ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : AFRO SAMURAI (2007)
Watak kulit hitam pada asalnya sangat jarang diketengahkan di dalam mana-mana siri anime mahupun manga. Jika ada pun hanya menjadi watak sampingan ataupun antagonis. Namun begitu, siri anime Afro Samurai ini menyangkal stereotaip tersebut lantas memecahkan tradisi di mana watak kulit hitam menjadi protagonis (watak utama).Diasaskan oleh pelukis manga Takashi Okazaki, manga untuk siri ini pernah diterbitkan pada November 1998 sehingga ianya tamat sekitar September 2002. Pada tahun 2007 pula, siri manga ini diadaptasi ke dalam bentuk anime dan diriliskan oleh syarikat penerbitan Gonzo. Untuk siri animenya pula hanya diterbitkan sekadar 5 episod sahaja. Namun begitu, penceritaannya tetap terbaik dan penuh dengan aksi pertarungan yang mendebarkan.
Antara faktor lain yang menjadi tarikan siri anime ini ialah kehadiran pelakon Hollywood iaitu Samuel L Jackson selaku voice actor utamanya. Suara Samuel dipinjamkan untuk menghidupkan 2 watak utama iaitu Afro Samurai sendiri dan juga Ninja Ninja, rakan peneman Afro semasa dalam petualangan.
Runut bunyi untuk siri anime ini juga banyak dipengaruhi dengan muzik hip hop dan ianya dihasilkan oleh rapper RZA dari kumpulan Wu Tang Clan. Jika di zaman 90'an dahulu, kumpulan hip hop Wu Tang Clan ini sama hebatnya seperti unit rap yang lain seperti Cypress Hill, Bone Thugs N Harmony, NWA, Public Enemy dan banyak lagi. Kehadiran RZA dalam memeriahkan siri anime ini sangat membantu sebenarnya dalam membawakan mood percantuman budaya barat bertemu timur (east meet west).
Jika anda menyukai siri anime berkonsepkan "seinin manga" (pengkhususan untuk pembaca lelaki dewasa dari umur 18 sehingga 45) dan berorientasikan pertarungan samurai yang kejam dan tiada belas kasihan seperti Ninja Scroll (sebuah filem anime berkonsepkan aksi bela diri yang pernah popular sekitar dekad 90'an dahulu), maka Afro Samurai sangat sesuai untuk anda. Secara peribadi, siri anime ini antara yang menjadi kegemaran aku dan sering ditonton semula.
No comments:
Post a Comment
silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad