Sebenarnya aku bukanlah orang yang obses sangat dengan anime mahupun komik manga. Aku rasa komik manga terakhir yang aku baca ialah Ichi The Killer, yang kemudiannya telah diadaptasikan ke layar perak. Versi filemnya pula dikatakan filem gore dan brutal paling popular di Jepun. Dahsyat betul komik ni. Darah, organ dalaman badan dan aksi mengarut (18SX) sentiasa ada.
Berbalik kepada tajuk asal, kalau diikutkan aku meminati anime Demon Slayer ini secara tidak sengaja. Ianya bermula setelah anak aku pulang dari Kuala Lumpur bersama ibu bapa aku ketika awal musim PKP tahun lepas. Kalau tidak silap sekitar akhir bulan Mac begitu.
Sebaik sahaja anak perempuan aku sampai ke rumah, hanya satu perkara yang dia nak sangat aku buat pada masa itu. Dia nak suruh aku tengok episod pertama anime Demon Slayer di YouTube. Dia cakap ayah mesti suka anime ni. Tapi aku buat sambil lewa sahaja ketika itu. Ini disebabkan aku masih lagi terikat untuk menghabiskan siri TV Peaky Blinders dan The Kingdom di Netflix.
Anak perempuan aku cakap anime ni tengah trending sekarang. Sebagai seorang ayah yang agak skeptikal dan sedikit kebelakang, ianya mengambil masa yang agak lama untuk aku merasa yakin menonton anime tersebut. Lebih kurang seminggu selepas itu, aku pun tengoklah episod pertama Demon Slayer ini di YouTube. Persepsi pertama aku selepas selesai menontonnya ialah, Wow! Sudah agak lama aku tak merasa seronok begini ketika menonton anime.
Demon Slayer asalnya merupakan sebuah komik manga yang diciptakan oleh Koyoharu Gotoge dan disiarkan di Weekly Shonnen Jump pada Februari 2016 sehingga Mei 2020. Versi anime nya pula bermula pada April dan berakhir pada September 2019. Ianya dikeluarkan oleh syarikat produksi Ufotable.
Ianya mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Tanjirou Kamado yang berhadapan dengan situasi yang memilukan dan agak malang di mana hampir semua ahli keluarga mati dibunuh dan dimakan oleh syaitan (demon) di rumahnya. Hanya adik perempuannya Nezuko Kamado sahaja yang masih hidup, itupun telah bertukar menjadi syaitan. Namun keunikan yang ada pada Nezuko ialah ianya tidak memakan manusia dan sering berada di samping Tanjirou setiap masa. Tanjirou berazama untuk mencari penawar bagi memulihkan adiknya yang terkena virus syaitan itu. Kalau di Malaysia, watak Nezuko digelar sebagai demon comel yang suka makan lemang (?).
Anime ini mengingatkan aku dengan sebuah lagi siri manga terkenal di Jepun suatu ketika dahulu, Yuyu Hakusho. Konsepnya hampir sama, manusia melawan syaitan dalam beberapa pertarungan yang dramatik dan sengit. Cuma bezanya, jalan cerita Demon Slayer dirasakan lebih menarik kerana ianya lebih teratur berbanding Yuyu Hakusho.
Hurm, sekarang ni tak pasal-pasal aku pulak jadi "Otaku" dengan siri anime ini. Tapi secara keseluruhannya, anime ini sungguh menarik kerana banyak faktor. Antaranya ialah jalan cerita yang menarik, babak pertarungan yang dramatik dan diiringi dengan kesan khas CGI yang lebih moden berbanding anime yang lain (pada persepsi aku lah) serta penampilan watak-watak yang mencerminkan budaya orang Jepun di masa silam.
zaman awal 2000an dulu rajinlah layan macam2 anime... zaman hype sedut torrent, berkongsi2 (copy) anime dengan rakan penyedut lain, kau sedut tajuk ini aku sedut tajuk ini, jadi taklah semua orang sedut benda yang sama
ReplyDeletesekarang dah tak terlayan anime, paling2 masih bertahan ialah One Piece, itupun mampu layan versi manga saja
sekarang dah terlalu byk anime yg popular dan susah nak catch up juga sebenarnya
DeleteNi kalau tanya anak aku memang terer la dia pasal Demon Slayer ni... kalau aku Slayer jer aku tau...hahaha...
ReplyDeletekalo metalheads, dia tak sebut slayer bang. depa sebut "slayarghhhhh" hahaha
Delete