MENGENANGMU DI DALAM DOA KAMI
Hari ini sudah genap 5 tahun arwah adikku Alifh Omar meninggal kami buat selamanya. Segalanya berlaku terlalu pantas, tanpa disedari pemergiannya sudah pun menjangkau 5 tahun.Selepas pemergian adinda kami Alifh Omar, aku serta keluarga dalam keadaan yang teramat sedih. Ketika itu, aku bagaikan tiada semangat nak turun kerja, kadang-kadang terasa macam putus asa untuk teruskan kehidupan. Aku asyik terfikirkan arwah dan juga keadaan ibu bapaku yang masih trauma dengan kejadian itu. Ibu bapaku bukanlah sihat sangat. Berita yang mengejutkan seperti ini membuatkan mereka menjadi kemurungan serta sakit serta-merta.
Alhamdulillah, berkat sentiasa ingat dengan Allah dan menerima qada dan qadarnya, kami sekeluarga sedikit demi sedikit mampu meneruskan kehidupan. Walaupun masih sukar untuk keluar dari kepompong kesedihan, namun demi anak-anak (terutama sekali anak-anak arwah), hidup ini harus diteruskan juga.
Mana mungkin kami dapat melupakanmu. Sedangkan namamu masih lagi berlegar di dalam setiap doa-doa kami. Semoga Allah mencucuri rohmu dengan segala rahmatNya dan meletakkanmu di kalangan golongan orang-orang yang dicintaiNya.
Kami terlalu merinduimu.
Allahu marghfirlahu warhamhu wa'a'fihi wa'fu'anhum
aku berita/cerita macam ni paling kesian dengan anak-anaknya... sekarang ni apa-apa yang melibatkan anak-anak pasti aku akan jadi hati tisu
ReplyDeletebenar, amat terasa kalo teringat pasal anak2
DeleteInna Lillahi wa inna ilayhi raji'un. Semoga roh arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan anak-anak arwah menjadi insan yang berguna baik di dunia mahupun di akhirat.
ReplyDeleteamin2 inshaAllah
Delete