Ok mungkin aku kali ini agak bias disebabkan aku pun dah ingat2 lupa siri filem2 Evil Dead yang sebelum ini, cuma yang masih segar di ingatan ialah Army Of Darkness di mana watak utamanya Ash kembali ke zaman dark ages untuk mendapatkan buku Necronomicon ataupun dengan nama lainnya Naturom Demonto. Oh well whatta hell! Just let me carry on with my opinions, will ya!
Untuk versi reboot ini, rasanya bagi peminat tegar filem2 Evil Dead sebelum ini tidak akan terasa sangat keganjalan kerana difahamkan Sam Raimi serta Bruce Campbell masih lagi terlibat dalam pembikinan filem ini, cuma hanya bertindak sebagai penerbit eksekutif sahaja. Entah la, setelah selesai buat Spiderman Trilogi (hero ialah Tobey Maguire, bukanlah si Andrew Garfield yang lakonannya tak berapa bagus tu), Sam Raimi seringkali jadi penerbit sahaja berbanding sebelum ini. Yang tak best nya pula kebanyakan filem yang dia jadi penerbit selalunya agak flop dan kurang mendapat perhatian seperti filem Drag Me To Hell, Priest dan The Possesion. Keadaan ini juga berlaku pada seorang lagi pengarah yang aku hormati tapi seringkali merasa selesa merangkul tanggungjawab sebagai penerbit daripada menjadi pengarah iaitu Guillermo Del Toro. What is wrong with these people?
Akan tetapi walaupun filem reboot Evil Dead ini diarahkan oleh Fede Alvarez, seorang sutradara muda (berasal dari Uruguay) yang masih mentah dalam dunia perfileman Hollywood, ternyata ianya tidaklah mengecewakan. Harus diingat, jika anda mengharapkan kali ini ada diterapkan unsur2 kelakar atau humor di dalam filem Evil Dead, jangkaan anda pasti meleset. Walaupun Fede Alvarez hanya baru sahaja menghasilkan satu short film yang bertajuk Ataque De Panico!, namun cara beliau menyusun plot tertentu di dalam filem reboot ini boleh dikatakan agak impressive jugak la. Nice work for a beginner!
CGI serta beberapa kesan khas dalam filem ini pun agak memberansangkan jugak. Tujuan utama filem ini dibuat ialah untuk menunjukkan kesan gore, brutality serta angker yang teramat sangat dan bagi aku matlamat itu berjaya disampaikan kepada para penonton. Serius cakap, tak senang duduk aku dibuatnya semasa menonton filem ini dari awal hingga akhir.
Kesimpulannya, kepada peminat2 filem Evil Dead yang tegar, silalah menonton filem ini. Anda tidak akan kecewa menontonnya, walaupun sentimental values masih ada pada beberapa karya yang sebelumnya. Itu tidak aku nafikan sebab filem2 Evil Dead yang terdahulu sudah dikira bertaraf cult! Untuk lebih berkesan lagi dan merasakan ketakutan yang amat sangat (ermm takut la sangat), aku sarankan kalian menonton filem ini seorang diri di dalam bilik yang gelap. I did it...dan ia membuatkan aku asyik terbayang muka Mia (watak utama dalam filem ini lakonan Jane Levy) semasa dia dirasuk oleh demon yang diberi gelaran The Taker.
I Will Rip Your Soul, Daddy!
Evil Dead 2013 - Official Movie Trailer
Cerita memang menarik, tapi aku masih sik berapa nak layan cerita mcm tok..hehe
ReplyDeleteHaha taste masing2 tuan marus, apa yg pasti filem tok antara yg angker tahun tok di hollywood
DeleteXbrp follow sgt evil dead ni.. Hanya tgk evil dead 2.. Cuma tgh cari film "it".. Tu pada aku seram gler ar
ReplyDeleteStephen King's IT memang angker dari dulu hingga sekarang bro...Pennywise The Clown merupakan antara watak horror paling menyeramkan, pada pendapat aku la.
DeleteMasa dulu tengok evil dead kat sekolah, cikgu pasang kat bilik darjah haha. Yg evil dead remake ni aku tengok gezek je, giler ngeri
ReplyDeleteWow! Tengok filem Evil Dead di sekolah? Hebat betul cikgu tu haha...nice
Deleteni antara cerita2 hantu tengok zaman tape video VHS...kenangan....tapi yang baru ni lum tengok lagi...
ReplyDeleteKena tgk yg reboot version ni bro, pastu baru boleh buat perbandingan. Hehehe
Delete