ULASAN PALING RINGKAS FILEM : THE SUICIDE SQUAD (2021)
Apabila hype tentang filem ini sudah semakin reda, aku baru nak mula menontonnya. Kalau diikutkan, filem pertama Suicide Squad (2016) yang dulu, aku tak berkenan sangat. Storyline berterabur dan banyak potholes yang menuntut untuk diterangkan tapi sampai ke sudah masih lagi tergantung. Bahagian paling sakit hati ialah apabila screentime Joker lakonan Jared Leto hanya sekejap sahaja, ibarat apabila duduk, punggung masih belum panas tapi sudah diajak berdiri (perumpamaan entah apa-apa ni).Akan tetapi berbeza dengan The Suicide Squad (2021) kali ini di mana jalan ceritanya lebih teratur, straightforward dan tidak banyak plot kecil yang kadang-kala dirasakan tidak penting (seperti yang terdapat di dalam Suicide Squad tahun 2016). Ada eloknya juga David Ayer iaitu pengarah asal dari bahagian pertama tidak lagi mengarah filem kesinambungan ini akan tetapi diberikan tugasan arahan kepada James Gunn. Kalau cerita tentang anti hero dan mempunyai unsur dark comedy, James Gunn memang pilihan yang bijak dalam menjadi pengarah untuk filem sebegini.
Dari segi humor, punchline yang dihidangkan memang terbaik walaupun ada beberapa babak komedi tersebut dilihat seperti dikitarsemula. Mungkin ini filem santai, penonton pun tidak perlu fikir dalam sangat nak menilainya. Hanya perlu go with the flow. Dari aspek grafik dan juga babak pertarungan, filem ini dilihat biasa sahaja. Namun babak di mana bangunan Jotenheim runtuh dan berlakulah huru-hara, bahagian inilah yang menjadi titik klimaks dalam filem ini. Ianya sangat enjoy untuk ditonton.
Rating? 4 / 5
posternya macam style filem lama
ReplyDeleteyup haha
Delete