Sebenarnya aku datang ke kedai ni tanpa dirancang. Tujuan sebenar aku ke tanah Semenanjung ni atas urusan kerja. Aku sampai ke KLIA2 pun dalam pukul 11 pagi begitu. Sampai je aku terus ambik Grabcar dan seterusnya mendaftar ke akademi yang akan aku jalani kursus keesokan harinya.
Bosan sebab duduk dalam hostel saja, aku dan rakan sekerja, Edham (bukan nama sebenar) telah membuat keputusan untuk keluar jalan-jalan cari pasal di sekitar kawasan tersebut. Kami pun menggunakan kaedah transportasi yang sama iaitu Grabcar. Kejutan budaya jugaklah dibuatnya bagi aku yang pertama kali merasai sendiri perkhidmatan transportasi yang serba mudah ini. Hanya menggunakan telefon pintar sahaja, anda dapat pergi ke mana-mana dengan harga yang murah jugalah.
Mula-mula kami lepak ke Alamanda di Putrajaya. Terasa macam membosankan sebab suasana dalam pusat membeli belah tu sama sahaja kalau nak dibandingkan di tempat aku. Lagipun aku datang ke sini tak bawa keluarga. Jadi keseronokan itu pun terbantut. Agak pointless kalau pergi bersiar-siar ke tempat ini kalau tak bawa family.
Lepas itu aku membuat keputusan untuk pergi ke Kedai Buku Mak Ali. Memandangkan perjalanan dari Putrajaya ke Kajang tidaklah jauh sangat. Lagipun aku sudah lama tak ke Kajang. Dulu masa zaman berlajar di kolej (nama kolej tersebut terpaksa dirahsiakan atas sebab yang boleh membawa kepada social panic attack) Kajang ni lah tempat aku singgah dan lepak dengan kawan-kawan di hujung minggu ataupun masa outing.
Sesampainya kami di Kedai Buku Mak Ali, kami lihat ada bengkel mengukir kayu sedang dijalankan. Masa tu jugaklah aku beramah mesra dengan Ali dan mak dia. Friendly giler wa cakap lu. Disebabkan suasana yang mesra pelanggan sebegini menyebabkan aku terbeli beberapa buku dan zine yang hebat di sini. Kawan-kawan yang mengikuti bengkel ukir kayu di boleh tahan ramai juga. Tekun sungguh mereka membuat hasil seni masing-masing.
Jangan risau. Ada rezeki nanti aku akan kembali ke kedai ni. Mana la tau kalau-kalau dapat lepak serta berborak sambil ngeteh dan pekena satey Kajang.
Cheers!
P/S: Di kedai buku ini juga ada dijual buku-buku hasil karya aku iaitu Pentagram Di Atas Pusara serta buku koleksi puisi Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram.
Grafiti di dinding yang sememangnya mantap
Dekorasi agak ringkas tetapi kekal menarik
Kelihatan beberapa orang belia sedang tekun mengukir kayu
Hasil kerja cetakan menggunakan wood carving
Semacam hasil karya Pangrok Sulap tetapi bukan
Aku dengan tak malu dan terhegeh-hegehnya berposing di hadapan kedai
Sempat bergambar kenang-kenangan bersama tauke kedai ini, saudara Ali Rafiq
Bengkel wood cutting bersama Benk, seorang artis dari Indonesia. Cantik betul hasil kerja beliau.
belum perna datang sini, nampak menarik
ReplyDelete"...sebab suasana dalam pusat membeli belah tu sama sahaja kalau nak dibandingkan di tempat aku"
ReplyDeletefuuuu~
mainan minda saja tu. kalo ikutkan alamanda best lagi dari bintulu time square. haha. disebabkan hati tak teringin nak bershopping so jadi kurang berminatlah nak ronda2 dlm alamanda.
Deletemainan minda saja tu. kalo ikutkan alamanda best lagi dari bintulu time square. haha. disebabkan hati tak teringin nak bershopping so jadi kurang berminatlah nak ronda2 dlm alamanda.
Deletekedai buku ni tersorok sket tempat dia kan...
ReplyDeleteya, ianya agak tersorok. terletak kat belakang pejabat pos kajang.
Deleteya, ianya agak tersorok. terletak kat belakang pejabat pos kajang.
Deleteinteresting
ReplyDeleteindeed sir
DeleteAku pun tak penah sampai lagi.nanti la ada masa nak jenguk jugak.org bintulu dah sampai aku yh dok kl ni tak penah lagi..hahah
ReplyDelete