Monday, March 26, 2018

Ulasan Filem : Pengabdi Setan (2017)


Baru berkesempatan menonton filem ini. Jalan ceritanya menarik walaupun tersasar jauh dari storyline filem asalnya. Ianya sebuah filem yang bagus kerana punyai kesan khas (CGI) yang sederhana dengan adegan "jump scare" yang tidak keterlaluan namun mampu mengekalkan momentum seramnya sehingga ke babak terakhir.

Mengenai lakonan Bront Palarae, satu pujian harus diberikan buat beliau kerana berjaya membawa watak Ayah di dalam filem ini dengan baiknya. Walaupun ramai yang mengkritik watak Bront di dalam filem ini di mana semacam tidak sesuai dengan beliau atas sebab faktor usia (Bront dirasakan agak terlalu muda untuk bawa watak ayah), namun bagi aku ianya masih dikira dalam tahap bagus juga kerana lakonannya yang memberansangkan.

Cuma alangkah baiknya jika filem ini menggunakan tajuk yang lain. Mungkin sekadar pendapat peribadi aku sahaja. Bukan apa, mungkin aku masih lagi terkesan dengan vibe seram dari filem asalnya dahulu. Lantas membuat aku berharap agar ianya mempunyai storyline yang sekurang-kurangnya tidaklah lari jauh sangat dari filem asal. 

Pada pengakhiran filem ini pula, aku rasa pengarahnya sengaja membuatkan jalan ceritanya tergantung bagi membuka ruang untuk diadakan sequel di masa hadapan. Satu taktik yang bagus pada hemah aku. Apa-apapun buat peminat filem seram, semestinya anda tidak harus ketinggalan menyaksikan movie ini. Diharap akan ada pula remake untuk filem seram lain seperti Mystic In Bali, Nyi Roro Kidul, Misteri Rumah Tua (lakonan Noor kumalasari) ataupun Malam Jumaat Kliwon. Sekadar cadangan sahaja.

Pengabdi Setan Official Movie Trailer

Monday, March 19, 2018

Ulasan Ringkas Gig Miri Extreme 2.0 (Bertempat di Alice In Borneoland, Miri)


Gig : Miri Extreme 2.0
Date : 3rd March 2018
Venue : Alice In Borneoland, Miri, Sarawak

Backprint untuk t-shirt rasmi gig ini

Ini merupakan siri kedua untuk acara Miri Extreme, yang pertama telahpun dibuat pada tahun lepas. Kali ini pemilihan venue agak tepat dan bersesuaian iaitu Alice In Borneoland. Boleh dikatakan Alice In Borneoland memang sesuai digelar hub untuk pemuzik independent / underground untuk melampiaskan karya mereka di sini. Aku datang sedikit lewat kerana terpaksa menguruskan hal-hal keluarga. Namun begitu sempat juga aku menyaksikan persembahan band GLASSWAR beraksi di atas pentas. Seriously, band pertama yang perform pada event ini memang power. Betul-betul berantakan Alice In Borneoland dibuatnya. Semasa mereka membuat persembahan, ada penyatuan di kalangan crowd yang jarang aku temui; geng-geng skinhead, punk dan metal berkongsi mosh pit yang sama. Ini betul-betul hebat.

Seterusnya, band dari Bintulu pula beraksi. Tak lain tak bukan, semestinya NOGAS. Kali ini line-up mereka kembali sempurna kerana rakan mereka di posisi gitar sudah kembali menjalinkan tali silaturahim bersama mereka iaitu bro Fred Ellison. Haha. Persembahan mereka sudah semestinya tidak akan mengecewakan. Gila kau, band kedua dah cukup menggila. Termengah-mengah crowd dibuatnya.

 NOGAS

 NOGAS

NOGAS

Selepas NOGAS, kini giliran metalheads dari bumi Bintulu iaitu Erectus pula menyajikan santapan teragung mereka. Kali ini ada berlainan sedikit di mana mereka ada mempersembahkan beberapa lagu baru yang akan diriliskan tidak lama lagi dalam bentuk album. Ya, mereka bakal menghasilkan album pertama mereka. Full length album wow. Ini betul-betul menunjukkan komitmen yang tinggi. 

 Erectus

 Erectus

 Erectus

 Rody Erectus

Azrul Erectus / Tahi Suci

Selesai sahaja set Erectus, kini tiba masanya para peminat muzik ekstrim Miri diperdengarkan dengan irama punk rock dari negeri di bawah bayu. Tak lain tak bukan, semestinya Con-damn the corruptor. Setlist mereka dimulakan dengan lagu Sabahan Punk. Gila kau, lagu pertama dah chaos! Paling menarik dan teramat mengujakan ialah apabila crowd sama-sama sing-a-long dengan lagu tersebut pada bahagian korus. Aramaiti! 

 Con-Damn The Corruptor

 Con-Damn The Corruptor

 Ben Pangazou of Con-Damn The Corruptor

 Ben Pangazou of Con-Damn The Corruptor

 Ben Pangazou of Con-Damn The Corruptor

Ben Pangazou of Con-Damn The Corruptor

Selesai set dari Con-damn The Corruptor, kini giliran Tahi Suci (kugiran grindcore dari Bintulu) pula merampas stage. Aku malas nak komen lebih-lebih pasal band aku. Tak best pulak, macam angkat bakul sendiri kalau aku ceritakan pasal setlist kami ni. Haha. Biarlah crowd yang menyaksikan persembahan buat penilaian.

(Boleh rujuk persembahan kami di entri blog INI)

 Tahi Suci (photo credit : Zulkarnain)

 Tahi Suci (photo credit : Zulkarnain)

 Azrul (gitaris) dan Young Ariff (drummer) of Tahi Suci. (photo credit : Miri Underscene Photogore)

 Azrul of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)

 Young Ariff of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)

 Young Ariff of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)

 Pendekar Mustar of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)

 Pendekar Mustar of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)

 Pendekar Mustar of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)

Pendekar Mustar of Tahi Suci (photo credit : Miri Underscene Photogore)

Setelah penat melompat dan bergoleng-goleng di atas pentas (tak sedar yang aku dah terlalu tua untuk buat kerja ni haha) kami terpaksa habiskan setlist kami pada minit ke 19 kerana untuk memberi laluan kepada band hometown Hypertika. Entah kenapa, persembahan mereka kali ini semakin menyengat berbanding sebelum nya. Baik dari segi showmanship mahupun sound mereka, Hypertika telah membuktikan yang mereka layak untuk bermain di stage yang lebih besar. Satu perkembangan yang baik sebenarnya. 

 Hypertika

 Hypertika

 Hypertika

Hypertika

Apabila Hypertika selesai dengan setlist mereka, kini giliran Bronco Buster pula beraksi. Bronco Buster merupakan unit grindcore berasal dari Kuching. Nama mereka amat digeruni dalam scene grindcore / punk / hardcore di Sarawak. Band yang kekal aktif dan beroperasi lebih 10 tahun ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh crowd di Miri. Persembahan mereka benar-benar bertenaga. Lagu-lagu mereka yang mengadunkan pelbagai irama dari hardcore punk ke pure grinding blast beat memang menusuk kalbu. Ini betul-betul power tak ingat. 

 Bronco Buster

 Bronco Buster

 Bronco Buster

Bronco Buster

Seterusnya selepas selesai setlist Bronco Buster, giliran Terbabak pula memporak perandakan stage. Terbabak merupakan sebuah band grindcore dari Miri. Masih baru lagi ni tapi persembahan tetap power. Aku suka masa band ni cover beberapa lagu Sepultura disamping menyajikan beberapa lagu mereka sendiri. Diharap lain kali band ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti persembahan dan keluar dengan material sendiri di masa akan datang.

 Terbabak

 Terbabak

Terbabak

Selesai sahaja setlist dari band Terbabak, kini giliran Unconcious, sebuah band besi mati berasal dari Sibu pula menjahanamkan pentas. Band yang tidak asing lagi ini sering diberi jolokan Cannibal Corpse versi Sarawak ini semakin hebat mutu persembahannya. Ada kelainan pada persembahan mereka kali ini di mana terdapat 2 gitaris di dalam band tersebut. Hal ini menyebabkan frontman mereka iaitu tuan Zaha Unconcious menggalas posisi vokalis secara bebas dan lebih selesa. Satu lagi yang harus diberi pujian di mana ada peningkatan pada permainan drummer mereka berbanding show mereka sebelum ini. Syabas Unconcious.

 Unconcious

 Unconcious

 Unconcious

 Unconcious

Unconcious

Apabila Unconcious selesai bertarung, maka sebuah band death metal dari Miri bernama Nimang Ensera pula naik ke pentas. Band ini ada keunikannya yang tersendiri. Ada beberapa ahli band ini membawa beberapa alat muzik tradisional naik ke pentas seperti gong dan gendang, bagi melengkapkan lagi person serta persembahan mereka. Nimang Ensera sebelum ini pernah hiatus selama beberapa tahun, dan kini kembali dengan imej yang sungguh tribal dan istimewa. Mutu persembahan mereka juga sungguh mempersonakan di mana ada sesi ngajat juga diadakan selain mosh pit serta headbanging. Kebanyakan lagu mereka juga dalam bahasa Iban.

 Nimang Ensera

 Nimang Ensera

Nimang Ensera

Selepas selesai set Nimang Ensera, kini masa yang ditunggu telah tiba. Giliran Kherow pula membuat persembahan. Band yang menyambut anniversary mereka yang ke 20 ini sememangnya dinantikan oleh crowd di Miri. Persembahan mereka tidak disangkal lagi antara yang terbaik di Sarawak. Gimik "cengkaman dewa" oleh frontman mereka iaitu Bob sememangnya lain dari yang lain. Riff dan solo gitar tuan Zizie Row juga sememangnya masih menggerunkan dan harus diberi perhatian. All hail Kherow!

 Zizie selaku frontman Kherow

 Zizie selaku frontman Kherow


 Bob Mael selaku vokalis Kherow

Kherow

Rumusan yang dapat aku buat untuk gig ialah ianya sememangnya sebuah acara yang teramat sukses. Mana tidaknya, amat jarang kami di Miri ini menemukan situasi di mana para peminat dari aliran skinheads, hardcore punk, grindcore, death metal dan sebagainya berkumpul di dalam acara yang sama. Mereka membentuk moshpit serta headbanging bersama. Satu semangat brotherhood yang sungguh unik. 

 Dari Kiri : Ben (Con-Damn The Corruptor), Zaha (Unconcious) dan aku.

 Stuff distro aku yang dijual semasa event tersebut


 Official merchandise untuk band Nimang Ensera


Ben dan beberapa barangan dagangan yang dibawa beliau dari KK

Semoga Miri Extreme ini akan dibuat sebagai acara tahunan dan mudahan akan ada line up band yang lebih mengancam pada tahun akan datang.

NOGAS, Con-Damn The Corruptor dan Tahi Suci

Sebuah video / montage sepanjang event tersebut berlangsung
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...