Saturday, December 3, 2011

Aku Dan Ukulele (The Passion & The History)

Sejarah Ringkas Tentang Ukulele

Ukulele berasal daripada Hawaii dan ianya merupakan subset daripada keluarga besar instrumen bertali, biasanya ia menggunakan tali nilon dan hanya mempunyai 4 tali sahaja. Mengikut terjemahan daripada bahasa Hawaii, Ukulele bermaksud "jumping flea" ataupun dalam bahasa Melayu "Kutu Melompat", mungkin disebabkan cara permainan pada alat muzik ini yang mengkehendaki jari jemari memetik talinya seperti kutu melompat (?). Ukulele asalnya diperkenalkan pada abad ke 19 di Hawaii melalui penjajah dan pedagang Portugis dan kemudiannya menjadi instrumen muzik kebudayaan masyarakat di Hawaii. Pada abad 20 barulah instrumen ini menjadi sangat popular apabila ianya mula diperkenalkan di Amerika Syarikat (setelah wilayah Hawaii menjadi salah sebuah negeri di USA).

Ukulele terbahagi kepada 4 kategori dan saiz; soprano, concert, tenor dan baritone (sila lihat pic di bawah). Tuning untuk instrumen ini juga agak berbeza dengan gitar di mana, kalau mengikut kaedah tradisionalnya, merujuk kepada tuning D6 iaitu A4, D4, F#4, B4 akan tetapi pada zaman moden kini kebanyakan pemain ukulele akan menggunakan tuning C6 iaitu G4 C4 E4 A4 (termasuk aku juga menggunakan tuning sebegini) kerana ianya mudah dan senang dipelajari jika seseorang mempunyai basic dalam permainan gitar sebelum itu.

Ukulele terbahagi kepada 4 kategori (dari kiri: Soprano, Concert, Tenor dan Baritone)

Bagaimana Aku Boleh Meminati Ukulele?

Semenjak aku berkecimpung dalam dunia persembahan secara acoustic atau lebih dikenali dengan nama Busking ni (lebih-lebih lagi lepas join geng2 dari Bintulu Buskers) minat aku dalam instrumen muzik sebegini semakin memuncak. Antara penyebab utama aku ingin memiliki Ukulele dan menguasai dari segi permainan alat muzik ini ialah, aku ingin mendendangkan lagu2 berentak keroncong kerana ianya sejenis genre muzik yang kalau didengar sekilas sahaja agak mudah dimainkan, akan tetapi ianya memerlukan skills dan teknik2 yang agak rumit dalam permainan Ukulele, sebagai contoh untuk lagu Bengawan Solo (yang dipopularkan oleh The Godfather of Keroncong, Bapak Gesang) lagu tersebut jika didengar sekali sahaja mungkin mudah untuk dipelajari, akan tetapi terdapat beberapa lenggok2 dan irama dalam lagu lagu berkenaan (terutamanya time signature) perlu berhati2 jika ingin didendangkan.

Terdapat beberapa ikon pemuzik Ukulele yang aku segani dalam zaman moden ini dan salah seorang daripadanya ialah Jake Shimabukuro. Beliau merupakan anak jati Hawaii yang berketurunan Jepun (dari generasi ke-5) dan mula berkecimpung dalam permainan muzik Ukulele sejak berumur 4 tahun lagi. Pernah menganggotai sebuah kumpulan trio yang mendendangkan lagu2 asli Hawaii iaitu Pure Heart, beliau kemudiannya bergerak secara solo mulai tahun 2001. Highlight pada karier beliau sebagai instrumenalis Ukulele ialah apabila beliau membuat persembahan secara solo dalam sebuah rancangan TV yang berjudul TED (sila rujuk pada video di bawah).

Jake Shimabukuro bersama Ukulele Custom Made 4-Strings Tenor Uke berjenama Kamaka



Jake Shimabukuro mempersembahkan lagu "Bohemian Rhapsody" originally by Queens di dalam rancangan TV TED

Tak lupa juga seorang lagi ikon pemuzik Ukulele terkini yang tidak disangka-sangka iaitu Eddie Vedder. Eddie Vedder merupakan pengasas kepada kumpulan rock / grunge ternama iaitu Pearl Jam dan beliau juga merupakan seorang artis yang bergerak secara solo. Baru-baru ini beliau telah melancarkan album solo yang hanya menggunakan Ukulele sahaja sebagai instrumen muzik dalam album berkenaan yang berjudul Ukulele Songs. Antara lagu yang menjadi hit melalui album berkenaan ialah "Without You" (sila rujuk video di bawah).

Eddie Vedder bersama Ukulele beliau, sambil duduk atas surf board



Eddie Veddder mempersembahkan lagu berjudul "Without You" dalam sebuah rancangan Talk-Show

My Other Passion

Sebelum ini aku memiliki Ukulele berjenama Ashton (model UKE 100 For Beginner) akan tetapi lama kelamaan rasanya aku kurang sesuai menggunakan Uke tersebut (singkatan untuk Ukulele). Akhirnya aku jual Uke Ashton tersebut kepada kawan sepejabat aku (racun baik punya haha) dan kemudiannya aku membeli Ukulele jenama Samick (Greg Bennett Model UK 50) yang lebih lebar dari segi neck nya dan body yang lebih solid serta sound yang betul2 acoustic.

Terdapat beberapa event yang aku mula memperkenalkan instrumen muzik Uke antara acara busking bersama Bintulu Buskers (semestinya), event di Masjid Hidayah MLNG Housing (event Hari Keluarga), Festival Muzik Akustik UPMKB (bersama band aku Regiment of Kid-Do-Wrong) dan highlight persembahan aku bersama Ukulele pada tahun ini ialah, me & my family mempersembahan lagu Bengawan Solo beramai-ramai semasa Majlis Resepsi Perkahwinan adik aku, Alifh Omar serta isterinya pada bulan Jun lalu (sila rujuk video di bawah).

Aku bersama Ukulele Ashton UKE100 semasa event Hari Keluarga di Masjid Hidayah, Tg. Kidurong, Bintulu

Kadang-kadang aku selalu buat video amatur persembahan solo aku menyanyi bersama Ukulele dan post di youtube (kerja buang masa yang aku buat di malam hujung minggu). Di bawah merupakan sebahagian video-video tersebut (kalau menyampah sila jangan lihat video tersebut hahaha kadang-kadang aku sendiri rasa malu tengok video ni). Aku minta maaf jika video di bawah ada menyinggung peribadi mana-mana pihak haha.



C'est La Mort - The Civil Wars (Ukulele Cover by me) Jika anda tidak tahu siapa The Civil Wars, sila klik di sini.



If You Want Me - Marketa Irglova (Ukulele Cover by me) ini merupakan versi yang hampeh disebabkan suara aku yang terlalu serak, aku kena serang demam & selsema masa record video ni.



Bengawan Solo - The D. M. Buskers (originally by Gesang) semasa Majlis Resepsi Perkahwinan Alifh Omar dan Norizan pada bulan Jun dahulu. Secara peribadi, ianya merupakan persembahan yang agak memorable kerana ianya menyatukan aku dan beberapa anggota keluarga aku (my dad, uncles, aunties, brother and cousin Tib Ibrahim on the guitar)

My dear daughter Ainul Maisarah bersama Ashton Ukulele UKE 100 suatu ketika dahulu

Di harap info tentang Ukulele ini serba sedikit dapat memberikan informasi yang mudah difahami oleh orang kebanyakan serta dapat memberi inspirasi dan dorongan kepada mereka yang ingin menjinakkan diri dalam instrumen muzik yang bernama Ukulele ini. Ukulele merupakan instrumen muzik yang mempromosikan kedamaian (bukan aku yang kata, Jake Shimabukuro yang cakap) dan ianya juga boleh dijadikan sebagai medium interaktif menghubungkan manusia melangkaui batasan bahasa dan bangsa (macam la instrumen lain tak mempunyai peranan sedemikian). Antara quote kegemaran aku yang berkaitan dengan Ukulele ialah:

"If Everyone Played The Ukulele, The World Would be a Better Place"
- Jake Shimabukuro

6 comments:

  1. 1) tuning dan chords ukulele yg xsama dgn gitar/bass membuatkan aku xminat utk main ukulele

    2) nnti ko cari ukulele yg ada pikap akustik, blh bawa sessi jamming metuk ulau projekt (versi akustik) amacam?

    ReplyDelete
  2. haha takpa la boss, minat bukannya boleh dipaksa2 kan...entah la kenapa aku minat instrumen yg hanya bertali 4 saja (sama dgn bass)...kalo u check kat dalam youtube ada mamat metal ni dgn nickname UkuFromHell suka buat cover song lagu2 metal dari band Pantera, Iron Maiden n Metallica tapi guna standard tuning mcm gitar (E A D G) wow respek dgn mamat ni wow!

    Ok boleh saja bro kalo kita lain kali buat sesi Unplugged Metuk Ulau Projekt. satu cadangan yang best tu bro haha terpaksa la bro kandar main Cajon n Tamborine bagi menggantikan drumset haha...

    p/s: pernah tengok video Smells like teen spirit (ukulele cover)? check this out! http://www.youtube.com/watch?v=2KZjnFZvCNc

    ReplyDelete
  3. marus: lu dah nak beli Ukulele baru ka? hebattt nang hebattt hahaha jgn lupa busking sama klak bro

    ReplyDelete
  4. Hi nk tnya for beginners sesuai guna jenis jenama ape yer? And untk perempuan ade like type² yg sesuai ke cmne? Ikut dari segi selesa dia?

    ReplyDelete
  5. Hi nk tnya for beginners sesuai guna jenis jenama ape yer? And untk perempuan ade like type² yg sesuai ke cmne? Ikut dari segi selesa dia?

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...