Thursday, August 19, 2021

KENANGAN SEWAKTU MENDAPAT KEPUTUSAN SPM DAHULU


Aku adalah di antara kebanyakan pelajar yang mendapat keputusan SPM yang sederhana sahaja dahulu. Masa itu tahun 1998, aku ketika itu di dalam aliran sains ekonomi, ianya merupakan aliran yang berada di tengah-tengah, antara sains dan sastera. Masa pelajaran yang paling aku rasa susah untuk mendapat keputusan yang baik ialah prinsip akaun.
Di antara tahun 1997 sehingga 1998, aku yang berada di aliran sains ekonomi terpaksa mengambil beberapa subjek khas seperti ekonomi asas dan prinsip akaun. Ketika itu aku rasa struggle juga disebabkan pada asalnya aku memang tak reti dengan hal-hal berkaitan akaun ni. Seringkali mendapat markah 0 di dalan kelas apabila tiba peperiksaan semester, ianya membuatkan aku seringkali merasa yang aku tidak sesuai dengan aliran ini. Tapi masalahnya ketika itu, aku masih di dalam dilema iaitu sukar memilih aliran mana yang sesuai dengan jiwa dan perwatakan aku.
Aku masih ingat lagu kata-kata cikgu subjek prinsip akaun masa itu. "Awak ni memang tak ada harapan la dalam subjek accounting," kata-kata itu masih lagi terngiang-ngiang di kepala sehingga ke hari ini. Aku tidak putus asa walaupun kata-kata tersebut terasa seperti makian ataupun cacian. Aku rilek saja dan dalam masa yang sama aku cuba untuk perbaiki diri.
Beberapa bulan sebelum SPM, aku mula mendapatkan latihan intensif daripada seorang rakan sekelas yang pandai dengan subjek prinsip akaun ni. Masa itu amat susah nak cari kelas tuisyen untuk subjek tersebut, jadi terpaksalah cari kawan yang pandai mengajar dan bijak dalam matapelajaran ini. Alhamdulillah setelah selesai mengambil ujian subjek tersebut ketika SPM, akhirnya keputusan yang aku dapat untuk prinsip akaun boleh dikatakan amat membanggakan walaupun sekadar kredit sahaja. Sekurang-kurangnya tidaklah dapat E dalam subjek tersebut.
Aku juga seharusnya berterima kasih buat sahabat aku Adi Jaya (nama pun hampir sama dengan aku haha) kerana banyak membantu aku dalam subjek tersebut. Sekarang beliau pun sudah jadi pensyarah di salam sebuah IPT tempatan di sini dan mengajar subjek perakaunan juga. Haha.
Manakala aku pula yang asalnya merasakan sangat bodoh dalam menerima ilmu berkaitan perakaunan akhirnya melanjutkan pendidikan di dalam subjek tersebut dan sehingga ke hari ini masih lagi mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan akaun di dalam sektor kerajaan. Ironi sungguh, pada awalnya aku sangat benci dengan subjek ini namun akhirnya inilah pekerjaan yang aku buat sehinggalah aku pencen nanti. Haha.
Apakah pula kenangan kalian semasa menerima keputusan SPM dahulu? Cuba ceritakan.

Photo Credit : Mau Makan Apa






6 comments:

  1. sejak form 4 add math aku tak pernah lulus waktu ujian, peperiksaan, percubaan SPM, markah biasa belas-belas peratus sahaja

    tapi waktu SPM magic pula, cukup-cukup untuk lulus

    ReplyDelete
  2. Zaman aku tak ada pilihan...kalau keputusan SRP (orang tua...hahah) ko baik...otomatik ko kena paksa masuk aliran sains walaupun ko tak minat... memang struggle la belajar benda yang ko tak minat...ntah kenapa aku rasa susah sangat add math SPM sampai aku melingkup...tapi bila aku sambung belajar di IPT...kena ambik subjek yang hampir sama dengan add math... senapas pulak aku lulus...

    ntah lah...mungkin bila benda tu kita rasa susah ianya akan jadi susah...tapi sebenarnya kalau betul2 mencuba...tak lah sesusah mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian bang hehe

      Delete
  3. cikgu aku dulu perna cakap dia sudah tak tahan dengan perangai kenakalan kebodohan aku. Kamu ni besar nanti nak jadi apa nanti kalau tak belajar sekarang.. gitulah lebih kurang katanya.. dan keputudan T semua tu adalah keputusan SPM aku.. sukarnya hidup aku lalui tanpa spm tu. mungkin aku tak mengerti lagi masa tu apa yang cikgu tu maksudkan. bagi aku manusia juga hiduplah tanpa spm. hakikatnya memang perit melalui hari2 sukar dan penuh dengan rasa kegagalan. syukurlah hidup juga. mungkin jalan hidup saja berbeza andai aku ada spm dengan keputusan cemerlang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pa bang janji akhirnya kita tetap jadi manusia bang

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...