Ulasan CD : 13 – Futile Resistance
Irama grindcore merupakan antara genre muzik ekstrim
yang kian mendapat tempat di tanah bumi kenyalang, Sarawak. Genre ini sudah
mula bertapak di beberapa bandar utama Sarawak seawall dekad 80’an lagi. Namun
ada beberapa nama yang harus diberi perhatian di dalam lingkungan muzik ini,
sebagai contoh ialah band trio yang menggelarkan diri mereka 13.
Band 13 ini sebenarnya mempunyai personel
yang bukanlah calang-calang orangnya. 2 daripada ahli kumpulan tersebut berasal
dari band Vormit, sebuah band grindcore berstatus lagenda, iaitu Robin (vocals
/ guitars) dan Said (drums). Pada bahagian vokal utama pula digarap oleh
saudara Yus. Band ini sudah beberapa kali turut serta dalam beberapa siri gig
di Sarawak dan antara pencapaian besar mereka ialah pernah menjadi opening act
untuk Sete Star Sept ( grindcore / noisecore dari Jepun) dan Aborted (death
grind dari Belgium). Ternyata
kredibiliti mereka sebagai sebuah band grindcore tidak seharusnya disangkal
lagi.
Berbalik kepada
ulasan CD ini, ianya mengandungi 50 buah lagu yang sudah pasti akan
menggegarkan gegendang telinga anda sehingga ianya mampu mengalami pendarahan
dalaman. Ya, amat benar sekali. Band 13 telah menghasilkan sebanyak 50 buah
lagu di dalam CD ini dan ianya diadun dengan baik sekali. Segala proses rakaman
serta mixing dibuat dengan teliti sekali. Sepatutnya koleksi lagu di dalam CD
ini diriliskan dalam pakej sebuah album lengkap, bukan hanya sekadar sebuah EP
dengan layout bertaraf amatur dan dilampirkan dengan CDR. Band ini seharusnya
jadi lebih besar dari yang kita sangkakan.
50 lagu?? wow
ReplyDelete