlay, the digipak cover and the CD
CD ini adik aku yang belikan di Pertama Complex KL pada bulan lepas. Biasalah cd begini mana ada jual di negeri aku ni, sudah dikira rare tahap space cop Gaban dah ni. Aku pun sebenarnya tak expect adik aku akan jumpa cd ni di KL pun. Akhirnya jumpa jugak haha Alhamdulillah.
Seperti yang sering dikesali oleh bro Ijau dalam blog dia, aku pun tak berapa suka packaging cd dalam bentuk digipak. CD ini diriliskan oleh pihak Sony Music. Mungkin disebabkan kegawatan ekonomi (?) kot sebab tu pihak Sony Music hanya mampu buat cd The Very Best Of ini dalam bentuk digipak sahaja. Apa2pun cover art untuk cd ini memang terbaik kerana ianya disertakan dengan lukisan abstrak yang dihasilkan oleh John Squire sendiri. Beliau juga menyumbang lukisannya untuk cover album pertama mereka dahulu. John Squire also used to be voted the 13th greatest guitarist of the last 30 years pada tahun 2010 yang dikelolakan oleh British Broadcasting Corporation (BBC).
Inlay yang mempunyai gambar mereka serta beberapa kata penghantar dari seorang journalist bernama John McCready
The Stone Roses yang dicontengkan. Hodohnya si Ian Brown buat muka duckface!
Songlist untuk CD The Very Best Of ini
CD ini merangkumi 15 buah lagu yang pernah mengangkat nama band ini suatu ketika dahulu. Bagi aku, tak rugilah rasanya memiliki cd ini juga anda merupakan enthusiast pada muzik britpop era 80'an mahupun 90'an. Walaupun hanya menghasilkan 2 buah studio album sahaja, namun The Stone Roses masih lagi menjadi bualan pemuzik2 genre alternative rock terutama sekali menjadi pengaruh kuat kepada band2 indie terkini seperti Coldplay, Radiohead, Blur mahupun Oasis (Noel Gallagher merupakan die hard fan untuk band ini).
Akhirnya, The Stone Roses telah pun reunited dan membuat comeback pada tahun 2011 yang lalu dan sekarang sedang sibuk membuat konsert jelajah mereka serata dunia (pernah buat show di Singapore tahun lepas). Dikhabarkan mereka akan menghasilkan studiom album ketiga mereka pada masa terdekat. Mudah2an ianya menjadi.
The Stone Roses - I Wanna Be Adored (Official Music Video)
The Stone Roses - She Bangs The Drum (Official Music Video)
The Stone Roses - Ten Storey Love Song (Official Music Video)
The Stone Roses - This Is The One (Live Version)
The Stone Roses - Fools Gold (Live @ Top Of The Pop)
Britpop : era muzik british menawan US semula selepas NWOBHM. Stone Roses ni pun aku pernah terjebak mendengarnya..heheh
ReplyDeleteBritish Invasion era 90'an masa tu bro...gua ingat lagi, sbb gua die hard fan utk band mcm ni masa tu...Stone Roses punya sound memang superb la...haha
Deletekalau tak silap aku masih simpan kaset Second Coming...terjebak juga pasal terpengaruh review dari Kerrang...
ReplyDeleteKalau u ada cd Second Coming tadi, dah lama gua nak trade atau beli dari lu bro haha...
Deletelayan band ni... hampir terbabit dengan britpop.. ( pengaruh budak ILP )
ReplyDeleteLu dah hampir, gua pulak melekat terus haha...byk jugak budak ILP layan band britpop masa dulu yer bro
Deletetahun 96 97... zaman britpop + hardcore + Blackmetal + macam macam... tahu sajalah..duduk dalam dorm..semua campur
DeleteAku pun menghadapi situasi yang sama semasa di sekolah menengah dulu bro haha bercampur aduk saja muzik yg aku dgr haha
Deletefew months back, stone roses ni main kat singapore.
ReplyDeleteaku was like, nak pegi tak nak, nak pegi tak nak, pasal walau aku tak tahu pasal ni band, tapi aku tahu dorang ni legend la dalam genre dorang,
last2 tak pergi ahha.
If I were you, i would go bro haha...mcm tengok Iron Maiden jugak, it's a once in a lifetime experience...
DeleteIni jam semua nak cari baju besar2.. Suar baggy.. Madchester katenye haha ..aku baru je ingat nk buat review cd debut dorang selftitled 1989.. I wanna be adored amat memukau pendengaran aku haha
ReplyDeleteJangan lupa haircut bentuk square dan fluffy mcm The Beatles bro haha...aku pun pernah buat rambut gitu dulu haha...takpa bro silakan buat review cd diorang bro...at least aku bukanlah the only The Stone Roses fan haha...
Deletewhy2 jenis music berbeza tp its still music hehe
ReplyDeleteMuzik itu bersifat universal bro...tiada halangan dalam bermuzik sebenarnya haha
Delete