(gambar sekadar untuk hiasan)
Pernah terfikir nak quit main muzik, lepas tu main muzik balik. Itu beberapa tahun lepas, kira macam soul searching experience. Agak susah untuk keluar dari lingkaran tersebut. Mungkin disebabkan banyak rakan-rakan yang kata "tak payahlah berhenti. Slow down sedikit bolehlah".
Tapi ianya tidaklah sejijik seperti dadah. Muzik jauh lebih mulia daripada hisap kokain ataupun ketagihan heroin walaupun hakikatnya ramai idola muzik mati disebabkan benda alah itu. Muzik pada asalnya tidak bersalah dalam apa jua kegiatan jenayah yang dilakukan oleh sesetengah pemuzik yang mempunyai masalah tersebut.
Muzik ini boleh kita anggap macam perkakas yang ada di rumah. Macam pisau misalnya. Ianya boleh digunapakai untuk tujuan memotong daging atau sayuran. Jika anda mempunyai mentaliti seperti Ted Bundy ataupun Charles Manson, barangkali pisau itu juga digunakan untuk membunuh jiran sebelah rumah anda yang suka main trumpet tengah malam (rujuk filem Seniman Bujang Lapok).
Setelah memikirkan tentang hal ini (quit playing music) semasak-masaknya, aku ambil keputusan untuk tidak berhenti. Tetapi cuba untuk meneroka benda lain yang berkaitan dengan muzik seperti bisnes distro, buat fanzine ataupun menulis tentang muzik di media sosial dan mengumpul album artis yang diminati dalam pelbagai format seperti CD, piring hitam dan kaset (yup, scene dengar kaset masih hidup). Dalam masa yang sama, aku masih lagi aktif bermain muzik dengan kumpulan yang aku asaskan beberapa tahun lalu. Passion masih ada cuma tidak terlalu agresif seperti dulu.
Aku kena terima kenyataan yang aku tak dapat lari muzik. Mungkin dengan usia aku sekarang, balance antara dunia dan akhirat harus ada. Ada pro dan kontra. Nak kejar status rockstar tu, tak payahlah. Dulu masa masih muda remaja mungkin bolehlah. Tapi rasanya benda tu tak penting. Keterujaan bermain muzik itu mengalahkan segalanya. Aku anak seni. Aku akur dengan takdir itu.
Menjadi seorang pemuzik yang bagus ni, kita tidak seharusnya fokus dan satu genre sahaja. Pemikiran tidak seharusnya terlalu jumud. Bak kata pepatah, muzik itu sifatnya universal. Ianya tidak ada sempadan mahupun batasan. Kalau kita ingin berjaya, cubalah bereksperimentasi sebaik mungkin dan buatlah dengan ikhlas serta minat yang tinggi. Namun jika anda adalah seorang pemuzik punk rock misalnya, jadilah seorang punk rocker yang versatile. Cuba untuk mengamati muzik crossover thrash punk, ska, pop punk ataupun metal punk seperti Motorhead, sekadar memberikan contoh ataupun metafora.
Itulah yang aku buat dulu dan masih mengamalkannya sehingga ke hari ini; cuba untuk mencabar diri sendiri dalam bermain di pelbagai genre. Tak kesahlah orang nak kata kita poser atau apa pun. Janji kita ada passion dalam apa yang kita buat. Kalau tak ada passion, buat apa-apapun pasti tak akan jadi. Begitu jugalah dengan hobi aku iaitu muzik.
Kalau kau nak suruh aku minat memancing, memandu motosikal berkuasa tinggi, menjahit, modifikasi kereta ataupun berbasikal memang payahlah. Aku bukan reti pun. Lagipun nanti ianya akan jadi hangat-hangat tahi ayam. Minat sekejap sahaja. Haha.
"Bahtera" by Adi Herman
rujuk komen dalam facebook
ReplyDeleteok noted hahaha
Delete