ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : UZAKI-CHAN WA ASOBITAI! - UZAKI CHAN WANTS TO HANG OUT (2020)
Kalau anda seorang yang selalu mengikuti siri-siri anime Jepun, mesti anda sudah terbiasa dengan lawak cringey dan miang mereka, kan? Elemen sebegini sebenarnya sudah lama bertapak di dalan industri pembikinan anime dan rasanya seakan-akan terbiasa dengan lawak sebegini. Masakan kita boleh lupa dengan watak miang seperti Master Roshi (juga dikenali dengan nama Datuk Kame) di dalam anime Dragonball. Ada banyak lagi contoh, cuma aku saja yang lupa.Tidak terkecuali juga dgn siri anime ini iaitu "Uzaki-chan Wa Asobitai" (Uzaki-chan Wants To Hang Out) tetapi pendekatannya sedikit berbeza kerana lebih fokus kepada unsur komedi romantik dan tidak terlalu menyentuh tentang lawak miang walaupun ada beberapa watak di dalamnya menyerlahkan lagi sisi tersebut.
Siri anime ini mula ditayangkan pada 10 Julai 2020 dan masih lagi berterusan sehingga sekarang. Anime ini juga diambil dari manga hasil karya Takè dan diarahkan oleh Kazuya Miyura. Siri anime ini merupakan sebuah karya di bawah syarikat produksi ENGI (antara anime lain yang dihasilkan oleh syarikat ini ialah "Kemono Michi : Rise Up").
"Uzaki-chan Wa Asobitai" mengisahkan tentang seorang gadis berusia 19 tahun bernama Hana Uzaki yang baru sahaja memasuki sebuah kolej. Semasa sesi pendaftaran, dia terserempak dengan seorang senior yang sama belajar dengannya ketika di sekolah menengah dahulu. Senior yang bernama Shinichi Sakurai ini pernah mengajar Hana Uzaki berenang ketika sama-sama memasuki kelab renang di sekolah menengah dahulu. Namun disebabkan perangai Sakurai yang suka menyendiri menyebabkan Uzaki benar-benar mahu mengubah personaliti abang seniornya itu menjadi seorang yang pandai bersosial.
Di Jepun, siri ini mendapat pelbagai reaksi dari penggemar anime. Ada yang berpendapat bahawa siri anime ini tidak mengikut jalan cerita sebenarnya seperti di dalam manga. Kalau diikutkan banyak juga siri anime lain yang tidak setia dengan jalan cerita asal seperti yang terdapat di dalam manga. Ini bukanlah isu baru sebenarnya. Antara perkara lain yang menjadi topik perbincangan peminat anime ialah watak Uzaki-chan itu sendiri yang dilihat terlalu menjengkelkan. Kebanyakan yang berpendapat sedemikian ialah para otaku dari luar negara. Secara peribadi aku tidak merasakan watak tersebut menjengkelkan. Kita kena faham, siri anime ini lebih menghala ke arah komedi Jepun. Sense of humor yang digunakan pun lebih ke arah pemahaman masyarakat Jepun yang mutakhir.
Kesimpulannya, siri anime ini memang seronok ditonton. Jalan ceritanya juga menarik disamping kita dapat menyaksikan bagaimana setiap watak di dalamnya berkembang. Tidak sabar untuk menonton episod yang seterusnya.
Rating? 3.5 / 5
No comments:
Post a Comment
silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad