Monday, April 25, 2022

ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : DEMON SLAYER KIMETSU NO YAIBA (ENTERTAINTMENT DISTRICT ARC)

ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : DEMON SLAYER KIMETSU NO YAIBA (ENTERTAINTMENT DISTRICT ARC)

Pada 14 Februari yang lalu, telah menyaksikan episod terakhir bagi musim kedua untuk anime Demon Slayer. Berakhir dengan episod 11, siri anime ini telah menghidangkan pelbagai kejutan dan persembahan visual yang menakjubkan. Kepada peminat-peminat setia anime ini pula, ianya bagai satu kepuasan menontonnya dari sudut anime walaupun ramai yang sudah membaca manga dan tahu kesudahan perjalanan Tanjirou Kamado serta rakan-rakannya.
Bermula dengan kualiti anime nya sendiri, dapat dilihat bagaimana pihak produksi Ufotable telah menaiktaraf penggunaan grafik komputer serta teknik lukisan. Dari musim pertama dan seterusnya ke filem "Mugen Train" (yang kemudiannya dipecahkan menjadi siri. Entah kenapa pihak produksi buat begini, aku pun tak faham), para peminat anime ini dapat menyaksikan bagaimana kualiti visualnya semakin diberi penambahbaikan dan ini semestinya memberi kepuasan kepada peminat manga juga.
Dari segi jalan cerita pula, pihak Ufotable tidak membuat perubahan yang terlalu banyak kerana mereka juga berusaha menjaga hati ramai peminat tegar yang inginkan kisah ini masih setia dengan kisah asal di manga. Bukan setakat itu, malah versi anime pula mampu menceritakan secara lebih terperinci tentang beberapa perkara yang tidak diceritakan sepenuhnya di dalam manga.
Dari segi perkembangan watak pula (merupakan salah satu elemen penarik bagi anime ini), kita dapat saksikan beberapa watak utama seperti Tanjirou, Nezuko, Inosuke dan Zenitsu mengalami perubahan ketara di beberapa episod. Tanjirou menguasai dengan lebih
hebat
jurus "Hinokami Kagura (Dance Of The Fire God)" sehingga keluar air mata darah, Nezuko menjadi demon yang lebih berkuasa dan setaraf dengan Upper Moon, kekuatan fleksibiliti fizikal Inosuke yang tidak seperti manusia biasa dan jurus "Thunder Clap - God Speed" daripada Zenitsu membuatkan arc ini menjadi sangat menarik.
Bercerita tentang babak pertarungan pula, ianya sangat epik dan memukau. Terutama sekali pada episod 10 di mana pertarungan sengit antara Uzui Tengen serta Tanjirou melawan Gyotaro; babak ini sangat mencemaskan sehingga membuatkan kita yang menontonnya tidak senang duduk. CGI yang digunakan juga semuanya top notch. Pihak Ufotable benar-benar melaburkan kewangan dan masa mereka pada beberapa episod akhir ini hanya untuk mempersembahkan babak pertarungan epik dan ianya dilihat sangat berbaloi.
Antara kekuatan lain ialah backstory pada watak protagonisnya iaitu Gyotaro dan Daki, Upper Moon Demon nombor enam. Inilah keistimewaan anime dan manga Demon Slayer ini; setiap watak protagonisnya mempunyai kisah silam yang menarik untuk difahami dan dihayati. Agak sedih juga jika dikenang balik nasib yang dialami oleh dua beradik ini; hidup susah semasa membesar di sarang pelacuran dan hampir dibunuh oleh ibu sendiri.
Untuk arc atau musim seterusnya iaitu "Swordsmith Village", ianya akan menjadi lebih menarik kerana akan diperkenalkan 2 lagi Hashira dari Demon Slayer Corp yang akan membantu Tanjirou iaitu Mitsuri Kanroji (Love Hashira) dan Muichiro Tokito (Mist Hashira). Tarikh rasmi masih lagi belum diberikan namun ianya pasti akan menjanjikan beberapa adegan pertarungan yang mendebarkan.



No comments:

Post a Comment

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...