ULASAN RINGKAS SIRI NETFLIX : GOEDAM (2020)
Kalau kita bercerita tentang kehebatan filem-filem horror dari Korea Selatan, sudah pastinya kebanyakan daripadanya jarang mengecewakan. Kali terakhir aku menonton filem seram Korea ialah "Gonjiam : Haunted Asylum" dan "The Wailing" (kegemaran aku ni). Industri perfileman Korea Selatan sekarang ini sudah mencapai tahap yang membanggakan. Apatah lagi semenjak filem Parasite (2019) memenangi anugerah di Academy Award awal tahun ini, industri perfileman Korea sudah mendapat perhatian dunia dan kualiti mereka jauh lebih maju daripada kebanyakan negara Asia lain.Siri Netflix berjudul Goedam ini pula lebih fokus kepada penyampaian elemen seram dalam format filem pendek (short films) yang kebiasaan kita jumpa di YouTube. Cuma kali ini ianya dilihat lebih tersusun dan mengikut turutan walaupun hakikatnya kesemua 8 episod di dalam siri ini saling tidak berkait rapat. Setiap episod hanya memakan masa lebih kurang 5 ke 8 minit sahaja. Cuma episod terakhir sahaja yang meleret sampai 8 minit tetapi masih "seronok" untuk ditonton.
Setiap episod di dalam siri ini menceritakan tentang legenda urban yang dikatakan menjadi buah mulut masyarakat setempat di Korea. Elemen seperti roh jahat yang mengacau dan membunuh manusia serta pengamalan ilmu hitam memang menjadi ramuan utama dalam siri ini. Cuma itulah, siri ini memang tidak sesuai ditonton bagi individu yang berumur 18 tahun ke bawah akibat terlalu banyak memaparkan adegan yang ganas.
Rating? 3/5
No comments:
Post a Comment
silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad