Monday, February 10, 2014

Kisah Seorang Pennyboarder Tua & Sekumpulan Gadis Remaja

Tarikh : 7 Februari 2014 (Jumaat)
Masa: Sekitar pukul 5:30 petang

Seperti kebiasaannya pada waktu petang sebegini, selepas balik dari kerja pukul 5 petang aku sudah bergegas untuk ke Bintulu Promenade untuk mencergaskan badan dengan aktiviti pennyboarding. Perjalanan aku akan bermula dari Bulatan Kompas (berdekatan dengan Hotel Parkcity Everly) sehinggalah ke kawasan belakang Pasar Utama Bintulu kemudian patah balik ke lokasi permulaan tadi. Semenjak dua menjak ni hampir tiap-tiap hari aku ride pennyboard begini, baik berteman dengan rakan-rakan ataupun lone ranger sahaja. Jarak keseluruhan dari tempat mula hingga penamat dan patah balik lagi ke titik permulaan ialah lebih kurang 2.6 kilometer. Kalau aku ride jauh sikit boleh sampai 3 km rasanya hehehe.

This is my trip (sumber peta dari Google Map)

Sedang aku melalui satu kawasan yang tidak jauh dari sebuah restoran tebingan sungai di kawasan ini, aku terserempak dengan sekumpulan budak perempuan sedang borak2 dan tengah belajar main skateboard dengan seorang budak lelaki. Budak lelaki tu aku kenal la, sama geng ride sama-sama di hujung minggu. Aku kira mereka ni semua sebaya dengan anak buah aku yang baru tingkatan 4 tahun ni. Entah macam mana, salah seorang budak perempuan tadi menjerit ke arah aku dengan panggilan "pakcik! pakcik!"...aku malas lah nak ambik port mulanya.

Selesai aku menamatkan riding aku di lokasi penamat iaitu di belakang Pasar Utama Bintulu, aku patah balik untuk kembali ke tempat permulaan tadi iaitu di Bulatan Kompas yang terletak tidak jauh dari kawasan hotel tadi. Dalam perjalanan tersebut sekali lagi aku terserempak dengan sekumpulan budak perempuan tadi. Jumlah mereka semua cuma 3 orang sahaja. Sekali lagi budak perempuan yang sama menegur aku dengan panggilan "pakcik! pakcik". Kali ini aku berhenti. Lalu bermulalah sesi dialog aku dengan diorang, kesemua perbualan ni asalnya di dalam bahasa Melayu Sarawak, tapi aku terjemahkan dalam bahasa Melayu rasmi lah:

Budak Perempuan 1: Wah! Terer nya pakcik bawak pennyboard. Boleh saya tengok board pakcik? (eh,
                                 apsal panggil aku pakcik pulak? Tua sangat ker aku ni? Dalam hati aku berkata haha)

Aku                         : Erkk...tak la terer sangat. Biasa-biasa saja

Budak Perempuan 2: Laju jugak pakcik bawak pennyboard ni tadi yer. Boleh tanya berapa umur pakcik?
                                (la...nak tanya umur pulak dah)

Budak Perempuan 3: Umur pakcik 40 kan? (aku belum sempat jawab lagi budak ni dah mencelah...apa la!)

Budak Perempuan 2: Eh tak lah, mesti pakcik umur 35 kan? (salah! Oi aku tak la tua sangat)

Aku                         : Eh, tak lah. Saya baru saja 32 tahun

Budak Perempuan 2: Laaa...betul la jawapan saya tadi tu....32 tahun dekat la dengan 35 tahun (suka hati
                                 engkau lah dik)

Budak Perempuan 1: Pakcik, boleh saya pinjam sekejap pennyboard tu? (sambil dia tunjuk pennyboard
                                 aku...laaa...cakap la nak testing)

Aku                        : Ok, belasah ajerrrr....

Dalam masa lebih kurang 2 @ 3 minit begitu mereka testing ride atas pennyboard aku. Sampai nak tergolek pun ada. Lucu jugak aku tengok telatah mereka ni.

Budak Perempuan 1: Ok abang...eh pakcik, terima kasih la. Nah ni pennyboard awak. Kami nak balik dulu.
                                 Assalamualaikum (lepas tu diorang pun beredar dari kawasan waterfront tadi)

Aku                         : Waalaikumsalam

Lepas tu aku pun lepak sekejap dengan budak lelaki yang tadinya mengajar sekumpulan budak perempuan tadi cara-cara bermain skateboard. Selesai saja berborak aku pun kembali riding ke tempat aku bermula tadi.
Inilah dia skater tua yang dimaksudkan (pic ehsan dari Barangkali Marus)

Sepanjang perjalanan itu aku terfikir, secara tidak sengaja aku telah memberi pendedahan kepada generasi baru tentang sukan pennyboarding ni. Sekurang-kurangnya aku telah buktikan bahawa usia bukan penghalang untuk anda mencuba apa-apa sukan yang dirasakan sesuai dengan jiwa anda. Aku sudah mula meluncur dengan papan yang beroda empat ini semenjak di bangku sekolah lagi, kini aku kembali ke sukan lama aku, walaupun kudrat tidaklah sehebat dulu, namun demi untuk menjaga kesihatan, azam kena kuat dan itulah yang aku telah lakukan. Jangan lupa juga untuk sentiasa bersyukur kepada Allah dengan nikmat kesihatan yang ada ini.

Alhamdulillah selama hampir 2 bulan aku bergiat dalam sukan pennyboarding ni, blood pressure aku semakin stabil dan tiada tanda2 diabetes. Dalam masa yang sama aku masih lagi jaga pemakanan. Masih lagi mengikut diet yang aku amalkan semasa aku kena sakit high blood pressure tahun lepas. Makan sebelum kenyang, nasi jangan banyak cukuplah segenggam, ambil sedikit supplement foods (setakat Spirulina dan Multivitamins sahaja) dan sebagainya. 

Rodney Mullen (pic from Wikipedia)

Satu lagi inspirasi untuk aku kembali meluncur ialah oleh kerana seorang skateboarder legend iaitu Rodney Mullen. Dalam dunia sukan skateboard, Rodney Mullen dianggap sebagai "The Godfather Of Street Skateboarding" kerana telah mencipta lebih kurang 29 skateboarding tricks dan masih lagi bereksperimentasi sehingga kini. Beliau merupakan di antara professional skateboarder terawal sebelum zaman Tony Hawk (penghujung 80'an). Ok, mungkin aku tidaklah sehebat beliau tetapi dalam usia 48 tahun ketika ini, beliau masih lagi aktif meluncur di jalanan walaupun sudah bergelar jutawan (beliau merupakan co-founder untuk jenama skateboard World Industries). Ini sudah cukup menjadi modus operandi dan sumber inspirasi untuk aku kekal aktif dalam sukan ini. Jom saksikan salah satu ceramah beliau tentang dunia skateboarding (video di bawah):

Rodney Mullen : Pop An Ollie And Innovate (Live at TED)

18 comments:

  1. ala... ingat ada gambar budak perempuan tu... hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk...lupa pulak nak ambik gambar dgn diorang hehehe

      Delete
  2. bila baca dialog (xkisah translate dlm loghat apa), aku dpt rasa 2 jenis situasi dlm dialog ni
    1) dialog mengorat
    2) dialog budak tak reti hormat orang tua (kesian pakcik tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian tengok pakcik tu kan, kena buli oleh budak2 generasi Y hahaha....

      Delete
  3. hahaha.plentey gilak mbiak ya ngn kau bro. nya sik tauk 'pakcik ' lagi power dr yang muda.hehe.aku pon kena contohi kau la nampak gaya, utk merendahkan tahap kolesterol dan gula dlm darah sbb aku 30 dah tahun tok,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha aku reda jak mun embiak nunggah aku pakcik...selamba jak la...iboh emo...benar ya brom kinek tok mok kena jaga la kesihatan kita mun dah lebih 30'an tok.

      Delete
  4. beb..umur dah lebih 30 memang kena get ready ngan panggilan pakcik...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu betul tu bro, cuma aku yg tak sedar diri hahah....

      Delete
  5. Kena terima hakikat bro..bila da masuk 30++ ni memang kena panggil pakcik la..tapi bdk2 tu tak agak2 la,jangan la jerit2 panggil slow2 la..heheh..
    Tapi betul ko ckp bro,kalo ko tak beri pendedahan pada generasi baru ni memang diorang tak tau apa..jgn yg muda ni ingat generasi kita dulu takda sukan extreme

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skateboarder zaman dulu era awal 80'an buat aksi turun bukit (downhill) hanya guna papan luncur kayu biasa saja, generasi sekarang dah maju guna fibre board, papan yg pjg dan kualiti lebih bagus...terlalu dimanja sangat hahaha....

      Delete
  6. Takut main skate board... roller blade... roller skate... extreme... huhu.... tukang nangga ok... hahaha

    roller coaster sik plak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekstrim juak roller coaster ya hahah....

      Delete
  7. Ko tengoktu orang marah tak letak gambar awek tu. Aku pun marah. Yang letak gambar Bucky Lasek tu buat apa. Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha maafkan saya pak, terlupa nak ambik gambar gadis2 genit masa tu....nervous tak tentu pasal aku masa tu.

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...