Wednesday, January 4, 2012

Dekad 80'an : PREDATOR Movies And How It Effected My Life!

The First Movie Will Always Be The Best!

Kepada mereka yang sebaya dengan aku, anda mungkin masih teringat situasi ini masa kecil2 dahulu semasa asyik menonton movies di TV dahulu. Kalau kita imbas kembali, TV2 (iaitu RTM Siaran 2) pernah mempersembahkan beberapa slot movies untuk genre aksi setiap hari khamis malam jumaat (kadang2 ianya disponsor oleh syarikat rokok haha). Seringkali juga disiarkan filem2 hebat masa dahulu seperti First Blood, Rambo 2 & Rambo 3 (lakonan Sylvester Stallone) serta Commander, Terminator 1, dan semestinya Predator (lakonan Arnold Susah-nak-eja ops salah Arnold Schwarzenegger). Ya! Mungkin ramai yang akan berkata, Predator 2, Alien Vs Predator, AVP Requiem dan Predators lagi best tapi, harus diingat, franchise pertama (Predator 1) inilah yang memulakan sensasi kepada persepsi masyarakat tentang makhluk asing yang ganas bernama PREDATOR ini!

Poster Rasmi Untuk Filem "Predator" Lakonan Arnold Schwarzenegger

PREDATOR (diriliskan pada tahun 1987)
Rasa2nya aku pertama kali menonton filem ini kalau tak silap aku dalam tahun 1989 (masa tu aku masih darjah 2) lepas balik dari kelas karate waktu malam (haha agak cliche untuk kanak2 zaman aku). Apa yang membuat aku terpesona dan hampir tidak terkebil2 mata menonton filem ini ialah storyline nya. Skrip filem ini dibuat oleh dua orang adik beradik berbakat dalam penulisan skrip kreatif iaitu Jim dan John Thomas. Pada era 80'an dahulu, cerita sebegini yang mencampurkan elemen aksi, adventurous dan horror cukup popular ketika itu.

Siapa boleh lupa dengan watak yang dibawakan Arnold dalam filem ini iaitu Mejar Dutch yang selaku menjadi ketua kepada geng2 komando untuk misi menyelamatkan seorang menteri dari tahanan sebuah pasukan gerila di Val Verde, Guatemala. Lepas itu, part yang paling suspense ialah apabila sorang demi sorang daripada geng2 komando tersebut mati dalam keadaan mengerikan setelah selesai menyelesaikan misi berkenaan. Part paling climax dalam filem ini ialah di penghujungnya apabila Mejar Dutch bertarung dengan makhluk Predator tersebut di dalam kawasan paya pada waktu malam, lepas tu, kompem la Predator tu kalah (takkan hero plak mati!) part paling canggih ialah apabila Predator tersebut show-off alat timing bomb nya sambil ketawa dalam keadaan mengerikan!

Ramai yang tidak mengetahui bahawa makhluk Predator ini direka oleh Stan Winston Studio yang juga bertanggungjawab mereka beberapa creatures dan special make-up effect untuk beberapa filem ternama seperti Alien, Aliens, Terminator, Edward Scissorhands, Jurassic Park, End of Days dan bermacam2 lagi filem yang melibatkan penggunaan animatronik serta kesan khas yang lain. Apa yang menjadi trademark kepada rekabentuk pada muka Predator ialah belahan 4 penjuru pada mulutnya dan rambut dreadlock! (inspirasi mungkin diambil dari wajah Bob Marley kot haha)

Rekaan asal untuk makhluk Predator (pic cilok dari Todd Mcfarlane Website)

Beberapa fakta menarik tentang filem tersebut:
1. Tajuk asal untuk filem ini sebenarnya ialah "The Hunter"
2. Watak Predator dalam filem ini sebenarnya dilakonkan oleh Jean-Claude Van Damme, akan tetapi beliau menolak tawaran tersebut di saat akhir atas alasan kustom tersebut "terlalu panas dan lembik" (dasar ego seorang action superstar!)
3. Semasa sesi pengambaran dilakukan di kawasan hutan Mexico, kebanyakan krew serta pelakon ekstra mengalami penyakit Diarrhea (cirit-birit) yang teruk akibat daripada bekalan air yang tidak bersih
4. Wajah Predator sepatutnya menyerupai itik!
5. Pengarahnya, John McTiernan pernah menjadi orang yang dikehendaki oleh FBI!
6. Sampai ke hari ini, kita masih tidak tahu apa nama yang spesifik untuk makhluk asing yang hanya digelar "Predator" ini (asal dari planet mana, spesis apa)


Trailer Rasmi Untuk Filem "Predator" (1987)

Predator in my day-to-day life!
Kira2 dua hari lepas, aku terserempak dengan sebuah kereta Mitsubishi Lancer yang mempunyai lukisan (teknik air-brush) Predator di atas bonnet depan nya. Dalam hatiku berkata, mesti orang yang empunya kereta ni memang die-hard fan untuk filem Predator haha. Tapi tak kesah la, janji aku dapat ambil pic yang eksklusif ni (lihat pic di bawah) untuk aku share di dalam blog. Boleh tahan juga la design Predator ni!

Kereta Mitsubishi Lancer yang aku cakap tadi!

Dalam tahun lepas juga, apabila orang lain tengah sibuk bershopping di shopping mall beberapa hari sebelum Hari Raya, aku pulak TERbeli t-shirt Predator (lihat pic di bawah) sebab design nya cantik dan awesome! Tag tee ni ialah Heavy Metal (tak pernah aku dengar pun, mungkin production dari Siam kot) dan bersize L. Aku beli t-shirt ni di kedai REMIX di Parkcity Mall (di Bintulu, Parkcity Mall ni ajer la Shopping Complex yang kami ada huhu sedihnya)

T-shirt Predator yang aku maksudkan tu! Awesome!

P/S: Azam tahun baru = nak kumpul action figure Predator? Ermmm....tengok la dulu. Kang tak pasal2 kena buang dalam tong sampah oleh orang rumah aku haha takut malaikat tak nak masuk rumah katanya.

Monday, January 2, 2012

NEW YEAR'S BUSKING DAY OUT! Bersama Bintulu Buskers & Rakan-Rakan!

It's Busking Day Out For The New Year of 2012!!

Beberapa hari sebelum masa kejadian (Busking Day Out), saudara Marus Kamaruddin a.k.a. Barangkali Marus @ Ruska Marus, telah menyiarkan sebuah poster mini yang menyatakan info tentang gathering para-para buskers yang ada di Bintulu pada tarikh keramat iaitu 1 Januari 2012 (Hari pertama dalam tahun 2012). Tempat yang dicadangkan ialah Bintulu Waterfront Promenade dan akan bermula pada pukul 4:30 petang (janji Melayu). Saudara Marus yang juga merupakan antara ahli-ahli terawal dalam komuniti buskers ini juga (melalui poster tersebut) mempelawa sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai aktiviti sihat sebegini agar datang pada tempat dan masa yang ditetapkan melalui laman web Facebook (group Bintulu Buskers)

Sepertimana yang pernah aku terangkan dalam entri yang lepas (rujuk entri Another Year Gone By 2011, Here Comes 2012!), Bintulu Buskers merupakan sebuah komuniti yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Bintulu. Berteraskan muzik akustik dan lagu2 rakyat, komuniti ini telah mengumpul ramai pengikut yang terdiri daripada remaja-remaja yang berminat ke arah muzik berbentuk busking. Selain menjayakan acara2 seperti jamuan makan malam, resepsi perkahwinan, persembahan di event2 kerajaan/swasta, mereka juga sering mengadakan sesi busking di Bintulu Waterfront Promenade (tempat yang akan diadakan New Year's Busking Day Out itu).

Aku datang agak awal pada petang itu (1 Januari 2012) kira2 dalam pukul 4:15 begitu, bersama anakku Ainul Maisarah dan 2 orang lagi anak buahku. Tidak lama kemudian, disusuli pula dengan beberapa rakan buskers yang lain. Di bawah merupakan beberapa aksi yang sempat diambil melalui kamera digitalku.

My dear Ainul Maisarah (kiri) bersama anak buahku Aida Syamimi (kanan)

Sebelum ketibaan para buskers, aku sempat bermain dengan Ainul dan Aida, siap bawak basikal pink Ainul lagi tu, ronda2 dalam kawasan waterfront tu ajer

Tepat pukul 4:45 petang (sepatutnya start pukul 4:30 pm haha) kami para2 buskers memulakan sesi busking


Antara lagu2 yang didendangkan pada petang tersebut ialah:
  1. Anak Kampung (dari Jimmy Palikat)
  2. Gadis Sarawak (dari Hasnol - famous semasa awal dekad 90'an dulu)
  3. Munajat Cinta (dari The Rock - projek band Ahmad Dhani dari Dewa 19)
  4. No Woman No Cry (dari Bob Marley)
  5. Ikhlas Tapi Jauh (dari Zainal Abidin)
  6. Sungai Lui (dari Aizat - lagu ni setengah jalan saja sebab ramai yg tak hafal lirik haha)
  7. Bidadari (dari Cozy Republic - sebuah band reggae dari Indonesia)
dan banyak lagi lagu yang aku dah tak ingat tajuknya...

Aku (paling kiri) bersama Ukulele Samick (Greg Bennett Model UK 50) ditemani dengan rakan2 buskers yang lain (dari kanan: Hazzika, Chas dan Rezal)

Saudara Hazzika (paling kiri), Es Oasis (tengah) dan Naqie (paling kanan) sedang asyik mendendangkan lagu "No Woman No Cry" - wajah brader Nasuki terlindung oleh kepala gitar (paling kanan sekali)

Wajah buskers yang santai dan girang menghiburkan pelawat2 yang datang ke Waterfron pada petang tersebut, paling kanan sekali ialah Ustaz Norudin a.k.a. Ustaz Cahaya yang juga rakan blogger (tak sangka ustaz pun sudi join aktiviti begini, ini maknanya busking is not a crime...haha)

Kelihatan bro Iskandar (dua dari kanan) sedang asyik memukul Djembe kepunyaan saudara Marus Kamaruddin. Juga boleh dilihat dari belakang, pelawat2 sedang asyik memerhati kami haha

Pandangan hadapan: Di sinilah (bulatan kompas @ Bintulu Waterfront Promenade) kami para-para buskers berkumpul hampir setiap minggu jika ada masa terluang, untuk menghiburkan para pengunjung yang datang sambil mencungkil bakat masing2 dalam seni persembahan muzik akustik (pic diambil atas izin oleh saudara Es Oasis)

Tabir senja sudah tiba, jam menunjukkan pukul 6 petang. Aku terpaksa membawa anak dan nieces aku balik ke rumah. Tanggungjawab seorang ayah la katakan haha...anyway sesi busking tamat sebelum maghrib (seperti biasa), thanks for the experience, guys!


P/S: Jutaan terima kasih aku tujukan kepada rakan buskers yang sudi mempelawa aku untuk join sesi busking ini (saudara Hazzika, Marus, Chas, Es, Nasuki, Naqie, Acim, Rezal, Iskandar, Ustaz Norudin dan yang lain yang mungkin aku lupa nama mereka...i'm sorry). Kepada rakan blogger yang lain, inilah kami yang sebenar. Walaupun sudah meningkat usia, perjuangan dalam bidang seni masih belum selesai. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Sila beri tunjuk ajar jika kami melakukan kesalahan dan sebagainya. Bro Kaboi Tanduk, hope you like this one!

Sunday, January 1, 2012

Another Year Gone By (2011), Here Comes 2012! Kesimpulan Aktiviti2 Muzik Aku Pada Tahun 2011!

Perghh! Tidak disangka-sangka kita sudah berada di penghujung tahun 2011. Hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi untuk kita mengharungi tahun Masihi yang baru. Secara peribadi, terlalu banyak event dan benda yang berlaku pada tahun 2011, baik dari segi penglibatan dalam Bintulu's Independent Music Scene mahupun dalam hal2 yang berkaitan dengan diri aku. Kalau dipandang dari segi aspek penglibatan dalam muzik pula, fuhhh tak payah cakap la. kalau aku letakkan dalam bentuk list pun aku rasa macam tak cukup ruang pula nanti aku menulisnya. Tapi jangan risau, aku akan downsize kan menjadi TOP 5 Best Music Experiences in 2011:

Tangga Ke-Lima : Regiment Of Kid-do-wrong Big Moves
Band aku Regiment Of Kid-do-wrong telah mengikuti beberapa siri event dan situasi terpenting dalam karier kami sebagai pemuzik amatur (tahap bohemian). Band kami yang berkonsepkan Modern Pop Rock ini, sering diundang untuk menjayakan gig, BOTB, majlis Rakan Muda dan banyak lagi pada tahun 2011 sahaja. Di antara event2 yang tidak dapat dilupakan ialah:
  1. Perasmian Bintulu Visual Art Community @ Parkcity Mall, Bintulu pada awal tahun 2011
  2. Gig-gig yang dianjurkan oleh komuniti muzik Titan Empire Bintulu
  3. Karnival Mesra Belia bertempat di Taman Millenium Kidurong & Kpg. Jepak Bintulu
  4. Menjadi band jemputan di Waves Fun Pub @ Parkcity Everly Hotel Bintulu
  5. Festival Muzik Akustik anjuran UPM Kampus Bintulu @ Dewan Sri Kenyalang UPM
  6. Pertama kali bersama2 menganjurkan gig yang diberi title Closing Season Gig @ Kemena Plaza Hotel pada 30 Julai 2011
  7. Menyertai Everly Jam Fest (Battle Of The Bands) 2011 @ Parkcity Everly Hotel Bintulu (berkongsi pentas dengan band Masterpiece!)
  8. Karnival Rekreasi Rakan Muda @ Dewan Sri Kenyalang UPM Kampus Bintulu
aku (paling kiri) bersama bandmates yang lain dari REGIMENT OF KID-DO-WRONG (ROKDW)


Regiment of Kid-do-wrong Live @ Festival Muzik Akustik anjuran UPM Kampus Bintulu


Regiment of Kid-do-wrong performing "That's What You Get" @ Closing Season Gig

Tangga Ke-Empat : Side Projects yang Terbaik Dari Ladang!
Selain bersama Regiment Of Kid-do-wrong, aktviti muzik aku tidak hanya terhenti di sana sahaja. Aku yang jenis tak suka duduk diam di rumah senantiasa mencari aktivit muzikal untuk mengisi masa yang terluang (hampeh! last2 aku tak ada masa untuk aku sendiri kadang2). Antara band2 projek/komuniti muzik yang aku sertai tahun ini ialah:
  1. Metuk Ulau Projekt - Band yang pada awalnya hanya dianggotai oleh aku, Rashid Curse Of God dan Rizal Erectus (asalnya hanya memainkan lagu2 cover dari Sepultura dan Napalm Death, kemudiannya diadaptasikan mengikut kesesuaian usia apabila dimeriahkan lagi oleh Geng-geng Hepi;) (yang terdiri daripada Bro Iskandar dan Ijau) serta Korawk (empunya blog Noise Of Borneo & Geng Kereta Sapu)
  2. The Kaf-fa Band - Ianya bukan sekadar sebuah band, malahan ianya menjadi satu bentuk komuniti pemuzik yang memperjuangkan lagu dakwah, tidak hanya bersandarkan genre nasyid kontemporari sahaja malah diadun bersama dengan irama modern rock yang easy listening. Diasaskan oleh Ustaz Norudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Cahaya (yang juga rakan blogger), antara event yang disertai ialah Majlis Hari Keluarga anjuran Masjid Hidayah MLNG Housing bersama dengan kumpulan nasyid Syuarakienz.
  3. Bintulu Buskers - Sebuah komuniti yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Bintulu. Berteraskan muzik akustik dan lagu2 rakyat, komuniti ini telah mengumpul ramai pengikut yang terdiri daripada remaja-remaja yang berminat ke arah muzik berbentuk busking. Selain menjayakan acara2 seperti jamuan makan malam, resepsi perkahwinan, persembahan di event2 kerajaan/swasta, mereka juga sering mengadakan sesi busking di Waterfront Bintulu.
  4. Band Hasil - Band yang hanya dianggotai oleh aku dan beberapa rakan sepejabat ini, lebih cenderung mendendangkan lagu2 yang berbentuk komersil dan hanya membuat persembahan di event yang dianjurkan oleh pejabat kami sahaja.

Hepi;) Metuk Ulau Projekt performing "The Trooper" @ Amazika Jamming Studio

Tangga Ke-Tiga : Menghantar Perwakilan di gig Impiety Sibu Abomination!
Walaupun aku tidak dapat menghadiri gig tersebut, akan tetapi atas kerjasama di antara aku dan bro Korawk yang selaku menjadi perwakilan zine/distro aku (Metuk Ulau Underground Voices) ke gig tersebut untuk tugasan membuat review berkenaan serta membuat sesi interview bersama Syaithan of Impiety! Untuk membaca artikel tentang gig serta interview berkenaan sila klik link di bawah:
  1. Sibu Abomination 911 | Detik Kemusnahan Sibu!
  2. Impiety | Siri Bercakap Dengan Syaithan!

IMPIETY - ASIAN ABOMINATION TOUR : LIVE AT SIBU on 11th SEPTEMBER 2011!

Tangga Ke-Dua : Kehadiran Alat-alat Muzik Baru!
Memandangkan aku ada menyimpan sedikit wang dalam tabungan pada tahun 2011, aku telah membeli beberapa alat kelengkapan muzik serta beberapa instrumen iaitu:
  1. Bass guitar jenama Craftman
  2. Amplifier Orange Crush Pix CR25BX (Thanx bro Ijau)
  3. Acoustic Guitar Takamine D Series
  4. Ukulele Soprano jenama Samick (ulasan tentang instrumen ini boleh dibaca di sini)
  5. Efek untuk Bass Behringer Limiter Enhancer
Tangga Pertama: Membuat Persembahan Bersama Dollah Manis Buskers!
Dollah Manis Buskers bukanlah sebuah organisasi mahupun komuniti muzik yang ternama, cuma ianya gelaran kepada kumpulan muzik yang terdiri daripada aku, my dad, my younger brother, beberapa makcik dan pakcik aku serta cousin2 yang juga mempunyai passion dalam muzik. Antara event yang tidak dapat dilupakan ialah apabila kami membuat persembahan semasa Majlis Resepsi Perkahwinan Alifh - Norizan (my brother & his wife) pada bulan Jun lalu. Di bawah merupakan video persembahan tahap legend tersebut:


DM Buskers performing "Bengawan Solo" di Majlis Resepsi Perkahwinan Alifh - Norizan


DM Buskers Performing "Just The Way You Are", "Did You Know" (Lagu Ciptaan Sepupu Aku Iaitu Tib Ibrahim) dan "Now And Forever"

Ok la aku rasa itu sudah cukup untuk aku simpulkan aktiviti2 muzik aku pada tahun ini, ada lagi yang aku tak ingat dan tak sempat tulis. Apa2pun aku harap pada tahun baru nanti menjanjikan pengalaman serta ilmu2 baru dalam dunia muzik serba luas ini. Apa yang pasti, ready or not, pengalaman muzik yang baru pasti akan menyusul tanpa aku sedari! Welcome 2012...so long 2011!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...