Tuesday, May 2, 2017

Nuansa Di Antara Hari Buruh dan Budaya Membaca

Selamat Hari Buruh Sedunia.



Di atas merupakan beberapa bahan bacaan yang sesuai dibaca pada hari ini (1 Mei). Aku bersetuju dengan slogan yang sering diwar-warkan oleh Thukul Cetak iaitu "Bangsa membaca bangsa melawan".

Melawan dari segi apa, itu agak subjektif untuk dibincangkan. Tetapi ianya lebih terjerumus ke arah menyampaikan info tentang perjuangan nilai sama-rata untuk semua umat manusia, memperjuangkan hak asasi serta melawan ketidakadilan melalui ilmu itu sendiri.

Lapisan masyarakat yang menindas dan mendiskriminasi adalah golongan bourgeois yang tidak tahu diuntung, kental sifat ketidakpedulian dan cetek ilmu pengetahuan. Percayalah. Jika semua umat manusia cintakan ilmu dan cenderung ke arah minat membaca, maka tidak akan ada kasta-kasta yang membezakan kita. Malah masyarakat pasti akan lebih hidup harmoni dan bertoleransi. 

Khilaf dalam petualangan mengumpul ilmu semestinya wujud. Namun jika sifat adab yang tinggi diiringi dengan ilmu yang mantap, maka perbezaan akan dirai dengan lapang dada. Cinta terhadap ilmu itu harus disemai seawal usia yang mungkin. Ini tidak perlu diajar, intuisi ini seharusnya datang dengan sendiri. 

Namun apa kaitan di antara hari buruh dengan sifat suka membaca? Secara harfiahnya, setiap manusia yang menjejakkan kaki di atas bumi Tuhan ini dan tergolong di dalam golongan pertengahan samada sedar atau tidak adalah pekerja kepada sesuatu majikan, baik kepada majikan dari sebuah syarikat korporat yang berstatus antarabangsa mahupun perusahan kecil-kecilan yang didukung secara mandiri. 

Setiap persatuan sekerja yang dianggotai oleh ahli-ahli dari golongan buruh seharusnya sentiasa peka dengan apa jua perkembangan tentang hak asasi yang merangkumi aspek dunia pekerjaan masing-masing. Justeru itu, setiap ahlinya juga sentiasalah rajin dalam membaca beberapa buku penting yang melibatkan perihal pengurusan sesebuah organisasi, analisa struktur kewangan sesebuah syarikat serta perkara-perkara asas seperti perbandingan sistem pemerintahan yang berlandaskan pemikiran atau falsafah yang berbeza. Tidak salah rasanya jika kita mempelajari ilmu-ilmu yang kadang-kadang dirasakan tiada kaitan dengan corak kehidupan kita.

Akhirul kalam, tuntutlah ilmu sehingga ke negera China. Semoga ilmu yang bermanfaat dapat memberi seribu macam kesejahteraan ke dalam hidup kita.

"Dalam mengejar cinta, hanya yang berani mendekati yang akan memiliki. Kerana hati tak berkaki," - Malek Hussin

P/S: Sepatutnya post ini disiarkan kelmarin. Maaf.

4 comments:

  1. Replies
    1. biasa2 saja tuan. ada pegi tengok megadeth ka?

      Delete
    2. biasa2 saja tuan. ada pegi tengok megadeth ka?

      Delete
  2. Melayu malas membaca. Cuma kaum Melayu je suka bagi remark " panjangnya.. sapa boleh bilang aku artikel ni pasal apa? story ni pasal apa? aku malas nak baca".. and this keeps continue keturunan demi keturunan.
    Aku tak pernah dengar kaum Cina dan Kaum India mengeluh pasal artikel panjang. Dan jugak Melayu, aku kan suka tulis blog panjang2, Melayu suka cakap " kau ni tak penat ke tulis panjang2?".
    Well....

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...