Mulai 8 April 2021 yang lalu, Sabah dan Sarawak tidak lagi disebut sebagai negeri akan tetapi ditukar panggilan kepada istilah lain iaitu wilayah. Ramai yang terkejut dengan perubahan ini. Ada pelbagai pandangan yang aku baca, baik di media sosial mahupun di beberapa portal berita yang sahih. Kebanyakannya lebih ke arah menyuarakan pendapat masing-masing.
Sebenarnya perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dibahaskan. Ianya sudahpun diperkatakan sejak penubuhan Malaysia dahulu di mana ianya menggabungkan 4 wilayah iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Akan tetapi malangnya Singapura tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1965 disebabkan beberapa isu politik. Jika kita meninjau balik beberapa perkara di dalam Malaysia Agreement 1963 yang berbunyi:
Name, States and territories of the Federation
1. (1) The Federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia.
(2) The States of the Federation shall be –
(a) the States of Malaya, namely, Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negri
Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor and Trengganu; and
(b) the Borneo States, namely, Sabah and Sarawak; and
(c) the State of Singapore.
(3) The territories of each of the State mentioned in Clause (2) are the territories
comprised therein immediately before Malaysia Day.
Ternyata sejak dari dulu lagi terma "negeri" tidak terpakai untuk Singapura, Sabah dan Sarawak. Namun persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang hendak digunapakai istilah ini? Kenapa tidak dari dulu lagi?
Ianya semua disebabkan pucuk pimpinan sebelum ini, baik dari kerajaan pusat mahupun negeri yang semakin melupakan asal usul pembentukan Malaysia dahulu. Dari perspektif Sarawak pula, kesedaran ini timbul balik semasa pimpinan Allahyarham Tok Nan a.k.a. Tan Sri Pehin Sri Adenan Satem dahulu yang banyak mempersoalkan kembali beberapa isu berbangkit tentang hak-hak wilayah yang termaktub di dalam Malaysia Agreement 1963 dahulu. Banyak isu yang dibangkit kembali, kalau dicerita pun jenuh aku menulisnya.
Negara Malaysia sebenarnya tidaklah jauh beza dengan situasi formasi United Kingdom di mana ianya terbahagi juga dengan beberapa negara bersekutu iaitu England, Scotland, Wales dan Utara Ireland. Negara-negara di dalam United Kingdom sudah lama mempraktikkan kuasa autonomi masing-masing tanpa menjadikan England sebagai kuasa mutlak dalam pemerintahan. Persoalannya sekarang, mampukah Sabah dan Sarawak melaksanakan pemerintahan serta memperjuangkan kuasa autonomi masing-masing seperti di United Kingdom sedangkan sudah hampir 58 tahun dilupakan terma "wilayah" tersebut?
passport (DPT) aku dah expired 20 Mei ��
ReplyDelete