Monday, April 18, 2022

ULASAN RINGKAS FILEM : THE DOOR INTO SUMMER (2021)

ULASAN RINGKAS FILEM : THE DOOR INTO SUMMER (2021)

Filem ini diinspirasikan daripada sebuah novel karya Robert A. Heinlein dengan tajuk yang sama. Berdasarkan apa yang aku baca dari Google mengenai novel tersebut, ianya berkaitan dengan pengembaraan merentas masa dan juga dunia robotik. Kalau filem yang berkaitan time travelling ni bagi aku ianya merupakan satu keseronokan. Ditambah lagi dengan elemen futuristik dan ada diselitkan unsur romance.
Antara faktor lain yang menyebabkan aku tertarik hendak menonton filem ini ialah lagu tema nya yang berjudul "Surprise" nyanyian LiSA (bukan Lisa Manoban dari Blackpink). Jika anda mengikuti dunia anime, LiSA ini juga pernah menyumbang beberapa lagunya menjadi opening theme untuk beberapa anime terkenal seperti Demon Slayer (Kimetsu No Yaiba) dan Sword Art Online, sekadar menamakan sebahagian. Untuk lagu "Surprise", LiSA menulisnya khusus untuk filem ini.
The Door Into Summer mengisahkan tentang Takakura Soichiro (lakonan Yamazaki Kento yang pernah popular dengan siri Netflix "Alice In Borderland"), seorang anak yatim yang kemudiannya menjadi seorang pakar robotik setelah menjadi anak angkat kepada rakan mendiang bapanya iaitu Professor Matsushita.
Soichiro menjadi sangat terkenal di tahun 1995 kerana berjaya menghasilkan robot untuk kegunaan membuat kerja-kerja rumah. Namun semuanya berkecai apabila ada beberapa individu mengambil kesempatan terhadapnya dan akhirnya Soichiro terperangkap ke dalam pod Cold Sleep sekaligus ditidurkan selama 30 tahun. Mampukah Soichiro kembali ke masa silam untuk mengubah segalanya?
Filem ini sangat seronok untuk ditonton walaupun kebanyakan plotnya sudah boleh diramal. Disebabkan lakonan serta peranan beberapa watak utama adalah sangat bagus, ianya mampu membuat penonton untuk bertahan menontonnya sehingga ke babak akhir. Bagi aku ini adalah antara filem Jepun
terbaik
dihasilkan pada tahun 2021 yang lalu. Filem ini juga boleh ditonton melalui aplikasi Netflix.
Rating? 4/5



No comments:

Post a Comment

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...