ULASAN RINGKAS SIRI NETFLIX : ARCHIVE 81 (2022)
Sebagai seorang peminat filem-filem horror, aku amat cerewet sedikit dalam memilih apa yang aku ingin tonton. Ini adalah disebabkan tidak semua filem yang ada di luar sana mempunyai faktor keseraman yang aku inginkan. Kadang-kala boleh jadi tidak seram langsung, walaupun kau tengok dekat end credit ada nama penerbit dari kalangan orang yang terkenal.
Begitu jugalah dengan mana-mana filem horror yang ada meletakkan nama James Wan di bahagian penerbit. Tidak semua filem yang diterbitkan oleh James Wan bagus atau berbaloi untuk ditonton. Lain pula kejadiannya jika James Wan sendiri yang menjadi pengarahnya; kebanyakan filem arahan beliau amat membanggakan.
Sebaik sahaja aku lihat nama James Wan di bahagian penerbit untuk siri Netflix ini, aku hampir-hampir hilang minat hendak menontonnya. Namun aku gagahkan juga sebab banyak terbaca ulasan di media sosial yang memberi pujian terhadap siri ini.
Menariknya tentang siri Netflix ini, ianya berdasarkan kepada sesi podcast dari tahun 2016 dengan tajuk yang sama dan diasakan oleh Dan Powell serta Mark Sollinger. Siri podcast tersebut kini boleh didengar melalui aplikasi Spotify. Kalau anda jenis yang layan podcast, bolehlah cuba dan dengar Archive 81 di Spotify.
Berbalik kepada ulasan siri ini, ianya banyak menggabungkan beberapa elemen seram dari filem-filem horror berbentuk occult dan juga paranormal seperti "Rosemary's Baby" dan "Hereditary" dan diletakkan beberapa adegan yang menyerupai filem "The Ring" serta "Ju On" (terutama sekali pada bahagian jump scare). Ianya tidaklah terlalu terikut-ikut, cuma sekadar menjadi satu bentuk "homage" atau penghormatan kepada filem-filem horror klasik sebelum ini.
Jalan ceritanya sebenarnya sangat mudah diramal, cuma pada episod akhir ada kelainan sedikit. Apakah kelainan tersebut? Anda kena tonton sendiri. Haha. Manakala dari segi penceritaan pula ianya sangat teratur walaupun bergerak secara perlahan.
No comments:
Post a Comment
silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad